Changeling (2008) diarahkan berdasarkan cerita benar oleh Clint Eastwood dan ditulis oleh J. Michael Straczynski. Changeling adalah sebuah filem berlatarkan Los Angeles, pada tahun 1928, tentang seorang ibu yang bekerja sebagai Telefon Supervisor, Christine Collins(Angelina Jolie), yang mempunyai seorang anak lelaki , Walter Collins(Gattlin Griffith). Christine Collins, merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya seorang diri dan walaupun tiada ‘bapa’ Walter membesar sebagai seorang budak lelaki yang baik dan ‘sopan’.
Tetapi, Walter ada memperoalkan ‘ketidakwujudan’ bapanya kepada Christine dan sebagai ibu Christine mempunyai satu jawapan yang sangat baik dalam ‘mematangkan’ anaknya dengan isu tersebut. Seperti yang dijawap oleh Christine, “when you’re born there is a box filled with a something named ‘responsible’ and your dad not able to faced it so he left us”. Walter mengatakan itu satu keadaan yang tidak bagus. Betul! Sebagai seorang kanak- kanak, Walter melihat bapanya sebagai seorang lelaki yang ‘pengecut’!
Walaubagaimanapun, puncak kecil atau klimaks kecil bagi cerita ini apabila Christine gagal membawa Walter menonton wayang dan harus menggantikan kawannya untuk bertugas. Dan kelewatannya pulang kerumah membawa bencana apabila Walter hilang!
Sebagai seorang ibu, Christine mejalankan tanggungjawabnya, seperti melaporkan kehilangan Walter. Namun, kebimbangan Christine bertambah apabila, pihak polis tidak mahu bekerjasama dalam mencari Walter yang hilang!
Pelbagai perkara muncul dan watak- watak hitam yang sangat antagonis tetapi bertopengkan penjawat awam seperti Captain Jones, Chief Davis dan Mayor Cryer, antara dalang yang MEMALSUKAN Walter dan memulangkan Walter yang PALSU kepada Christine!
Sebagai seorang ibu, Christine tahu siapa anaknya dan dia pasti ‘Walter’ yang dipulangkan itu bukan anaknya. Namun, Captain Jones mengatakan Christine sebagai seorang ibu yang cube melarikan diri dari TANGGUNGJAWAB sebagai seorang ibu!
Christine dimasukkan kedalam wad Psychiatry dan Reverend Gustav Briegleb(John Malkovich) , seorang lelaki yang membantu Christine mendedahkan keadaan sebenar pihak polis yang menyalahgunakan kuasa dan korupsi yang berlaku didalam politik semasa itu. Namun, bagi Christine dia hanya inginkan anaknya, Walter pulang!
Klimaks besar bagi cerita ini apabila muncul seorang pegawai polis dalam kes juvenile yang membawa pulang seorang budak lelaki yang mendakwa dirinya terlibat dalam pembunuhan kanak- kanak yang hilang. Dan malangnya, budak lelaki tersebut mengatakan dia pernah melihat Walter didalam sekumpulan kanak- kanak yang DIBUNUHNYA!
Penyelesaian bagi cerita ini apabila, Christine mendapat keputusan yang sangat tragis iaitu, pihak polis didakwa kerana cuba menipunya, dan pembunuh anaknya didakwa dan dihukum bunuh sampai mati! Namun, selepas 5 tahun dari 1930 selepas hukuman dijalankan, Christinemandapat erita bahawa salah seorang budak lelaki yang ada bersama anaknya di rumah pembunuh dijumpai dan dipulangkan kepada keluarganya. Dan bermula dari saat itu, Christine menjumpai sesuatu yang dia perlu untuk teruskan iaitu.. ‘HOPES’...mengharap anaknya pulang dan kembali padanya.
Cerita yang penuh dengan mesej dan pengajaran yang sangat menyayat hati. Namun, terdapat beberapa persoalan dan komen daripada kawan- kawan Azue tentang filem ini.
Kawan Azue yang memberi filem ini mengatakan cerita ini sangat menarik dengan kostum dan latar cerita serta pengarahan cerita yang sangat menarik dan harus ditonton oleh Azue. Walaubagaimanapun, ada seorang teman Azue yang mengatakan Changeling merupakan sebuah cerita yang agak lambat, dan bosan. Hurm...
Namun, bagi Azue cerita ini sangat ‘perfect’!
Persoalan yang Azue lihat dalam cerita ini ialah:
1- Keinginan seorang ibu yang mahukan keadilan tentang anaknya walaupun anaknya dikatakan telah MATI
2- Keegoan sebagai penjawat awam dalam menguruskan kesnya dan mahu dia sentiasa betul dan BENAR
3- Ketulusan hati seorang budak lelaki yang mahu hidup dengan tenang walaupun dia tahu dia terlibat dalam satu JENAYAH
4- Kebenaran yang dimahukan oleh masyarakat walaupun segala keputusan akhirnya membawa KESEDIHAN
5- HARAPAN seorang ibu yang mahu anaknya PULANG
So, harap sangat semua yang membaca mencuba untuk layan movie ni....hurm...walaupun mungkin Azue macam lambat tahu filem ni tapi..tak pelah kan...penghayatan dan penghargaan itu yang penting.. *-*
No comments:
Post a Comment