Tuesday, November 16, 2010

yang aku suka

hola!

aku susah nak reveal apa yang aku suka sebenarnya cuz ia sangat universal tak ada yang specific!

so..aku da letak tepi sidebar blog: linknya sekali.
sila jengah~

Sunday, November 14, 2010

JDF- Buzzer Beat


Note: BB poster kaler blackpink!! haha!
first time..."saya suker!!"




Note: tengok kan..
betapa berbelit cintanya...haha!

hola!

its sunday again!- so, macam biasa time for BB!!

haha! yup! Sekarang aku dah selalu nonton televisyen..terutama on Sunday, 3pm aku akan tatap muka kaca tv- yang pasti 8TV la..
                              






Sinopsis Buzzer Beat:
Mengisahkan tentang Kamiya Naoki (Yamashita Tomohisa/Yamapi) yg adalah seorg pemain bola keranjang tapi bertubuh kecil dan tak selalu dapat bermain digelanggang walaupun dia sangat hebat! Sementara Shirakawa Riko (Keiko Kitagawa) adalah seorang pemain biola lepasan Universiti Muzik  yg ceria dan berjiwa kuat yg bercita2 mjd pemain biola professional. Suatu hari Riko bertemu dengan Naoki di dalam bas, dan pertemuan mereka pun dimulai dan akhirnya mereka pun jatuh cinta. Tp sayangnya, Naoki ada kekasih dan jurulatih Naoki, Kasawaki pula jatuh cinta pandang pertama dengan Riko. huhu...cinta berapa segi aku tak pasti..



Note: first time aku tgk mamat ni berlakon,
tapi aku dah pernah tgk Keiko berlakon dgn Takuya Kimura..
kawaiii~
untuk episod kali ini:
Riko dah beritahu Kasawaki dia suka lelaki lain...wah! (sama situasi dengan aku) alasannya juga sama, kalau kita sudah ada orang yang kita cinta jangan tipu sama orang yang baru mahu suka kita..itu menipu! yer..itulah yang aku cuba buat..tapi kes aku tak berbaloi...kes Riko berbaloi cuz' Naoiki juga tahu mereka lebih dari sekadar teman! yeay! Buzzer Beat!!! XD

buku sebelah bantal- Tiada yang Kedua

Note: tiada yang kedua?
 erm..maybe..
      Tiada Yang Kedua
Oleh: Sania Yasmin
Alaf 21 Sdn. Bhd. (2009)

Quote:
“akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu.”

Intro:
Stereotaip?anti stereotaip?

Plot:
Shira diaturkan berkahwin dengan Imran. Imran ada kekasih lain. Shira setia dan jatuh cinta pada suami sendiri. Imran jatuh cinta dengan isteri sendiri dan meninggalkan kekasih hati. Tapi menyakiti kembali hati isteri lalu isteri hilang dan jatuh cinta pada lelaki lain tapi hati macam tidak. Sayang lagi suami sendiri. Lalu teruskan hati dna sayang pada suami.

Stereotaip? Anti stereotaip?

Konflik:
Perkahwinan yang ditentukan tapi jadi bersyukur dan ada kisah cinta lain tapi masih kukuh dengan cinta lama.

Stereotaio? Anti stereotaip?

Akhir:
Imran berjaya dapatkan Shira walaupun Shira macam tak nak jatuh kembali kepada suaminya?

Stereotaip? Anti stereotaip?

Watak lain:
Family- memang aku suka susunan watak perwatakan! Serius aku suka!

Komen aku pasal kulit buku:
Okay-lah! Ada nampak perempuan dan ananknya ditinggalkan. So, aku boleh agak apa yang terjadi.

Stereotaip? Anti stereotaip?

Walaupun nampak Stereotaio tapi sebenarnya novel ni Anti stereotaip-lah! Memang la aku taip macam sama je dengan buku lain macam ‘Donia’ (buku feberet aku!) tapi Sania Yasmin berjaya bagi kelainan bila dia tak gagal kembangkan watak dan latar novel ini. So, congrats Sania!

Pengajaran yang aku dapat:
Bukan senang nak kenal hati budi orang. Kadang kita nampak dia memahami tapi sebenarnya dia hanya orang asing!

Friday, November 12, 2010

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB