Saturday, March 24, 2012

Inspirasi


Inspirasi. Satu perkataan yang definisinya positif. Ya. Aku mempunyai seorang pencetus inspirasi. Tapi aku rasa masih kabur. Apa benar dia atau orang lain.

Itu tak penting sebenarnya. Yang penting aku tahu dia ada dalam hidup aku, dan nyatanya dia bukan saja sumber aku mendapat idea bernas tapi penyebab aku berhenti mencari pasangan hidup. Macam pelik tapi ikhlas aku bagai hilang semangat untuk mencari pasangan hidup.

Biarpun aku dulu bagai setiap hari mengeluh bila tarikh dan masa untuk bertemu manusia yang satu tapi akhirnya tiba-tiba aku hilang rasa.

Dan beberapa hari lepas aku kembali pada memori yang lama dan kini hampir 2 dekad aku menyimpan rasa. Ya, aku kenali dia sejak kecil dan aku fikir kali ini aku perlu ambik berat pelbagai perkara sebelum mengatakan dengan gah bahawa dia yang aku perlu atau apa saja yang berkaitan dengan perasaan. Kerana aku bakal masuk kedalam gaung dengan pertolongan diri sendiri.

Kata kawan ‘kita perlu lawan untuk mendapatkan kebahagiaan’ tapi aku pilih untuk berdiam diri andai kebahagiaan itu lagi bermakna bila aku memahami manusia lain juga punya rencana sendiri.

Ini lebih matang!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB