Monday, April 14, 2014

Demons.

aku bukan sejahat mana
aku juga bukan sebaik mana

siapa aku hanya mereka yang kenal tahu
siapa aku hanya mereka yang memahami dan mahu memahami saja tahu

aku tak mahu kau letakkan satu batu tanda selagi nyawa aku masih ada
aku tak mahu kejujuranku dinodai hanya kerana silap yang satu

jauhkan dirimu dari aku jika aku terpalit zarah dosa
letakkan aku dalam kalangan yang tak layak untuk menerima indahnya dunia
jika itu yang mampu buat kau dabik dada puas!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB