Wednesday, December 23, 2009

Best wishes to my luvly sis Kak Syida.....*-*


HAPPY BIRTHDAY TO U KAK SYIDA....

MAY ALLAH BLESS U ALWAYS...!!


LOVE U ALWAYS SIS....GUDLUCK YA!!

Friday, December 18, 2009

Thursday, December 17, 2009

happy wishes to my best buddy!


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

UMIEY!!!


birthday dia semalam..aku dah wished dah kat dia semalam...ni saje nak bagi present yang xseberapa..huhu...

KAMU

"...engkau sahabat engkau temanku..
dimana aku, disitu kamu..
kita berbeza, tak pernah sama..
namun, hatimu masih ada aku.."

"...jauh ku berlari, mencarimu..
penat kuberdiri, namun masih senyum..
adanya dirimu, adanya diriku..
semua segala mudah selalu..."

c/o

"..kau..adalah temanku...
disini mahupun disitu..
bersama walau apa pun...yang mendatang....
ku masih ada kamu..."

"kau..bukannya bintang..
mahupun bukannya bulan..
nyata...kau masih kamu..
teman...seperjuanganku..."


lagu khas buat cik umiey...namun..aku malu nak bagi ko dengar..tunggu aku minta tolong ur 'abg' cari kord lagu. hehehehe....


Thursday, November 12, 2009

hujan + hujan + hujan + hujan = banjir,,,,,,,


Assalamualaikum..

Mengejutkan bila semalam mak call bagitahu yang kawasan rumah aku naik air. Rumah aku yang sangat lah tinggi (tinggi ke? tinggilah dari kawasan rumah mak cik aku) dah ditenggelamai air...Sian pada mak aku yang tak dapat pergi kerja. Aish!

Area Kedah ni pun ada yang dah ditenggelami air. Aku baca paper semalam, kawasan Jitra dah naik air. Kawasan rumah kawan aku area Kedah ni gak pun air dah naik. Aish! Sian la..

Paling best mak aku bagitahu yang bila air naik, bekalan air gak terputus. Ada satu kawasan bekalan air nya pecah. Paip air kot. So, air pun tak ada. Macam- macam la.

Mak bagitahu, semua orang kat Taman tu tinggal di kawasan dewan, tapi dewan pun masuk air. terpaksa la tidur ramai- ramai atas stage dewan. Nasib la stage dewan kat Taman aku tu besar.

Paling kesian, budak- budak kecil la yang tak paham apa yang berlaku asyik nangis ajer. mak kata kesian tengok. Sejuk dengan tak cukup selimut. Mak ada gak bagi selimut dan bantal pada kawan- kawan dia. Tapi nak bantu semua memang tak mampu la.

So, doa- doa la hujan akan berhenti dan cerah semula. Amin.

Monday, September 21, 2009

MALAYSIA = manusia + tanah + undang- undang + politik + drama + emosi + bla bla bla bla............


Assalamualaikum...

tajuk entry pagi ini sangat senang dan ringkas namun, tak ramai yang dapat memahaminya..mungkin....aku juga mungkin tak paham jika tak menelek apa erti tersebut sedalam- dalamnya...

Pernah lihat atau dengar atau terpandang (secara tak sengaja) tentang P1 MALAYSIAN FILMMAKERS SHOWCASE yang mengeluarkan hasil- hasil karya filem pendek durasi masa kurang daripada 10 minit dengan bertemakan MALAYSIA.

Dah lama nampak dan mengetahui filem pendek ini, tetapi sekrang baru boleh menelek satu persatu dan memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip bagi setiap filem pendek ini yang sememangnya menunjukkan apa itu MALAYSIA.

Membariskan pengarah- pengarah yang kreatif dan antaranya juga terkemuka dikenali umum seperti antaranya Yasmin Ahmad, Juntuning, Liew Seng Tat, Lim Ben Ji, Linus Chung, Khairil M Bahar, Ho Yuhang dan lain- lain lagi..

Antara tajuk filem pendek yang diterbitkan oleh Packet One Network ialah:

1- Chocolate
2- Potong Saga
3- Gerhana
4- Rojak
5- House
6- The Son
7- Lolilpop
8- Halal
9- Duit Kecil
10- Healthy Paranoia
11- Meter
12- Lumpur
13- The Tree
14- Slovak Sling
15- One Future

Apa yang anda fahami tentang Malaysia? Renungkanlah....


Wednesday, September 2, 2009

The Foolish Traveller in the world


Assalamualaikum w.b.t

Dalam sebuah anime bertajuk “FRUIT BASKET”, ada sebuah cerita yang bermakna untuk dikongsikan. Daripada sebuah cerita rakyat, bertajuk ‘The most foolish traveller in the world’. Penjelajah yang sangat bodoh di dunia. Bagaimana kebodohannya?

Penjelajah ini menjelajah seorang diri di seluruh tempat. Sebodoh manakah penjelajah ini? Penjelajah ini sentiasa bermurah hati dengan setiap orang yang ditemuinya diseluruh tempat. Tanpa duga dia ditipu oleh masyarakat tersebut, hanya ingin menolong mereka yang kesusahan, penjelajah itu memberi mereka apa sahaja yang dia ada. Duit, pakaian, kasut semuanya ditipu daripadanya.

Namun, walaupun ditipu oleh penduduk di kawasan tersebut, penjelajah tersebut tidak kisah apabila penduduk disitu mengatakan bahawa mereka telah dibantu oleh penjelajah tersebut. Dan baginya dia mendoakan mereka berbahagia.

Akhirnya, penjelajah tersebut tidak memakai apa- apa. Oleh itu, dia menjadi malu dengan penjelajahannya dikawasan yang ada manusia. Maka, penjelajah tersebut menjelajah didalam kawasan hutan.

Didalam hutan, penjelajah tersebut berjumpa dengan ‘goblin’ yang tinggal didalam hutan tersebut. ‘Goblin’ tersebut mahu memakan badan penjelajah tersebut. Oleh itu, mereka menipu penjelajah dengan kata- kata mereka. Tentu sekali penjelajah itu berjaya ditipu.

Penjelajah tersebut memberi ‘goblin’ itu kakinya, tangannya. Akhirnya, penjelajah itu hanya mempunyai kepalanya sahaja. Penjelajah itu memberikan matanya kepada ‘goblin’ yang terakhir. ‘Goblin’ tersebut mengucapkan terima kasih kepada penjelajah sambil memakan matanya. Sebagai balasan ‘goblin’ terakhir memberinya hadiah. ‘Goblin’ terakhir meninggalkannya sesuatu di atas tanah. Walaubagaimanapun, hadiah tersebut hanyalah sekeping kertas tertulis ‘FOOL’ diatasnya.

Penjelajah itu, walaubagaimanapun menangis dengan penuh kegembiraan dan mengucapkan terima kasih berulang kali kepada ‘goblin’ yang terakhir. Dia begitu gembira dan mengucapkan terima kasih tidak berhenti kepada ‘goblin’. Daripada mata yang terakhir yang dia ada dia menangis kegembiraan. Akhirnya, penjelajah itu mati begitu sahaja.

Mungkin, pada mereka yang membaca, akan mengatakan betapa bodohnya penjelajah tersebut dan mengetawakannya. Namun, bagi penjelajah yang kehilangan segalanya dan menangis untuk suatu hadiah daripada kehilangannya ia adalah sesuatu yang sangat sadis.

Walaubagaimanapun, kita turut merasa kasihan kepada penjelajah tersebut. Namun, kehilangan dan kesusahan adalah dua perkara yang tidak berguna untuk difikirkan begitu sahaja. Penjelajah tersebut tidak pernah memikirkan perkara tersebut.

Jika ada yang mengatakan penjelajah itu bodoh, namun dia bukanlah bodoh sepenuhnya. Jika ada yang mengatakan adalah mudah untuk menipu seseorang, namun bukan begitu sebenarnya. Apa yang ingin dilakukan oleh penjelajah itu adalah untuk melihat semua orang gembira.

Jika kita melihat ada manusia yang membuat perkara- perkara bodoh dan merugikan diri, mungkin ada diantara kita mengatakan mereka melakukan sesuatu yang tidak berbaloi. Namun, sesuatu yang kita tak pernah duga adalah niat dan tujuan mereka melakukannya adalah untuk melihat orang- orang yang berada disekeliling mereka gembira dan berbahagia dengan kehidupan mereka. Walau tiada perhubungan, walau tiada kebaikan, walau tiada penghargaan. Namun, mereka melakukan perkara ‘BODOH’ itu dengan senang hati dan tidak pernah merungut dan menyinggung sesiapa malah, tidak pernah mahu meminta pulangan apa- apa. Renung- renungkanlah.

WALLAHUALAM.


Thursday, August 20, 2009

Tribute to my beloved "Yasmin Ahmad"...


YASMIN AHMAD
(JULAI 1, 1958- JULAI 25, 2009)


Salam...

Azue dok umah so tak tahu nak wat apa lagi selain, berehat dengan secukupnya...*-* memang membusankan sebenarnya.

So, tetiba tadi dok la ngadap tv, tetiba nengok adik buka saluran 110 ASTRO, tribute to Yasmin Ahmad, Yasmin Ahmad dalam kenangan...1958- 2009...(27 hari setelah pemergian arwah)...

Antara filem arahan beliau yang ditayangkan hari ini (Ogos 20, 2009) seperti ....


SEPET (2004)
Sepet is a 2004 Malaysian romantic comedy drama film set in Ipoh, Malaysia. Directed by Yasmin Ahmad, it tells a tale of a love that blooms between a Chinese boy and a Malay girl. Sepet is a Malay word which, in this context, refers to the 'slit eyes' of the Chinese.


GUBRA (2006)
Gubra is a Malaysian movie which was released in 2006 as the sequel to Sepet by Yasmin Ahmad. It was shot in 14 days in Ipoh, Malaysia.

Filem- filem lain Yasmin Ahmad seperti di bawah ini, tapi Azue tak tahu ditayangkan atau tidak...Saluran 110 Yasmin Ahmad dalam Kenangan ini ditamatkan pada malam Ogos 21, 2009 jam 11:59pm..


MUKHSIN (2007)
Mukhsin is a 2007 Malay language Malaysian film directed by Yasmin Ahmad. It is the third installment in the "Orked" trilogy.


MUALLAF (2008)
Muallaf is a 2008 Malaysian drama film directed by Yasmin Ahmad. It tells a tale of three souls finding solace in religion. This is Yasmin Ahmad's fifth film after Rabun, Sepet, Gubra and Mukhsin.


TALENTIME (2009)
Talentime is a film directed by Yasmin Ahmad that is scheduled to be released on 26 March 2009 in Malaysia and possibly April in Singapore. Yasmin, in her blog, has described it as a story full of joy and pain, hope and despair, a host of beautifully-written songs, and rich, rich characters. A Hindu open cremation and a scene indicating the Kampung Medan incident were said to be included in the film.

Azue temankan mak tengok 2 filem hari ini..Sementara tunggu Ayah balik dari Konvoi Merdeka Perak 2009..Mak suka tengok filem SEPET dia kata nampak macam 'real'..kalau tengok banyak kali pun tak jemu.

Ingat masa MUKHSIN keluar dulu, masa raya waktu tu, kami satu family 'besar' mean..pakcik, makcik, opah- opah Azue pastu sepupu- sepupu yang kecil tu 'gathering' layan DVD menonton MUKHSIN...memang best! Sejak tu mak minat filem Yasmin Ahmad.

Azue ada beritahu mak Azue suka filem Yasmin Ahmad juga, mak kata buatlah filem macam Yasmin, semua orang suka tengok. Tak jemu! *-*

InsyaALLAH, Azue akan buat yang terbaik untuk assignment Azue nanti. Amin...

Buat arwah, semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t....AL-FATIHAH...

P/S: Maklumat filem didapati daripada wikipedia.com tQ *-*

Monday, August 17, 2009

The Show- Lenka



The Show- Lenka


I'm just a little bit caught in the middle

Life is a maze and love is a riddle

I don't know where to go I can't do it alone I've tried

And I don't know why


Slow it down

Make it stop

Or else my heart is going to pop

'Cause it's too much

Yeah, it's a lot

To be something I'm not


I'm a fool

Out of love

'Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle

Life is a maze and love is a riddle

I don't know where to go I can't do it alone I've tried

And I don't know why


I'm just a little girl lost in the moment

I'm so scared but I don't show it

I can't figure it out

It's bringing me down I know

I've got to let it go

And just enjoy the show


The sun is hot

In the sky

Just like a giant spotlight

The people follow the sign

And synchronize in time

It's a joke

Nobody knows

They've got a ticket to that show

Yeah


I'm just a little bit caught in the middle

Life is a maze and love is a riddle

I dont know where to go I can't do it alone I've tried

And I don't know why


I'm just a little girl lost in the moment

I'm so scared but I don't show it

I can't figure it out

It's bringing me down I know

I've got to let it go

And just enjoy the show


Just enjoy the show


I'm just a little bit caught in the middle

Life is a maze and love is a riddle

I dont know where to go I can't do it alone I've tried

And I don't know why


I'm just a little girl lost in the moment

I'm so scared but I don't show it

I can't figure it out

It's bringing me down I know

I've got to let it go

And just enjoy the show


dum de dum

dudum de dum


Just enjoy the show


dum de dum

dudum de dum


Just enjoy the show


I want my money back

I want my money back

I want my money back

Just enjoy the show


I want my money back

I want my money back

I want my money back

Just enjoy the show

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB