Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Vacancy

aku mahu cari kerja baru.
ada tempoh dua bulan untuk melangkah jauh dari sini.
sila tolong aku
jika mahu tolong.

terima kasih.

Monday, April 30, 2012

New chapter of life!

Assalamualaikum

Sabtu dan Ahad lepas (28-29 April 2012) is my new day in life. I got an offered to join a shooting for local PSA. Iklan Nilai-nilai murni. jadi Jr Editor mmg jarang keluar, so bila dapat peluang gantikan orang sekalipun, i take it as a challenge and never to disappoint anyone.

Its really amazing job as I've learned lots of things in PSA Shooting concept. The crews also awesome and experienced as for me the junior in this industries, I've learned something valuable and I took an opportunity to observed how they work in every way to finishing the job.

InsyaALLAH, i wish to be with them again in future.

p/s: i'll start my new work on May, 7 even though i heard lots of rumours bout the company. I'll try my best as this is a challenge! Gambatte!

Friday, April 27, 2012

Left it out

Assalamualaikum

banyak perkara nak kena fikir. Apa yang nak dibuat dan apa yang nak diputuskan sebagai satu keputusan. Dalam nak selesaikan segalanya aku terfikir satu perkara penting.

Aku terlalu banyak berfikir sampai aku dah kurang kreatif. Idea dah jadi angan kosong. tiada lagi visual yang menarik. Suara tiada bunyi. Visual tiada gambar dan warna.

tarik nafas panjang

satu malam sakit kepala migrain.

terlalu berfikir lagi!

aku kene kurang fikir tapi terus lakukan apa yang aku mahu jika ia benar dan jika terlalu berkompromi dengan diri sendiri akibatnya aku akan ketinggalan dalam perjalanan aku sendiri.

Kreatif.
ya.
satu sindrom yang sukar didapati kalau tak usaha banyak dan berlatih.

cara paling mudah.
luaskan perjalanan
tinggalkan segala yang hitam dan mengaburkan jalan.


so aku hantar tender hujung bulan ni.
muktamad!


p/s: ari jumaat, jadi berfikirlah dengan seadanya dalam memperolehi keberkatannya.
-dumbdeaf-



Thursday, March 22, 2012

Untitle


Aku asyik ingatkan diri sendiri supaya jangan memulakan sesuatu rencana dengan kata negatif. Seperti ‘tak’, ‘jangan’, ‘bukan’ dan apa saja yang bakal menjatuhkan semangat untuk pembacaan manusia. Tapi ini lumrah penulisan aku. Mencari kata yang sesuai untuk memulakan sesuatu rencana sangat sukar. Aku kadang-kadang kebuntuan.

Untuk minit pertama penulisan aku bagai merasakan idea mencurah-curah. Kadang bila melihat ‘billboard’ yang tergantung di bangunan ‘shopping complex’ One Utama, aku bagai ada seribu patah kata yang nak diluahkan. Tapi nyata bila mahu melahirkan di keyboard computer aku bagai hilang!

Jadi apa perancangan aku?

Nota: Tiada tajuk itu abstrak
Kadang-kadang aku melepak dikedai kopi, di kaki tangga, di pondok bas menunggu teksi lalu, melihat deru kenderaan yang melalui jalan di LDP, aku bagai melayang dengan pelbagai irama yang sangat indah dengan susunan kata tapi bila aku salur di kekunci keyboard segalanya hilang!

Aku rasa rugi. Sangat rugi!

Aku harus cari sesuatu yang boleh aku simpan segala yang indah dari terus kerugian…

Monday, March 5, 2012

Simple

Note: More dynamic! 
Assalamualaikum.

I'm updating my page. Yes. Lots of thing to be divert to draft. As I decided to be more simple and organised. Will try my best not being so transparent? Neah! I'm not going to promise that as I'll type what's on my mind. So, just seat back and enjoy my presentation.
Wish me luck.

-dumbdeaf-

Saturday, July 23, 2011

Berguling Dalam (Direct Translate) kehkeh!

tak boleh tido
rasa sengal
layan Maddi Janes
dia nyanyi macam Adele
Pergh!


tadi cuba layan Rebecca Black nye lagu baru, 
serius tak leh masuk gak
maybe bukan hari Jumaat kot
even lagu tu aku rasa tajuk dia
My Moment
D***!

p/s: lembab la download lagu Monster-Paramore ni. ceh!

-dumbdeaf_

Friday, July 22, 2011

Bila nak jadi KAYA? (Versi imbas Kembali)

Assalamualaikum..

Hari ni aku rasa macam lembab dan lembap. Ada beza kah? Pg cek kamus dewan sendiri. Aku takda masa nak buka kamus yang dah terperuk dalam kotak. (Bilik aku tak cukup space nak letak rak buku. Ceh!)

Okay, entry malam ni, citer yang ringkas dan terlalu sinonim dengan sebilangan umat manusia yang berada diluar sana termasuk aku yang berada didalam sini. Apa yang aku nak cerita kali ini adalah peristiwa beberapa tahun lepas (takda la lama sangat, maybe dalam dua tahun).

At that time aku rajin chat yahoo. Bersepah kengkawan chat dan aku agak' popular la dikalangan chatters baru, bese la adat chatters perempuan dan bahasa yang aku guna pun sangat bangang masa chat (serius bongok je bila pk cara aku dulu. (serius aku benci dunia chat bila aku ingat balik. D***!) Eventually, there's a lot of thing that I've learned from cyber net. The do and don't that related with reality and how to be a REAL human, not only as an ID.

Berbalik pada story aku, dunia cyber ni ada macam-macam jenis manusia. Yang benar dan tidak, nak dijadikan cerita aku dapat chat dengan satu manusia yang pakai ID sangat biasa yang kalau aweks tengok pun tak berminat nak ushar! Tapi aku kan pelik. dan aku sangat suka perkara yang pelik. Macam biasa aku dapat chat dengan mamat ni. ya, mamat!

so bila nama pun mamat aku apa lagi, bakat reporter masa tu amat menyerlahlah. macam macam soalan aku ujar kat dia. Ya! aku masa tu teruja sangat nak tahu pasal dia. Dia orang Malaysia, asal Kedah. (itu je hal personal dia yang aku leh beritahu, sebab aku nak cerita pasal tajuk entry yang libatkan dia..kehkehkeh) Apa yang aku teruja buat pertama kali dengan dia when he shared with me his own car 'Blue Mercedes Benz' Gila! BMB yang hanya lepak parking kat sebelah gerai.

Okay, aku intro sikit pasal apa dia leh share picture tu dengan dia. Bila alam chat ni, bukan semua orang leh share perkara dan cerita yang benar dengan si polan dan si polan. So, mamat ni seakan teruja gak sembang ngan aku cuz dia sebenarnya baru je jengah dunia chat after his little sis recommend him to do so. Layan boring time summer. ( masa tu aku cuti sem, dia lak balik Malaysia, cuz nak p surfed kat Aussie then p Bali) Oleh sebab keterujaan, dia pun tanya pasal aku dan personal, study and boleh dikatakan 100% pasal aku. Gila! (aku memang tak reti tutup mulut bila cerita pasal diri, cuz aku tak ada apa nak dirahsiakn masa ni)

"Bila la Azue nak jadi KAYA?"

Yup, itulah soalan yang aku taip pada dia bila aku kenang kehebatan dia yang boleh pergi mana saja dia nak, dan after he shared lots of photos when he skiing at Swiss and celebrated Xmas at France. (Serius aku jeles masa tu cuz aku dh la teringin tahap gaban nak pergi France). Lalu dengan tak semena-mena dia jawab soalan aku tu dengan shared photo BMB yang dia baru beli siang hari masa aku chat dengan dia tu. Sekali lagi aku kata GILA! BMB lepak sebelah gerai tepi jalan je kot. Aku macam tak nak caya, tapi aku kena terima kenyataan tu memang kereta dia bila masa raya (time tu) dia showed dia ngan family dia ambik gambar latar BMB. D***!

Bila dia tunjuk gambar tu dia kata pada aku. (lebih kurang camni la ayat dia)

"Azue, semua orang boleh jadi kaya. tapi kalau cakap saja nak jadi kaya tapi tak ada usaha dan pengorbanan, tak ada apa yang akan jadi. termasuklah nak jadi kaya. Jadi kayap boleh lah. kehkeh (ni ayat aku...okay aku ringkaskan ulasan dia..) aku nak jadi macam sekarang ni sangat susah bukan terus boleh diatas. aku tempuh macam-macam hal. Until now pun aku masih harung macam-macam hal. (dia kata macam tu la..) nak jadi kaya ke nak berjaya ke ko kena ada timeline to achieve your dream. Kalau boleh limit kan time dia (serius ayat ni imbau aku pada kes MLM bebaru ni. ceh!) aku buat timeline dari aku sekolah rendah lagi sampai la sekarang. nak berjaya juga kena pandai defend diri (part ni aku suka) kalau ko dah kerja, dan ko tahu ko boleh dapat lebih dari apa yang bos ko bagi sekarang, jangan teragak-agak nak demand dan kalau dia sayang khidmat ko, dia aku akur, kalau tak dia akan bye-bye kan ko, tapi ingat sebelum dia bye-bye kan ko, ko bye-byekan dia dulu (peh! bes ni) tapi pastikan ko dah ada timeline yang lain. so ko tak susah bila ko bye kan bos ko! berkorban ni tak kira hal keluarga, wang atau kawan sekalipun. nak mjadi yang terbaik antara yang terbaik kekadang ada kawan yang makan kawan. tapi kau jangan makan kawan tapi kau tinggalkan kawan yang cuba untuk makan ko. ada beza tu."

Hebat kan ayat dia, ni yang aku dah ringkaskan dari chat aku tu. aku dah skip banyak part dah ni. kehkeh! tapi yang penting keyword dia macam tajuk entry aku tu la. sampai sekarang aku pun masih ikut timeline yang aku buat tu. sungguh kita mampu merancang tapi Allah tu dah kata Kun Fa Ya Kun, maka yang jadi selalunya memang diluar apa yang aku mahu. jadi aku ikut flow gak dan usaha serta doa yang berpanjangan.

Aku tak tahu nak ulas camna cerita mamat ni. Kalau orang baca apa yang aku taip, mungkin ada yang kata aku macam tertipu atau menipu sekarang ni. tapi Aku serius, mamat ni memang wujud even aku tak pernah jumpa dia. (sebenarnya boleh je kalau nak jumpa, p je opis dia kat area Damansara tu tak pun direct p umah mak dia kat Melawati) Dan dia kongsi cerita dia hampir satu tahun lebih gak ngan aku sebelum aku betul-betul terputus talian after dia balik UK dan aku lak menanti macam apa je kat Malaysia nithen aku lak tukar email sebab malas nak ingat dunia yang tak real (tapi bukan dia). haha! Biarlah cerita dah lepas. Aku cuma harap andai ada jodoh nak jumpa, aku teringin nak tanya dia lagi
Note: Kalau aku nampak perempuan yang bawak keta ni area memana je ..
aku tak teragak agak nak tanya dia adik A ke. haha! gila dah aku..

"Semua orang ada sebab dan alasan untuk teruskan hidup, tapi perlukah melarikan diri dan terus hidup dengan menanggung kekesalan yang manusia lain buat dan mengabaikan yang terbaik dihadapan mata?"

Aku tak tahu apa cerita dia sekarang, aku cuma harap dia bahagia. Selalu gak kalau aku lalu kat Melawati dan area yang dia pernah beritahu aku tempat dia lepak kalau balik Malaysia, aku pasti akan cari kalau da kelibat BMB.

oh ya! paling penting, kaya ke miskin ke, yang penting jangan sesekali melupakan janji. Kerana kita tak tahu janji yang kita buat akan mengubah masa depan manusia itu kalau kita tak tunaikanya.

p/s: tajuk entry ini aku kredit kat amal dengan pesanan "nanti aku pujuk syairah belanja ko tudung raya ya,"

-dumdeaf-

Wednesday, June 8, 2011

Some people....

Assalamualaikum..
Today..


"You’ll miss the best things if you keep your eyes shut."  — Dr. Seuss

"..this is what we called STUBBORN.."

And what will you handle this situation? If someone suddenly said it in front of your mates? Feel scared? shame? or nothing? For me I felt sorry. 

Sorry for making myself so clear that when I resolved my problem with lots of people not all of them will think my way is so efficient!

So, the solution is...

Just do on your own then be blame for your stupidest, then makes others realize that we have to ask others help too!

seriously nonsense right?

-dumbdeaf-

Thursday, February 3, 2011

Sebulan Satu Buku

Assalamualaikum.

Bak kata ayah pergi la angah jauh kemana pun jangan lupa tanggungjawab sebagai anak, umat Islam dan paling penting jangan ketinggalan 'zaman'.

haha! insyaALLAH aku tak lupa, walaupun ada kadang aku 'ter'lupa. Ampun!

Maka: aku ada buat perhitungan dengan diri sendiri. Jika gajiku itu ingin ada nampak berbaloinya, hendaklah aku berjihad akan gajiku dijalan benar juga. Alhamdulillah aku jalankan tanggungjawab dengan baik. Untuk lebih baik aku merancang untuk sebulan satu buku. Buku apa pun tak mengapa janji ia bagi ilmu dan aku 'tidak ketinggalan zaman'!

Mungkin aku lebih dengan PTS Litera sebab kebanyakkan buku yang ada dikedai buku kawasan aku ini lebih kepada penerbitan mereka. Tak mengapa aku ada belek-belek Kedai Buku: memandangkan aku adalah pembeli online tegar makanya tiada masalah bagiku untuk membeli! haha!

jom layan!

Saturday, January 1, 2011

happy new year!

Note: the fabulous twenty-eleven
Assalamualaikum.

tahun baru? okay target macam bese. dh disenaraikan dua bulan lepas. pasal emosi aku bese je. tak payah target banyakbanyak. buat mana mampu. sebab ini hidup aku. kalau asyik azam je. buat tak. langsung bazir. rugi!
2010: yang berjaya dicapai?
aku boleh tulis story dalam paper.
aku berjaya susun atur hidup aku balik.
selain berjaya menjadi sepositif mungkin diakhir tahun lepas.
alhamdulillah.

dan aku juga ada target leng-cai baru! kehkeh!


note: kalau aku tak berusaha happykan hidup aku jadi siapa lagi yang mampu buat?

Friday, December 24, 2010

pelbagai cerita

Assalamualaikum.
Note: 5 days more to go~

Banyak cerita mahu kongsi. bukan sempena krismas tapi sempena aku nak tutup buku 2010.
sama2 tunggu ya! haha!

note: tak berapa sihat perut ni..jap..rumah aladin memanggil! kahkah!

okay..aku sambung balik mende apa yang aku nak cerita..Muharam dah berlalu bagi 1432H, tapi Januari 2011 baru nak bermula so, dalam beberapa hari ni aku rasa ada baiknya aku teruskan apa yang ditargetkan? hello! im a super girl yeay!

so disini ada pelbagai cerita yang aku nak smpaikan:
apa yang aku suka
apa yang aku nak
apa yang aku target
apa yang aku impikan
apa yang aku nak langsaikan
apa yang aku...bla..bla..bla.........


stay tune!

Sunday, November 21, 2010

mau potong rambut atau.............

yer.
dari ari tu aku fikir nak cantas rambut sikit. agak panjang suda! aku cari picha gaya rambut baru. ala model. ala selena gomez. ala sesape yg smart r tapi aku suka selekeh! haha!

Long Hair style versi Selena Gomez:



Note: bukan senang nak buat versi semua gini..
maybe yg picha first tu okay kot..haha

Long hair versi model:

Note: flowblow~ xde makna la rambut aku leh blow gini..
kalau dah lurus cam orgnyer tu..erm..
tapi k gak kalo cantas yg picha kedua?

Tapi aku suka cantas pendek aish! walaupun  aku tahu aku agak xsesuai..cuz nmpk lagi bulat! hohoho..tapi senang kalau rambut pendek..tak rimas sgt nak gerak..!!

Short hairstyle versi Selena Gomez:






Note: aku suka amat yg last picha! haha!mau~

shorthairstyle versi model/actrees:


Note: ni kalau versi others la..k gak, more simple!

tapi kalau ikut muka aku yg bulat style gini jela..lagi senang dan aku tak ada masalah kalau org kata xsesuai atau apa..haha! wa sudah research okay!!


Note: selalunya aku follow aweks superman nyer hairstyle..sekarang ni aku tgk minah tu kalau rambut pendek, sgt2 pendek la plak..huhu..kena research lain model la..so jumpalah yg ni..berkenan plak picha hairstyle yg first tu..huhu..layan..


tapi...nak tahu aku cantas ke tak..tggu jela mid next month..kalau xde pitih cmne aku nk p mncantas..tapi da mamat ni xbagi aku potong..(since study lagi dy xbg.) katanya lagi elok pnjang..masalahnya kalau pnjang mmg terserlah keselekehan aku tu..cz aku suka messy ngan rambut aku kalau pnjang~ haha!

so..tunggu~

Saturday, November 20, 2010

xiexie'

Note: Thanks Bao Bei!
Assalamualaikum.

ye. hari yg agak panjang mungkin.
malam kurang tido.
siang aku kuar cri hidup.
ada senyum sikit.
alhamdulillah.
tapi tuhan nampak aku.
yang sangat tak sempurna hari ini.
maafkan aku tuhan.
maaf!

Tuesday, November 16, 2010

yang aku suka

hola!

aku susah nak reveal apa yang aku suka sebenarnya cuz ia sangat universal tak ada yang specific!

so..aku da letak tepi sidebar blog: linknya sekali.
sila jengah~

Saturday, October 16, 2010

marahkan nyamuk kelambu dibakar: ilmu cetek akal sejengkal

Assalamualaikum
tak terfikir lagi mahu taip review pasal Perempuan Simpanan. cuma boleh kata aku teringat mereka di kampung dan arwah kala baca tulisan Amili mengenai AYAH.

Maghrib tadi, aku sedar terkadang kalau kita ikut sangat hati yang panas memang naya orang sekeliling. dari lawak boleh jadi amarah! maaf buat 'Sesuci Umayrah' tak pepasal aku 'ternaik' darah kat dia. adoyai! malu pada manusia ni. dah la dia bukan jenis suka sakitkan hati orang.

nasib la akal aku mendahului emosi semula, dapat la juga aku turun sekali lepak minum dan yang penting ucap maaf: aku sengih bila nmpk dia senyum! alhamdulillah. :)

bila dah lepak mapley: depan mata pula skrin putih tayang program berita utama: isu bajet 2011, paling kurang hal negara hal hidup hal tol hal duit hal bla bla bla bla......diperbincangkan....

Note: teringat ada baca blog bebaru ni isu- lestari alam sekitar atau lestari janakuasa nuklear..ho9 bajet 2011~

aku malu- dua kali dah ni!- bila aku sedar ada cetek banyak pasal hal negara dalam otak aku. -bak kata: ilmu aku tak penuh didada- nak bahas pun agak kureng-

apa mau jadi la ni? aku kena gerak cari bahan bacaan macam ni kalau tak naya sangat la ketinggalan banyak benda- nak p interview orang tnya hal isu semasa boleh nyawa-nyawa ikan nih!

salah aku atau salah kulit buku?

Hola!

Tahu kan hari ini aku naiki KTM dari Serdang ke Sentul? Tahu juga aku dah baca buku-buku jana akal?

Masa balik, mungkin aku ni kalau dapat buku, mata dah tak pandang orang keliling kecuali kalau jalan ada lobang dan longkang aku boleh elak lagi..

Satu minah pandang pelik lagak aku buat jenayah! aku pandang kembali wajah dia- ini cerita dalam KTM ke Putra dari Sentul. Aku syak minah ni usyar aku after aku rasa macam ada mata pandang aku (yg ni aku mmg hebat teka, instinct xkalah langsung!)

Dia tgk muka aku- aku tgk muka dia. aku senyum tapi dia pandang lain. - panas membakar aku! perempuan melayu bertudung- aku senyum dia boleh paling? aku salah apa?

Ada rasa lagi dia pandang: aku pandang balik la! pastu dia pandang buku aku ditangan. cess! aku lupa tajuk buku aku terpampang tulis PEREMPUAN SIMPANAN!

p/s: aku plak boleh baca buku tu gelak tak ingat! (kelakar bila smpai part tulisan Azie- Menu Baru di McD..)

Wednesday, December 23, 2009

Best wishes to my luvly sis Kak Syida.....*-*


HAPPY BIRTHDAY TO U KAK SYIDA....

MAY ALLAH BLESS U ALWAYS...!!


LOVE U ALWAYS SIS....GUDLUCK YA!!

Friday, December 18, 2009

Thursday, December 17, 2009

happy wishes to my best buddy!


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

UMIEY!!!


birthday dia semalam..aku dah wished dah kat dia semalam...ni saje nak bagi present yang xseberapa..huhu...

KAMU

"...engkau sahabat engkau temanku..
dimana aku, disitu kamu..
kita berbeza, tak pernah sama..
namun, hatimu masih ada aku.."

"...jauh ku berlari, mencarimu..
penat kuberdiri, namun masih senyum..
adanya dirimu, adanya diriku..
semua segala mudah selalu..."

c/o

"..kau..adalah temanku...
disini mahupun disitu..
bersama walau apa pun...yang mendatang....
ku masih ada kamu..."

"kau..bukannya bintang..
mahupun bukannya bulan..
nyata...kau masih kamu..
teman...seperjuanganku..."


lagu khas buat cik umiey...namun..aku malu nak bagi ko dengar..tunggu aku minta tolong ur 'abg' cari kord lagu. hehehehe....


katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB