Saturday, August 31, 2013

Freedom II

dulu dan sekarang tak sama
dulu aku ligat berpuisi
menyampaikan apa aku rasa tentang mereka
mereka yang berkorban demi negara
dulu dan sekarang tak sama
dulu aku punya banyak rasa dalam jiwa
PATRIOTIK
sama sama nyanyi lagu kebangsaan setiap hari
dataran tua puluhan usia
saksi apa yang ada dalam minda

dulu dan sekarang tak sama
sekarang aku hanya mampu senyum
syukur ada ruang damai atas bumi ini
ada rasa bebas atas bumi ini
dulu dan sekarang tak sama
sekarang aku kerap gelengkan kepala
lihat manusia tak pernah puas dengan apa ada depan mata

dulu dan sekarang tak sama
tak kan sama
biar hidup semula perajurit negara
mereka yang alpa
tetap alpa dan pelupa tidak sedar!

Freedom


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!
TAHUN KE 56

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan kian berakhir...

Ya. Ramadhan kian berakhir...
tapi aku tiada yang baik dalam hati. kasihan aku pada diri. terlalu hitam tanpa tanda hati akan pulih segera. mungkin selepas 14 hari kemudian? mungkin.
Ah. malas nak taip
pendam dan buang jauh lalu simpan dan kunci.

jangan sesekali jumpa lagi rasa ini.

tamat

Thursday, July 18, 2013

Hope III

harapan
jangan biar dia terbang sendiri lagi
letak sesuatu bersama yang dinamakan usaha
lalu senyuman yang sebenar pasti akan kembali dan bersama

pulih dari segala
harap semula pulih dengan segera 
walau ia mungkin susah untuk ditunaikan

doa yang terbaik untuk hari esok
ya 
esok

senyum
dan ia kembali

insyaALLAH

Hope II


"wlupun sy tahu awk dah x mungkin anggap sy sbg kawan awk, i want to let u know 1 thing, sy sentiasa sayang awk sbg kwn sy.. i never tell this personally to any people but u r the gift from God.. other things dont matter, may love will find its way thru you.. Assalamualaikum.."

Dear Taheri, I called you. I texted you. but you didnt give any response..
I just want you to know, honestly...I missed you. really missing you. 

or maybe...

everything has changed?

Hope


yeah. we need the both wings to fly. so keep giving hope on others who need it as we generate the spirit of real Ukhwah! InsyaALLAH 

dan kongsi dari aku..."nasihat ada 3 cara, guna dengan sebaiknya bukan manipulasi caranya." - Azuraina Abdullah

Wednesday, July 10, 2013

Sunday, May 19, 2013

OST

OST refers to Official sound track for a film, advert and others medium to show a message to other as viewers.

i love OST especially from

Alice & Wonderland create by Avril & Derek.


Alice - Avril Lavigne

the song sounds creepy and mystery to audience. love that.


 Skyfall by Adele
the song brings the spirit of love and journey of the hero to the end. double love it.


Decode by Paramore
the vampire's love story. haha


tapi tetiba lagu ni masuk carta..


one way or another!!!

Thursday, May 2, 2013

heartattack?

jangan membenci
bila tak mampu melupakan
teruskan
teruskan selagi ada peluang untuk meneruskan hingga titik akhir
senyum
dan ingat Dia sentiasa ada

-dumbdeaf

Sunday, April 28, 2013

Sarkastik II

hari yang sibuk. cuba buat kerja dengan sebaiknya.
pintu yang sedia ada tak pernah sunyi tanpa pengunjung.

"dik, tukar duit kecil"

"maaf. kak. tak ada."

"tak kanlah kedai besar macam ni pun tak ada?"

"kami pun nak guna kak."

"huh!"

menggeleng kepala. itu saja aku mampu buat.

...

kakak. mengapa kau musuhi dia hanya kerana aku tak mampu tunaikan permintaanmu?
wahai kakak, jika kau mendengar, andai ku beri tukaran duit kecil RM2 kepada kamu, mungkin akan ada sepuluh kakak sepuluh abang yang terus memusuhi aku.

jadi cukuplah andai hanya kamu yang memusuhi aku hanya kerana permintaan tukaran kecil RM2 tidak diendahkan.

-dumbdeaf

oh.

oh.
happy belated to me.
26th.

wishes?

1- being better than before.
2- pursue the dream
3- be smart!

-dumbdeaf

Buku Sebelah Bantal - Cinta Untuk Disewa


Cinta Untuk Disewa
Oleh: Lynn Dayana
Alaf 21 (2012)


Quote:
<lupa lak..nanti aku update>

Anis suka Iskandar, Iskandar suka Nina. Nina jadi marah Iskandar putus hubungan. Anis kawan Iskandar. "Kawan tak boleh bercinta." - Iskandar. Iskandar kawin dengan Dayang Su, Jenny kawin Amran. Hafiz dapat minah salleh. Anis? Anis tercari cari cinta yang berpusing-pusing. hmmm.

Watak Peberet:
Ashraf - komited dengan apa yang dia mahu. Terutama CINTA

Komen aku pasal kulit buku:
simple. mudah faham.

Pengajaran yang aku dapat:
bila kita tahu itu cinta kita, kita juga perlu tahu akan ada DIA yang akan buat keputusan samaada benar atau tidak. :)

Note: sila beli buku ini- ****

Sunday, April 14, 2013

Sarkastik

dia masuk melalui pintu yang sedia ada mudah dibuka oleh semua.
dia melangkah ke kawasan gondola newspaper.
"woi, pekak. the star ada?"

aku memandang.tajam.
mengabaikan dia dan senyum tawar pada cashier sedia nanti di kaunter.

"woi.pekak!"

"cakaplah elok elok sikit akak."

"dia ni memang macam ni. kau tu sedar sikit kau tu dibayar untuk jaga kaunter."
pandangannya juga tajam memandang manusia bertudung hitam dalam kawasan jagaan kamera cctv.

"kot ye pun berbudi bahasa la kak. awak tu perempuan. dia pun perempuan."
berlalu aku dari situasi hitam.

...

manusia. apa yang mereka lihat dan rasa cepat berbaur dan bersatu. lalu emosi menjadi kesan segala itu. tapi pernahkah kita merasakan sebilangan mereka yang beremosi itu masih rasional dan mempunyai sivik akan situasi sekeliling.

wahai manusia yang bernama manusia. sedar. ada ramai memerhati perilaku kamu.
tak kira kamu lelaki. perempuan. tua. muda. mahupun kanak-kanak tak berakal kononnya.



-dumbdeaf

LOVE

cintai hidup anda sebagaimana anda mencintai apa yang anda ada.
senyum dan teruskan langkah seperti biasa. tiada duka jika mahu tawa. jadi senyum dan teruskan dengan selesa.

-dumbdeaf.

Thursday, April 4, 2013

FORGIVE ME


maybe I'm too late to say this. but please forgive me for everything I've done that hurt everyone.
IM SORRY!

-dumbdeaf

Friday, March 29, 2013

Apa

soalan jangan dijawab dengan soalan. maka pelempang dipipi pasti akan diterima namun tak semua memahami istilah rasa ini. lalu aku tekan kata beberapa kali harap mereka memahami. jangan tanya soalan yang aku tak pasti jawapannya.

tak ada idea mahu menaip. pesat dalam akal tapi selirat jadi kasihan.

apa?

soalan ini bagus tapi ia tak berakhir. hanya makin mendalam makna dan hilang tanpa sedar. hilang? mungkin jika ada pemahaman yang lain.

kasihan.

lalu tutup saja bicara. berdiam itu bicara paling indah jika kamu lebih memahami dan ingin memahami bukan hanya memandang dan pergi menelan erti. erm.

okay. malas taip tak ada inti.

layan kpop dulu.


-dumbdeaf

Tuesday, March 26, 2013

KATA

SALAM.

Dah lama tak menaip. sangat lama. terlalu lama hingga kehilangan kata. ya KATA. kata atau perkataan yang mudah untuk diucapkan tapi tak mahu diluahkan atau tidak mudah untuk disampaikan. sukar difahami. dan segalanya yang terpendam itu dikatakan rahsia.

dalam tempoh beberapa lama. disakiti dan menyakiti itu lumrah tapi pernah fikir luka itu kekadang ubat paling mujarab. sangat mujarab hingga hilang segala rasa yang ada.

dan sekarang aku hilang kata lagi.

ERM. sakit. ingin aku menyakiti mereka juga biar sama rasa sakit.!.


-dumbdeaf

give me a REASON!


"we're not broken just bent..and we can learn to love again!"

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB