Monday, April 2, 2012

Dugaan...lagi?


Kegembiraan itu adalah satu perkara yang dimahukan berpanjangan. Jadi siapa yang salah andai ia sementara bagi sesetengah pihak. Bergelak ketawa sepanjang malam bukan bermakna aku dan kamu sekepala dan membuang duka tapi ia menyatakan biarpun sementara tawa itu tapi ia mampu menyegarkan minda yang berkabut.

Kehilangan dokumen dalam computer riba adalah perkara biasa bagi aku tapi kehilangan memori yang sehari cuma bagai dugaan berganda yang tiada ubahnya.

Ini bukan pertama kali dan aku tak ambil pusing jika aku perlu berusaha keras untuk mendapatkan segala yang penting. Tapi bagaimana? Pusing lagi!

Beratus gambar kenangan, berpuluh video kegemaran, berdozen video lagu untuk mereka, dan paling penting berbelas klip yang mahu diedit untuk pengantin baru.

Mahu menangis atau bersiap sedia pulang ke kampung mencari cd original window?

Mahu menjerit tapi ia tersekat di anak tekak!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB