Wednesday, November 10, 2010

buku sebelah bantal- Baju Pengantin Mak Andam

Note: Kalau cinta ucap saja!


        Baju Pengantin Mak Andam
Oleh: Areila Sahimi
Kaki Novel Enterprise (2009)

Quote:
“walau yang berbeza dan pelik itu nyata, tapi yang berbunga tersirat dalam hati perlu juga dinyatakan.”

Intro:
Perkara yang tak nak dibuat itu-lah yang mengubah jalan hidup kita dimasa hadapan.

Plot:
Aleeya jumpa Zain masa jadi Mak Andam. Cinta Zain adalah cinta pandang pertama. Bukan senang nak dapat tapi bila dah nak dapat Zain pula yang tak nampak!

Bukan salah Aleeya kalau dia macam fobia nak percayakan lelaki yang macam suka buat macam-macam yang unexpected kat dalam hidup dia kan? So, normal-lah kan! Zain tanpa duga jadi best buddy Aleeya dan dia berjaya dekat dan fahami Aleeya.

Aku suka watak Aleeya, cuz dia suka ikut apa kata hati dia dan sungguh dia bukan yang hipokrit dalam memberitahu apa yang dia rasa. Aku rindu nak lepak mamak bila baca novel ni! Rindu teh ais dengan milo ais! Rindu capati dan tosei! Aish!

Konflik:
Bila Zain rasa cinta Aleeya pada Cikgu Azizulnya itu masih ada, padahal dia silap jadi Aleeya bawa diri.

Akhir:
Tak sangka pula setelah beberapa tahun, akhirnya Zain dapat cari Aleeya setelah memahami yang Aleeya ikhlas terima cintanya. Then, diorang kawin- the end!

Watak lain:
Watak kawan serumah Aleeya, family Zain and Aleeya, geng Andaman, bff Zain and his fiancé, watak cikgu Azizul yang macam okay-tak okay-okay, half anta half prota.

Komen aku pasal kulit buku:
Aku suka! Erm..6 bintang! Dan aku suka quote zain dan Aleeya dijadikan muka depan novel ni!

Pengajaran yang aku dapat:
Jangan mudah salah faham, fikir negatif. Tak elok!

Monday, November 8, 2010

buku sebelah bantal- Gerhana DiHati

1-      Gerhana Di Hati
Note: Hati kelam? huhu..
Oleh: Dhieya Adlynna
Buku Prima Sdn. Bhd. (2008)

Quote:
“Cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi namun getarnya jelas sekali.”

Intro:
Percaya tak andai aku taip cinta itu bukan kebetulan tapi ketentuan yang ditulis kala di Loh Mahfuz lagi. Jadi benarlah andai cinta Hazwanie dan Shahridwan itu takdir.

Plot:
Berlapuk dengan memori kekasih yang juga merangkap tunang yang melarikan diri kala diri ingin diijabkabulkan bersamanya di hari bahagia. Boleh kata bukan salah bekas tunangnya, Fiqri. Itulah takdir kan?  

Manakala Shah pula turut kehilangan kekasihnya dan abang yang disayangi. Abang Amir meninggal dunia dilaut dan menyebabkan trauma Shah kepada pantai dan laut. Malah, Shah turut berubah gaya hidup kepada tidak serius.

Pertemuan demi pertemuan menemukan dua hati (Hazwanie dan Shahridwan) dalam setiap keadaan dan masa yang mungkin  boleh dikatakan tidak sesuai. Emosi Shahridwan yang digarap sebagai seorang lelaki yang agak panas baran dan ego kala berdepan dengan Wanie membimbitkan perasaan tak puas hati kepada aku! Haha!

Tapi itu adalah permainan plot cerita dan akhirnya Shah jatuh hati kepada Wanie dan membuka kemelut baru dalam hidup Wanie yang sememangnya tidak dapat melupakan Fiqri! Permainan kata bila Shah mula menunjukkan kasih dan sayangnya malah mengikat pertunangan dengan Wanie

Konflik:
Namun, konflik digarapkan hingga akhir cerita dimana Wanie akhirnya meninggalkan Shah untuk mencari hidupnya dan cintanya kepada Shah bagaimanapun, Shah pula melarikan diri kala Terlalu merajuk hati melihat kekasih hati bagai ditarik kembali kepada bekas tunangnya dulu.

Akhir:
Plot akhir turut diselit sedikit norma takdir bila Shah yang menjauhkan diri di Kelantan akhirnya ditemukan dengan Wanie yang mengajar disana. Siapa kata novel selalu diakhiri dengan pengakuan dari lelaki, Wanie mencurahkan rasa kasih terhadap Shah diakhir cerita jadi cinta Wanie mutlak menjadi hak Shah.

Watak lain:
Tak banyak antagonis dalam cerita ini selain Azura, sepupu Shah yang mencintainya sejak kecil dan pernah memutuskan hubungan Shah dengan bekas kekasihnya, Miza. Watak lain ada juga tapi lebih daripada 10 karakter jadi mudah aku nak hadam cerita ini sampai habis.

Komen aku pasal kulit buku:
Okay-lah! Cuma aku macam susah nak pilih buku untuk baca masa tengok kulit buku dan baca synopsis kat belakang kulit buku ini. Haha! Maaf! J

Pengajaran yang aku dapat:
Kalau dah suka, kita ucap tapi jangan bagi ia lepas kalau ada peluang sebab nanti kita akan menyesal kerana bukan mudah nak hadam cinta itu dan mula mencari yang lain. 

Wednesday, November 3, 2010

buku sebelah bantal- Kopi Susu Sepatu Biru

1-      Kopi Susu Sepatu Biru
Oleh: Ruby Hazari
Jemari Seni Publishing (2007)

Note: mengimbau kenangan masa kecil bila tengok cover ni..hurm..
Quote:
“Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi, jiran sepakat membawa berkat.”

Intro:
Kalau banyak persamaan boleh jadi pujaan juga tapi kalau dah banyak perbezaan boleh jadi kegilaan hingga tahap nak lepaskan pun tak mahu! Haha!

Plot:
Serius! Aku ingat Emilia ini akan sangkut dengan orang lain. Encik Mat akan sangkut dengan anti-lelaki, Khaliza. Rupanya lain lak yang jadi. So unexpected story-lah!

Emilia ni main ym di maya, tak duga kenal Firdaus dan lain-lain. Tak sangka juga Firdaus tu jiran sebelah rumah!tak sangka juga jiran sebelah rumah adalah musuh tradisi! Tak sangka juga bila musuh tradisi tu lah yang banyak membantu dan menawan hati kalbu! Haha!

Konflik:
Akhir:
Mat bantu Emilia, selamatkan dari kena tangkap dengan penjenayah. Lalu Cinta Emilia dimenangi oleh Mat dengan jayanya!

Watak lain:
Kengkawan serumah Emilia dan Bekas bff Emilia dan gf tak jadi Mat, Roslinda menjadi watak antagonis! Cess sangat lah watak minah ni. Jahat tak leh blah! Paling aku tak suka bila dia boleh buang permohonan UPU Emilia kat tong sampah! Agak-agak lah wooi!!

Komen aku pasal kulit buku:
Ingat ada flashback dalam cerita ni, aku exited sangat nak baca. Rupanya tidak! Unexpected lagi! Haha!

Pengajaran yang aku dapat:
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali walaupun nak menipu di alam maya! Haha!

Tuesday, November 2, 2010

jalan kaki-blog

rehat time.
tapi.
ada 22minit lagi.
aku jalan kaki-blog

da cerita baru
da buku baru
da filem baru

rehat time.
tapi.

masih lapar.

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB