Friday, March 29, 2013

Apa

soalan jangan dijawab dengan soalan. maka pelempang dipipi pasti akan diterima namun tak semua memahami istilah rasa ini. lalu aku tekan kata beberapa kali harap mereka memahami. jangan tanya soalan yang aku tak pasti jawapannya.

tak ada idea mahu menaip. pesat dalam akal tapi selirat jadi kasihan.

apa?

soalan ini bagus tapi ia tak berakhir. hanya makin mendalam makna dan hilang tanpa sedar. hilang? mungkin jika ada pemahaman yang lain.

kasihan.

lalu tutup saja bicara. berdiam itu bicara paling indah jika kamu lebih memahami dan ingin memahami bukan hanya memandang dan pergi menelan erti. erm.

okay. malas taip tak ada inti.

layan kpop dulu.


-dumbdeaf

Tuesday, March 26, 2013

KATA

SALAM.

Dah lama tak menaip. sangat lama. terlalu lama hingga kehilangan kata. ya KATA. kata atau perkataan yang mudah untuk diucapkan tapi tak mahu diluahkan atau tidak mudah untuk disampaikan. sukar difahami. dan segalanya yang terpendam itu dikatakan rahsia.

dalam tempoh beberapa lama. disakiti dan menyakiti itu lumrah tapi pernah fikir luka itu kekadang ubat paling mujarab. sangat mujarab hingga hilang segala rasa yang ada.

dan sekarang aku hilang kata lagi.

ERM. sakit. ingin aku menyakiti mereka juga biar sama rasa sakit.!.


-dumbdeaf

give me a REASON!


"we're not broken just bent..and we can learn to love again!"

Tuesday, October 2, 2012

A day

Hello world.

Today Im still searching for a new smile to face the next day of life. Berbeza pendapat dengan manusia lain buat aku banyak berfikir tentang hari esok. entah suram seperti semalam atau masih ada sinar yang sedikit untuk terang jalan yang kian malap?

Persoalan yang tiada putus.

Ketakutan atau kerisauan?

Persoalan lagi.

Dunia bertarung pendapat aku juga begitu. Dunia bertarung untuk menakluk yang lain. aku juga begitu.

tapi bila rantai rasa hati yang berbeza dan masih ada punya rasa untuk menjadi yang terbaik dan menyinar lebih dari mereka. jadi aku terus saja kayuh langkah walau longlai seketika. bait demi bait nada yang masih sumbang.


makan nasi memang kenyang tapi makan jiwa lara resah sepanjang bulan dan mentari tak kan wujudkan satu butir nasi untuk perut aku dengan magikanya.

maka, senyum dan usaha untuk beli butir nasi seteguk air dengan kudrat sendiri.

perit. taufan takkan singgah tanpa cerita. jadi ingat abaikan laluan angin songsang itu.

petik gitar biat ia indah. nyanyi ramai ramai hingga hilang bulan malam hari. siul lagu yang ada bahasanya. tidur biar lena dengan doa.

abaikan mereka. abaikan....


dumbdeaf

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB