Assalamualaikum
cinta. mengapa kita bercinta? adakah hanya untuk disayangi atau hanya untuk menyayangi?
kehidupan ini perlukan satu sama lain.seperti aur dan tebing. ecewah!
tak kira la beza umur ke? beza agama ke? beza pemahaman ke? beza prinsip ke?
tapi yang penting jika anda menyintai seseorang dengan niat untuk menjadikannya teman hidup maka anda perlu belajar bagaimana menyayangi dalam erti sebenar. bukan sekadar ucapan sayang tanpa perbuatan yang menyokong.
perbuatan tu bermakna cara anda menghargainya - bagi hadiah, sms kata cinta, mengambil berat dll
malah, bahasa tubuh yang menunjukkan anda sayang dia pun perlu
sebelum bercinta - perlulah memastikan anda benar-benar mengetahui latar belakang pasangan bukannya hanya berserah kepada 'flow' perhubungan. kalau dia tak beritahu, bertanyalah. baik yang perempuan atau lelaki. tak kisah bertanya kalau dengan cara yang elok. ini boleh elakkan dari menimbulkan syak wasangka.
selain itu, sentiasa ingatkan dia untuk menjadi yang terbaik. bukan mengongkong tetapi membimbingnya menjadi yang terbaik supaya tiada yang menunding bahawa dia adalah yang sebaliknya.
kalau dia tak mahu dengar, nasihat dan sentiasa berdoa supaya berubah. tolenrasi dan praktikkan teknik bertolenrasi itu penting. setengah pasangan mengatakan "dah tak larat nak bincang dah" walaupun sebenarnya teknik yang digunakan salah!
menerima seadanya itu betul. bukan mahu mengubah dirinya untuk kamu tetapi membawanya menjadi yang terbaik. beza besar makna perbuatan ini. jadi tolong fahami dengan betul-betul. manusia mana yang tak mahu dipandang baik dan menjadi baik. jadi usaha yang berterusan dan bersama itu sangat bagus.
ada pasangan yang merasakan pergaduhan sebagai satu tanda yang perhubungan tak menjadi. itu salah. pergaduhan yang berlaku perlu diambil dengan berat. meneliti semula sebab dan kesan supaya perhubungan dapat diperbaiki.
kepercayaan. dalam perhubungan perlu mempunyai kepercayaan. jika pasangan tak ada percaya antara satu sama lain maka perhubungan tidak akan berhasil.
restu. perhubungan yang baik adalah yang mendapat restu ibu bapa. jangan sesekali meneruskan perhubungan yang tidak mendapat restu ibu bapa. mungkin ada dalam drama atau filem, perhubungan yang tak mendapat restu turut bahagia. tapi tahukah anda setiap kesedihan ibu bapa itu kesannya amat besar dalam hidup anak. maka buatlah sesuatu yang mendapat restu ibu bapa InsyaALLAH perhubungan dan apa saja yang kita lakukan akan mendapat keberkatan.
wallahulam.

No comments:
Post a Comment