Note: Halu, watak yang paling bermaruah dalam Pride, lakonan Takuya Kimura. |
Assalamualaikum.
"Beza manusia dengan haiwan adalah maruah."
Ya, selain ada akal yang diberikan tuhan manusia juga bezanya kerana maruah yang memperkenalkannya kepada manusia lain selain penampilannya. namun dimana maruah manusia bila rasa hebat menghakimikan manusia lain tanpa sebarang evidence dari segi tulisan dan fakta selain prediction tentang manusia lain yang melebihi batasan akal yang melawan semua hak dan keperluan?
manusia, lahirnya sangat sempurna dari kain putih yang membaluti hingga bertukar warna hitam pekat yang makin gelap namun siapa layak menghakimi segalanya selain tuhan. itu fakta! dan jangan sesekali meletakkan jari telunjuk kamu keatas manusia yang lain hanya bila hati kamu sakit dengan perbuatan kamu sendiri.
mudah untuk mengatakan dan meludahkan manusia atas seminit perlakuan yang tiada balasan. tapi fikir dengan jelas siapa salah dan apakah salahnya. ini kehidupan bukan fantasi mimpi. maka, kelibat manusia dari pelbagai pelusuk dunia amat diperhatikan.
Note: Pride..tapi ingat, cerita yang aku tulis.. bukan fantasi tapi realiti..so..fahamilah! |
"bila susah mencari, bila senang lupa diri"
patah kata paling mudah untuk ditaipkan, namun nasihat aku perhatikan dulu kedudukan kata ini sebelum menuturkan atau menaipkan atau menuliskannya. hal demikian kerana kamu bakal menemui penghujung cerita yang berlainan jika kamu melakukannya tanpa mengetahui apa tujuan ia terjadi.
fahami bahawa dalam dunia ada berpuluh-puluh juta manusia yang berlainan karakter dan tahap dinginnya. oleh yang demikian. ingat! FAHAMI bukan MENGHAKIMI!
wallahualam..
No comments:
Post a Comment