Wednesday, April 18, 2012

One moment can make a Star Contest

Note: Smash- one of the amazing musical show in the world!

DIVA Universal (Astro Channel 702) mengadakan satu pertandingan yang berkait dengan drama SMASH (premiered on 19th March 2012 exclusively on DIVA Universal Astro Channel 702)

Bagaimana nak menyertai “One Moment Can Make a Star Contest”:
Peserta perlu merekodkan satu video mereka sendiri menyanyikan lagu ‘Let Me Be Your Star’ from “SMASH”. Lirik dan lagu boleh didapati di divauniversal.asia.

Kemudian peserta perlu memuat naikkan video mereka di mikrosite (boleh layari laman web diva universal untuk lebih faham) sebelum atau pada 22 April 2012.

5 peserta yang disenaraipendek akan ditayangkan di divauniversal.asia microsite dan penonton akan mengundi video kegemaran mereka. Diva Universal juga akan memberikan hadiah istimewa kepada pengundi yang bertuah.

Hadiah kepada peserta:
  • Return flights for 2 to New York City including 4 Nights Accommodation and tickets to a Broadway Show.
  • The winner will also star in their very own music video singing ‘Let Me Be Your Star’ which will premiere on DIVA Universal.



Tuesday, April 17, 2012

Salam Terakhir

Assalamualaikum

14 April 2012
Seorang lagi ahli keluargaku pergi. 3 tahun berturut aku kehilangan. Terkelu segala ahli yang masih wujud.

tak mampu berkata apa. AlFatihah buat mereka.

-dumbdeaf-

Friday, April 13, 2012

Idea

Assalamualaikum

Aku blur. Agak berminggu dah begini.
Kekurangan idea untuk siapkan video Versys & Lagu

Tercari cari lagu latar yang sesuai untuk Versys Kawasaki
Serabut

Tema konsep yang semakin rabun
tidur yang panjang tak membantu

hanya lesu diakhir hari.
damn!

Monday, April 2, 2012

Dugaan...lagi?


Kegembiraan itu adalah satu perkara yang dimahukan berpanjangan. Jadi siapa yang salah andai ia sementara bagi sesetengah pihak. Bergelak ketawa sepanjang malam bukan bermakna aku dan kamu sekepala dan membuang duka tapi ia menyatakan biarpun sementara tawa itu tapi ia mampu menyegarkan minda yang berkabut.

Kehilangan dokumen dalam computer riba adalah perkara biasa bagi aku tapi kehilangan memori yang sehari cuma bagai dugaan berganda yang tiada ubahnya.

Ini bukan pertama kali dan aku tak ambil pusing jika aku perlu berusaha keras untuk mendapatkan segala yang penting. Tapi bagaimana? Pusing lagi!

Beratus gambar kenangan, berpuluh video kegemaran, berdozen video lagu untuk mereka, dan paling penting berbelas klip yang mahu diedit untuk pengantin baru.

Mahu menangis atau bersiap sedia pulang ke kampung mencari cd original window?

Mahu menjerit tapi ia tersekat di anak tekak!

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB