1- Gerhana Di Hati
|
Note: Hati kelam? huhu.. |
Oleh: Dhieya Adlynna
Buku Prima Sdn. Bhd. (2008)
Quote:
“Cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi namun getarnya jelas sekali.”
Intro:
Percaya tak andai aku taip cinta itu bukan kebetulan tapi ketentuan yang ditulis kala di Loh Mahfuz lagi. Jadi benarlah andai cinta Hazwanie dan Shahridwan itu takdir.
Plot:
Berlapuk dengan memori kekasih yang juga merangkap tunang yang melarikan diri kala diri ingin diijabkabulkan bersamanya di hari bahagia. Boleh kata bukan salah bekas tunangnya, Fiqri. Itulah takdir kan?
Manakala Shah pula turut kehilangan kekasihnya dan abang yang disayangi. Abang Amir meninggal dunia dilaut dan menyebabkan trauma Shah kepada pantai dan laut. Malah, Shah turut berubah gaya hidup kepada tidak serius.
Pertemuan demi pertemuan menemukan dua hati (Hazwanie dan Shahridwan) dalam setiap keadaan dan masa yang mungkin boleh dikatakan tidak sesuai. Emosi Shahridwan yang digarap sebagai seorang lelaki yang agak panas baran dan ego kala berdepan dengan Wanie membimbitkan perasaan tak puas hati kepada aku! Haha!
Tapi itu adalah permainan plot cerita dan akhirnya Shah jatuh hati kepada Wanie dan membuka kemelut baru dalam hidup Wanie yang sememangnya tidak dapat melupakan Fiqri! Permainan kata bila Shah mula menunjukkan kasih dan sayangnya malah mengikat pertunangan dengan Wanie
Konflik:
Namun, konflik digarapkan hingga akhir cerita dimana Wanie akhirnya meninggalkan Shah untuk mencari hidupnya dan cintanya kepada Shah bagaimanapun, Shah pula melarikan diri kala Terlalu merajuk hati melihat kekasih hati bagai ditarik kembali kepada bekas tunangnya dulu.
Akhir:
Plot akhir turut diselit sedikit norma takdir bila Shah yang menjauhkan diri di Kelantan akhirnya ditemukan dengan Wanie yang mengajar disana. Siapa kata novel selalu diakhiri dengan pengakuan dari lelaki, Wanie mencurahkan rasa kasih terhadap Shah diakhir cerita jadi cinta Wanie mutlak menjadi hak Shah.
Watak lain:
Tak banyak antagonis dalam cerita ini selain Azura, sepupu Shah yang mencintainya sejak kecil dan pernah memutuskan hubungan Shah dengan bekas kekasihnya, Miza. Watak lain ada juga tapi lebih daripada 10 karakter jadi mudah aku nak hadam cerita ini sampai habis.
Komen aku pasal kulit buku:
Okay-lah! Cuma aku macam susah nak pilih buku untuk baca masa tengok kulit buku dan baca synopsis kat belakang kulit buku ini. Haha! Maaf! J
Pengajaran yang aku dapat:
Kalau dah suka, kita ucap tapi jangan bagi ia lepas kalau ada peluang sebab nanti kita akan menyesal kerana bukan mudah nak hadam cinta itu dan mula mencari yang lain.