Sunday, August 29, 2010

Kembang Perawan!

Kembang Perawan

Ketika surya menampakkan cahayanya,
ku gapai hari terangku,
menanti sebuah cerita,
yang pasti akan terjadi didiriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa,
hatiku mulai merasa,
bila dekat lelaki aku pun malu

Akulah kembang perawan,
ingin mulai merasa,
perasaan yang pasti,
milik semua insan
Aku mulai jatuh cinta,
papa biarlah aku,
menikmati semua,
anugerah di hidupku

Aku mulai jatuh cinta,
papa biarlah aku,
menikmati semua,
anugerah di hidupku…

Friday, August 27, 2010

Ana Raffali!

huh!
apa kena mengena entry ni ngan hidup aku?

baru-baru ini aku jumpa ana raffali.
memang bes.
seronok sembang sampai aku tgk bos aku tak kelip mata.
cess

abd qayyum yg ada dimple pp sebelah kanan pun rileks.
haha!

ari ni kawan aku jerit dalam opis-not wannabe

ANA RAFFALI!!

tiru gaya bos aku jerit
bos aku gelak.
dia kata ada sebab nape jerit camtu
sebab

itu antara pemberi semangat saat lesu buat kerja macam gila kat rumah
cess
aku gelak.
sebab ada betul
ada persamaan

kawan aku gelak
memang ada benar
apa yang aku buat

manusia yg satu pun dah ngaku.
haha!

aku gelak.

Thursday, August 26, 2010

A lesson to all of us~

Assalamualaikum

Seperti yang anda tahu aku kini ber'praktikum' di Transisi. Jadi aku ialah penulis yang menulis pelbagai isu.

Barubaru ini isu paling bes aku kena buat:

-Aidilfitri : Balik kampung mertua atau kampung halaman?

Aidilfitri makin tiba. Isu selalu hebat didebatkan, nak balik kampung sendiri atau kampung wife? kalau ank pulak, nak balik kampung nenek/atuk sebelah mak atau ayah? hurm..share sikit... :)-

So, aku dapat dari satu feedback daripada seorang 'youthsay's member: lebih kurang gini la ceritanya yang aku rasa dapat dikongsikan bersama dengan kamoo sekalian...

"Cerita hal raya..........

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband)
dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6)
Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
.
Ateh & Acik : Betul....

mestilah ghumah ibu dulu.........
.
Ibu : Dengar dulu....
contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.
Ateh & Acik : Ghumah ibulah .....
.
Ibu : Tidak.......
ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........
baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........
ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
.
Ateh : Mengangguk......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
.
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......
kena gilir-gilirlah baru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)
.
Ibu : Ingatlah.....
jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...
taatlah pada suami dan mentua ........
.
Acik : Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak
.
Ibu : Bukan macam tu......
islam tu indah.......
setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....
untuk menjaga suami tidak sesusah mananye...
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....
kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......
jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...

Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...
Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu.

Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
.
Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.
Abang ipar : Tidak bu.......
saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.
Abang ipar : Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)
.
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.
..
Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak bo leh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya.
Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......

sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?......

berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn

.
Moral of the story
Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka.."

Monday, August 23, 2010

pot pet mak cik Limah Senget!

Assalamualaikum.

lepas beberapa hari aku ngadap Mak Cik Limah Senget punya hal pot pet, aku dapat pikir ada benda best sikit. sikit je la tak banyak. Mana mungkin nak hadap dia harihari..

berbalik kepada cerita, aku lebih senang buat bodo ngan apa yang aku rasa, bak kata Mak Cik Limah Senget kalo nak berfikir pasal perasaan sampai mati ko takkan dapat jawapan. Aku tahu la orang yg aku nak tu dah jatuh cinta ngan anak dia. boleh la dia kata gtu. sedangkan aku ni mmg bakal andartu la. cess

Tapi ada betul gak kata Mak Cik Limah Senget, sape aku nak dapatkan jawapan manusia yang satu tu. penat dah mainmain gini. banyak lagi kerja kena buat.

Jadi setelah aku pikir punya pikir even aku tak nak pikir dan asyik termenung macam ikan temenung perut dah kembung baik aku habiskan cerita ini ari ini. macam la dia tahu aku suka kat dia. baik aku suka pada 'Shahril Alam' watak dalam novel Bila dah Suka karya Mimie Afinie. cess aku berangan lagi..

haish!

dah3..benda alah ni aku singkirkan ari ini, so pada kamu sila ambil tiket dikaunter dan pulang ke tanah airmu..aku tak dapat nak letak kamu dihati aku. kuncinya aku dah jumpa dan bakal aku buang ke dasar laut sedalam tujuh lapisan bumi..

jangan ada yang jumpai kunci itu sebab aku sendiri akan lupakannya. ini kali pertama aku kunci dan aku akan kunci selamanya..saya kunci lirik ini Aznil! eh! salah segmen lak.

okay. out-

Sunday, August 22, 2010

pesawat rosak, Mak Limah Senget memang dah senget

Assalamualaikum.

Apa yang membuatkan aku berhenti menaip bila melihatkan Mak Limah senget menghebohkan diri kepada orang kampung bahawa dia memang senget.

Gilak mereng Mak Limah ni. Siapa yang akan percaya dia senget? Sedangkan Pak Cik Melot pun tak akan percaya orang gila kata dia gila. inikan pula Mak Limah senget ngaku dia senget?

Aku tak mahu ikuti apa yang dorang sebokkan sebab aku lebih khusyuk tengok movie Tristan + Isolde. siapa kenal minah dan mamat tu? beritahu aku.

"Before Romeo and Juliet, there was..Tristan + Isolde"

aku tak tahu nak taip apa pasal manusia dua ni sebab aku tengok cerita ini bila keinginan nak tengok 300 terhapus saat Mak Limah menjerit kata dia senget. cess

Lebih kurang macam R&J, cuma T&I lebih kepada anak pemerintah dahulu kala yg memerintah Ireland dan Cornwall..yeke? lebih kurang la aku dah la lemah sejarah..cuma Isolde tu memang anak Pemerintah Irish yang kena kawen ngan Morholt tapi mamat tu mati bila Tristan bunuh dia masa geng2 irish nak dapatkan D'or.

Ikutkan aku cari cerita ni sejak aku secondary school. Cikgu aku kata xsesuai tengok sebab ada scene tak elok..aku tengok tadi, xde pe pun. baik punya cutting la filem ni baru dapat masuk Malaysia.

Okay, jadi dikisahkan pedang Morholt tu ada poison, maka matilah kununnya Tristan bila kena pedang tu. Jadi orang2 di D'or pun hanyutkan 'mayat' Tristan cuz ingat dia mati. pada masa yg sama Isolde di Ireland lak nak lari, masa tgh2 bertekak ngan Bargaine (tak tahu la kalo salah eja nama maid minah ni) dia nmpk bot 'mayat' Tristan.

Dipendekkan cerita, dia selamatkan. T&I bercinta. Tristan balik Cornwall, bila ayah Isolde dapat tahu Morholt mati (lambat sgguh bot2 mamat Irish tu smpai Ireland) then larik la Tristan balik, then seronok la Marke cuz Tristan hidup.

okay..dipendekkan cerita lagi..(padahal aku dok pnjangkan) Tristan berlawan ngan Whirked utk dapatkan takhta ayah Isolde n Isolde sbagai price utk raja Corwall. masa ni bila Isolde bgtahu dia anak raja Irish dah terlwat la..(masa ni aku jerit kuat2 Isolde bodoh! cuz lain kali tipu la lagi nama sndiri)

sedih la mamat Tristan, awek kena kawen ngan raja sendiri. maka bermula hubungan terlarang antara T&I. kesian bila raja Marke yg sayang dia rasa Isolde ada org lain.

"She loyal to you. I'm sure with it"

sakit bila traitor, si Whirked tu buat agenda utk dapat kan throne Marke dan hapuskan D'or. Terperangkap dengan cerita sendiri, si Isolde gthu Marke dorang bercinta bila Traistan 'mati'.

Serius aku puji Marke, bila dia sanggup lepaskan Isolde demi menjaga perhubungancinta T&I. lihatlah lelaki, jika kau benar tahu apa makna cinta kau akan tinggikan darjatmu dengan menghargai cinta insan lain.

namun, Tristan sayang Marke yg jaga dia since mak n bapak dia mati. he took challenge to survive and protect Marke and all the D'or. Maka end of story, Marke hidup dan D'or da pemerintah tapi Tristan mati. isolde meraung kelesuan kesepian mengenangkan cintanya pergi.

cinta agung itu milik siapa?
ada manusia pernah buat lawak bodoh dengan aku cinta agung tu cinta Yang Dipertuan Agong.

so, lu pikirlah sendiri.

Monday, August 16, 2010

Mak Limah tak senget!

: nak jiwang jap : buat kekasih yang aku baru nak sayang. maaf sebab aku kena pergi jauh. flight nak p marikh bertolak malam ni. jagadiri tau. sorry cuz tiket satu jer. out-

napa aku taip macam ni?
sebab aku nak gthu pada kekasih yang aku baru nak sayang tapi dah sayang bahawa flight ke Marikh adalah penerbangan paling mahal

tiket pun aku dapat hadiah cabutan bertuah beli kuaci 30sen. nak share pun tak lepas. itupun dapat bawak satu je luggage. nak nawak banyakbanyak pilot xbagi

buat kekasih yang aku baru nak sayang lelebih
aku sedar Marikh tak sesuai untuk kulit kau yang gebu (gebu ker? ntah aku tak dapat pastikan sebab xpernah dapat sentuh pun. hahahha) apa yang aku tahu kemungkinan muka kau akan burned bila kena sinaran cahaya panas di Marikh. kulit muka kau cantik (jerawat pun xde..muka aku boleh kata dah macam kawah kat bulan. cess)

aku juga nak smpaikan bahawa

buat kekasih yang baru aku nak leblebleb always. aku tak mampu nak beli gulagula perisa radix. eh!silap gulagula perisa rebina macam yang selalu kau nak. sebab aku dh kehabisan duit beli tiket ni.

aku juga tahu kau suka aku p Marikh ni. nnt kau boleh dating ngan anak Mak Limah senget hujung kampung. Mak Limah tak senget kampung dia je senget. itu la kenyataan yang selalu kau ceritakan pada aku. aku tahu bila mata kau yang selalu pandang anak dia yang juling air tu mana mungkin kau nampak Mak Limah atau kampung dia yang senget. cess

Aku dah cuba call kau tadi kekasih tapi aweks baru kau yang angkat. dia kata kau xnk ada perhubungan dengan aku lagi. sedih aku! (padahal talian xde dalam perkhidmatan. cesss aku keciwa!)

buat kekasih yang aku baru nak sayang.
senyum yer. nnt aku bawak balik oleholeh merangkap hadiah perkahwinan kau dan anak Mak Limah senget hujung kampung.

huwaaaa



katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB