aA + bB
Note: buku ni adalah bukti aku kenal.. apa makna Hlovate |
Oleh: Hlovate
Jemari Seni Publishing. (2008)
Quote:
“cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati?- Addin.”
Intro:
A + B = aman bahagia? Salah sangat kan? Ini yang aku dapat dari synopsis cerita ini. Teori Addin:
a. Membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.
b. Membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.
Plot:
Takdir? Ini memang tak boleh lari dari hidup manusia. Dalam setiap cerita pasti akan ada kisahnya. Benci dan musuh, ini penarik manusia untuk mengenali hidup dengan lebih bersungguh lagi!
Addin dan Benz dua manusia yang jatuh cinta tanpa duga tapi menjauh kerana takut dan takdir bawa mereka kembali bersama dan akhirnya meluahkan cinta yang memang sudah ada dalam hati mereka berdua!
“haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~ oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy!”
Konflik:
Ego lelaki dan ego perempuan tak sama! Jadi kalau Addin juga ada ego yang bukan mudah untuk Benz tebak tapi ego Benz yang mudah untuk Addin fahami tapi bukan mudah juga mahu melawannya. Itu normal!
Mereka bersama dan kehilangan yang berharga, zuriat! Maka, Addin hilang!
Akhir:
Benz berusaha mengembalikan Addin! Bukan dia mahukan Didi, insan yang disayangi yang mencuri hatinya sejak disekolah lagi. Dan Didi kembali memberi cinta pada kekasih hati yang mencuri hatinya sejak kelas fizik lagi!
Watak lain:
Watak dalam cerita ini sangat tersusun, geng-geng sekolah yang disusun dengan watak family dan insan tambahan. Sangat tersusun! Kagum-lah!
Komen aku pasal kulit buku:
Saya suka tulip! Saya suka kincir angin! Oh ya! Sebenarnya saya suka Amsterdam. Haha!
Pengajaran yang aku dapat:
“lagi senang nak benci orang yang kita tak suka dari nak benci orang kita suka!”- Addin.
Note: sila beli buku ini- anda tak akan menyesal! Haha!
do you have this book?? seyess aku cari buku nie..
ReplyDelete