Friday, February 11, 2011

mengvariasikan bunyian

Assalamualaikum.

Hari yang panjang ari ni, kerana?

cerita: keadaan agak tegang di opis saat aku agak agresif membela diri dari melakukan kekejaman secara terang terangan terhadap diri sendiri. makanya manusia tersebut perlu memahami bila aku sudah pandai mengatakan TIDAK terhadap penindasan yang tiada erti itu!

hari ini juga sangat seronok bila aku bersemangat mengulang dengar lagu dan puisi yang aku bunyikan sejak 2009 dan hingga kini. aku suka menulis dan membunyikannya mengikut rentak irama aku sendiri. ada rezeki aku bakal memiliki gitar bulan ini. insyaALLAH.

maka sudah pasti aku mengenalpasti sesuatu ketika mengulang dengar bunyian itu semua, apa yang aku kenalpasti ialah terdapat beberapa bunyian irama yang agak sama rentak dan kebarangkalian agak tinggi untuk menjadi sama akibat dari penyusunan bunyi dalam tempoh masa yang agak dekat.

oleh yang demikian aku berhajat untuk menyusun bunyinya semula kepada irama yang lebih indah dan bukan terlalu melankolik atau pop atau apa-apa saja yang tiada 'kehidupan'. aku juga akan menyusun kembali puisinya supaya tiada kata yang sama dan diulang tulis bagi setiap lagu. aku kenal pasti aku suka ulang guna beberapa patah kata
Note: dia sangat versatile!

i- bulan
ii- bintang
iii- cahaya
iv- sinar
v- aku
vi- kamu
vii- hidup
viii- cinta
ix- rindu
x- hati

dan beberapa lagi yang aku perlu susun semula agar tiada unsur kebusanan wujud dalam lagu aku nanti. haha!

maka aku neutralkan kepala aku malam ini dengan lagu dan irama dari Ingrid Michaelson, Paramore, The Kooks, Opick, dan beberapa lagi. Enjoy!

Friday, February 4, 2011

kegilaan kini

Assalamualaikum.

hola! wassup all!!
10 hari lagi Valentine's day..honestly tak sabar tunggu pelbagai kata yang akan kuar on that day, mesti ramai yang akan berusuhan! serius!! pasti asik sekali hujah menetang dan membangkang..jeng3! so drama!

okay kegilaan kini adalah mendengar lagu G6 by Far East as aku dah lama tak melayan disco dance dalam bilik maka agak rindu berdansa, no worries aku akan mula berdansa untuk menguruskan badan kehkeh! (jangan fikir aku jejak club plak!) kegilaan lain yang agak major ialah mendengar ulang lagu nyanyian Mandy Sloan- album fall yang diterbitkan January 2010 membuatkan aku terpana seketika semalam, ternyata cubaan minah salleh tu mengikuti aku di Twitter agak bagus! hehe! Thanks Mandy :p

Note: I loved vintage and folk music!
Selain itu aku juga suka mendengar suara pujaan kalbu, Imran Ajmain cewwah! aku tengah berangan mahu jumpa dia ni..haha! keep on dreaming Azue!! well, as I can say, Imran got nice vocal and he also talented same as Hafiz Hamidun and Noh Hujan but different genre if you can see that! :p

So, njoy ur holiday dude! Keep on support world entertainer!! (cuz Im very Universal's Person)

Thursday, February 3, 2011

Sebulan Satu Buku

Assalamualaikum.

Bak kata ayah pergi la angah jauh kemana pun jangan lupa tanggungjawab sebagai anak, umat Islam dan paling penting jangan ketinggalan 'zaman'.

haha! insyaALLAH aku tak lupa, walaupun ada kadang aku 'ter'lupa. Ampun!

Maka: aku ada buat perhitungan dengan diri sendiri. Jika gajiku itu ingin ada nampak berbaloinya, hendaklah aku berjihad akan gajiku dijalan benar juga. Alhamdulillah aku jalankan tanggungjawab dengan baik. Untuk lebih baik aku merancang untuk sebulan satu buku. Buku apa pun tak mengapa janji ia bagi ilmu dan aku 'tidak ketinggalan zaman'!

Mungkin aku lebih dengan PTS Litera sebab kebanyakkan buku yang ada dikedai buku kawasan aku ini lebih kepada penerbitan mereka. Tak mengapa aku ada belek-belek Kedai Buku: memandangkan aku adalah pembeli online tegar makanya tiada masalah bagiku untuk membeli! haha!

jom layan!

buku sebelah bantal- aA + bB


      aA + bB
Note: buku ni adalah bukti aku kenal..
apa makna Hlovate
Oleh: Hlovate
Jemari Seni Publishing. (2008)

Quote:
“cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati?- Addin.”

Intro:
A + B = aman bahagia? Salah sangat kan? Ini yang aku dapat dari synopsis cerita ini. Teori Addin:

a.       Membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.
b.      Membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.

Plot:
Takdir? Ini memang tak boleh lari dari hidup manusia. Dalam setiap cerita pasti akan ada kisahnya. Benci dan musuh, ini penarik manusia untuk mengenali hidup dengan lebih bersungguh lagi!

Addin dan Benz dua manusia yang jatuh cinta tanpa duga tapi menjauh kerana takut dan takdir bawa mereka kembali bersama dan akhirnya meluahkan cinta yang memang sudah ada dalam hati mereka berdua!

“haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~ oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy!”

Konflik:
Ego lelaki dan ego perempuan tak sama! Jadi kalau Addin juga ada ego yang bukan mudah untuk Benz tebak tapi ego Benz yang mudah untuk Addin fahami tapi bukan mudah juga mahu melawannya. Itu normal!

Mereka bersama dan kehilangan yang berharga, zuriat! Maka, Addin hilang!

Akhir:
Benz berusaha mengembalikan Addin! Bukan dia mahukan Didi, insan yang disayangi yang mencuri hatinya sejak disekolah lagi. Dan Didi kembali memberi cinta pada kekasih hati yang mencuri hatinya sejak kelas fizik lagi!

Watak lain:
Watak dalam cerita ini sangat tersusun, geng-geng sekolah yang disusun dengan watak family dan insan tambahan. Sangat tersusun! Kagum-lah!

Komen aku pasal kulit buku:
Saya suka tulip! Saya suka kincir angin! Oh ya! Sebenarnya saya suka Amsterdam. Haha!

Pengajaran yang aku dapat:
“lagi senang nak benci orang yang kita tak suka dari nak benci orang kita suka!”- Addin.

Note: sila beli buku ini- anda tak akan menyesal! Haha!

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB