Thursday, March 22, 2012

Untitle


Aku asyik ingatkan diri sendiri supaya jangan memulakan sesuatu rencana dengan kata negatif. Seperti ‘tak’, ‘jangan’, ‘bukan’ dan apa saja yang bakal menjatuhkan semangat untuk pembacaan manusia. Tapi ini lumrah penulisan aku. Mencari kata yang sesuai untuk memulakan sesuatu rencana sangat sukar. Aku kadang-kadang kebuntuan.

Untuk minit pertama penulisan aku bagai merasakan idea mencurah-curah. Kadang bila melihat ‘billboard’ yang tergantung di bangunan ‘shopping complex’ One Utama, aku bagai ada seribu patah kata yang nak diluahkan. Tapi nyata bila mahu melahirkan di keyboard computer aku bagai hilang!

Jadi apa perancangan aku?

Nota: Tiada tajuk itu abstrak
Kadang-kadang aku melepak dikedai kopi, di kaki tangga, di pondok bas menunggu teksi lalu, melihat deru kenderaan yang melalui jalan di LDP, aku bagai melayang dengan pelbagai irama yang sangat indah dengan susunan kata tapi bila aku salur di kekunci keyboard segalanya hilang!

Aku rasa rugi. Sangat rugi!

Aku harus cari sesuatu yang boleh aku simpan segala yang indah dari terus kerugian…

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB