Tuesday, December 21, 2010

aku mahu diam

dia kata aku salah
dia kata aku selalu salah
dia selalu cari salah aku
sampai aku jadi tak rasional

ayah..tolong aku..
tapi ayah hanya mampu lihat..
ayah..tolong aku..
tapi ayah makin jauh..

dia kata ini balasan untuk aku
dia kata aku yang degil

tapi

pernahkan dia tanya kenapa aku salah
pernahkan dia tanya bagaimana aku harus perbetulkan
pernahkah?

soalan aku tertinggal di kerongkong
sebab aku tak mampu
aku lemah..

aku ditujal lagi
sakit
berbirat hati aku
bagai mesin berpusing hanya untuk terus senyum..
aku mahu pekak kan telinga
biar aku tersingkir dari cerita yang tak relevan..
aku mahu buta
biar aku terasing dari nyata hidupnya...

tapi aku masih wujud
hanya untuk ayah..

lalu aku pilih..
aku mahu diam..

note: fb, twitter & formspring aku dh diamkan..erm..cuz dia mahu begitu..agar aku lebih menjadi manusia yg tak kenal dunia. end-

2 comments:

  1. salam azue~

    what wrong with u beb?? terlalu sedih menbaca en3 kalo kali nie.. walaupun sebelum nie en3 kamu byk yg sedey, but this one len.. sgt sedey.. sgt pedih...

    ReplyDelete
  2. LP Lum:
    muharram kali ini buat azue banyak banyak berfikir..terlalu jauh berfikir sampai azue akhirnya nampak nilai kewujudan azue yang sebenar..tapi azue tak mampu buat apaapa..hanya sabar dan teruskan macam biasa..agak sakit dan pedih sebab buat pertama kali ia terlahir zahir tiada yang tersirat lagi..erm..

    ReplyDelete

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB