Tuesday, October 19, 2010

buku sebelah bantal- Aweks KL

Aweks KL:
Note: Berpuluh kali baca ia mampu membawa penghayatan yg berbeza..

Himpunan penulispenulis berlainan genre ceritanya. apa yang aku boleh taip. ia bagus. Ia bagus untuk aku yang baru nak buka semula. ada cerita yang aku ambil dan hadam macam buku Perempuan Simpanan. Erm..penulisan terjemahannya juga bagus seperti Terbakar dan Bodoh.

Mungkin bahasanya agak berselirat tapi aku fahami bagaimana suara mereka sebagai perempuan yang dibawah sedar atau sedar melihat dunia mereka ditindas atau kehilangannya sebuah kekuatan hingga saat terjadi suatu perkara mereka bangun untuk bertindak- Terbakar.

Bagaimana isi hati seoarang perempuan yang merasakan dia betul segalanya namun nyata dia kesunyian dan hilang punca arah yang betul dalam hidup lalu terbabas dan menemui jalan buntu tanpa sebarang pertolongan dan pemahaman- Bodoh.

Aku suka penulisan W.Ahmad Kahar W.Jasni, Kisah dua wanita yg sememangnya realiti hidup berhubungan, "engkau datang, engkau pergi". kasih datang kasih pergi ...

maaf aku tak dapat taip lagi yg lain...cuma aku nak taip: buku ini bagus.

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB