Assalamualaikum w.b.t
Dalam sebuah anime bertajuk “FRUIT BASKET”, ada sebuah cerita yang bermakna untuk dikongsikan. Daripada sebuah cerita rakyat, bertajuk ‘The most foolish traveller in the world’. Penjelajah yang sangat bodoh di dunia. Bagaimana kebodohannya?
Penjelajah ini menjelajah seorang diri di seluruh tempat. Sebodoh manakah penjelajah ini? Penjelajah ini sentiasa bermurah hati dengan setiap orang yang ditemuinya diseluruh tempat. Tanpa duga dia ditipu oleh masyarakat tersebut, hanya ingin menolong mereka yang kesusahan, penjelajah itu memberi mereka apa sahaja yang dia ada. Duit, pakaian, kasut semuanya ditipu daripadanya.
Namun, walaupun ditipu oleh penduduk di kawasan tersebut, penjelajah tersebut tidak kisah apabila penduduk disitu mengatakan bahawa mereka telah dibantu oleh penjelajah tersebut. Dan baginya dia mendoakan mereka berbahagia.
Akhirnya, penjelajah tersebut tidak memakai apa- apa. Oleh itu, dia menjadi malu dengan penjelajahannya dikawasan yang ada manusia. Maka, penjelajah tersebut menjelajah didalam kawasan hutan.
Didalam hutan, penjelajah tersebut berjumpa dengan ‘goblin’ yang tinggal didalam hutan tersebut. ‘Goblin’ tersebut mahu memakan badan penjelajah tersebut. Oleh itu, mereka menipu penjelajah dengan kata- kata mereka. Tentu sekali penjelajah itu berjaya ditipu.
Penjelajah tersebut memberi ‘goblin’ itu kakinya, tangannya. Akhirnya, penjelajah itu hanya mempunyai kepalanya sahaja. Penjelajah itu memberikan matanya kepada ‘goblin’ yang terakhir. ‘Goblin’ tersebut mengucapkan terima kasih kepada penjelajah sambil memakan matanya. Sebagai balasan ‘goblin’ terakhir memberinya hadiah. ‘Goblin’ terakhir meninggalkannya sesuatu di atas tanah. Walaubagaimanapun, hadiah tersebut hanyalah sekeping kertas tertulis ‘FOOL’ diatasnya.
Penjelajah itu, walaubagaimanapun menangis dengan penuh kegembiraan dan mengucapkan terima kasih berulang kali kepada ‘goblin’ yang terakhir. Dia begitu gembira dan mengucapkan terima kasih tidak berhenti kepada ‘goblin’. Daripada mata yang terakhir yang dia ada dia menangis kegembiraan. Akhirnya, penjelajah itu mati begitu sahaja.
Mungkin, pada mereka yang membaca, akan mengatakan betapa bodohnya penjelajah tersebut dan mengetawakannya. Namun, bagi penjelajah yang kehilangan segalanya dan menangis untuk suatu hadiah daripada kehilangannya ia adalah sesuatu yang sangat sadis.
Walaubagaimanapun, kita turut merasa kasihan kepada penjelajah tersebut. Namun, kehilangan dan kesusahan adalah dua perkara yang tidak berguna untuk difikirkan begitu sahaja. Penjelajah tersebut tidak pernah memikirkan perkara tersebut.
Jika ada yang mengatakan penjelajah itu bodoh, namun dia bukanlah bodoh sepenuhnya. Jika ada yang mengatakan adalah mudah untuk menipu seseorang, namun bukan begitu sebenarnya. Apa yang ingin dilakukan oleh penjelajah itu adalah untuk melihat semua orang gembira.
Jika kita melihat ada manusia yang membuat perkara- perkara bodoh dan merugikan diri, mungkin ada diantara kita mengatakan mereka melakukan sesuatu yang tidak berbaloi. Namun, sesuatu yang kita tak pernah duga adalah niat dan tujuan mereka melakukannya adalah untuk melihat orang- orang yang berada disekeliling mereka gembira dan berbahagia dengan kehidupan mereka. Walau tiada perhubungan, walau tiada kebaikan, walau tiada penghargaan. Namun, mereka melakukan perkara ‘BODOH’ itu dengan senang hati dan tidak pernah merungut dan menyinggung sesiapa malah, tidak pernah mahu meminta pulangan apa- apa. Renung- renungkanlah.
WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment