Saturday, August 31, 2013

Freedom II

dulu dan sekarang tak sama
dulu aku ligat berpuisi
menyampaikan apa aku rasa tentang mereka
mereka yang berkorban demi negara
dulu dan sekarang tak sama
dulu aku punya banyak rasa dalam jiwa
PATRIOTIK
sama sama nyanyi lagu kebangsaan setiap hari
dataran tua puluhan usia
saksi apa yang ada dalam minda

dulu dan sekarang tak sama
sekarang aku hanya mampu senyum
syukur ada ruang damai atas bumi ini
ada rasa bebas atas bumi ini
dulu dan sekarang tak sama
sekarang aku kerap gelengkan kepala
lihat manusia tak pernah puas dengan apa ada depan mata

dulu dan sekarang tak sama
tak kan sama
biar hidup semula perajurit negara
mereka yang alpa
tetap alpa dan pelupa tidak sedar!

Freedom


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!
TAHUN KE 56

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan kian berakhir...

Ya. Ramadhan kian berakhir...
tapi aku tiada yang baik dalam hati. kasihan aku pada diri. terlalu hitam tanpa tanda hati akan pulih segera. mungkin selepas 14 hari kemudian? mungkin.
Ah. malas nak taip
pendam dan buang jauh lalu simpan dan kunci.

jangan sesekali jumpa lagi rasa ini.

tamat

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB