Saturday, October 16, 2010

marahkan nyamuk kelambu dibakar: ilmu cetek akal sejengkal

Assalamualaikum
tak terfikir lagi mahu taip review pasal Perempuan Simpanan. cuma boleh kata aku teringat mereka di kampung dan arwah kala baca tulisan Amili mengenai AYAH.

Maghrib tadi, aku sedar terkadang kalau kita ikut sangat hati yang panas memang naya orang sekeliling. dari lawak boleh jadi amarah! maaf buat 'Sesuci Umayrah' tak pepasal aku 'ternaik' darah kat dia. adoyai! malu pada manusia ni. dah la dia bukan jenis suka sakitkan hati orang.

nasib la akal aku mendahului emosi semula, dapat la juga aku turun sekali lepak minum dan yang penting ucap maaf: aku sengih bila nmpk dia senyum! alhamdulillah. :)

bila dah lepak mapley: depan mata pula skrin putih tayang program berita utama: isu bajet 2011, paling kurang hal negara hal hidup hal tol hal duit hal bla bla bla bla......diperbincangkan....

Note: teringat ada baca blog bebaru ni isu- lestari alam sekitar atau lestari janakuasa nuklear..ho9 bajet 2011~

aku malu- dua kali dah ni!- bila aku sedar ada cetek banyak pasal hal negara dalam otak aku. -bak kata: ilmu aku tak penuh didada- nak bahas pun agak kureng-

apa mau jadi la ni? aku kena gerak cari bahan bacaan macam ni kalau tak naya sangat la ketinggalan banyak benda- nak p interview orang tnya hal isu semasa boleh nyawa-nyawa ikan nih!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB