Monday, September 21, 2009

MALAYSIA = manusia + tanah + undang- undang + politik + drama + emosi + bla bla bla bla............


Assalamualaikum...

tajuk entry pagi ini sangat senang dan ringkas namun, tak ramai yang dapat memahaminya..mungkin....aku juga mungkin tak paham jika tak menelek apa erti tersebut sedalam- dalamnya...

Pernah lihat atau dengar atau terpandang (secara tak sengaja) tentang P1 MALAYSIAN FILMMAKERS SHOWCASE yang mengeluarkan hasil- hasil karya filem pendek durasi masa kurang daripada 10 minit dengan bertemakan MALAYSIA.

Dah lama nampak dan mengetahui filem pendek ini, tetapi sekrang baru boleh menelek satu persatu dan memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip bagi setiap filem pendek ini yang sememangnya menunjukkan apa itu MALAYSIA.

Membariskan pengarah- pengarah yang kreatif dan antaranya juga terkemuka dikenali umum seperti antaranya Yasmin Ahmad, Juntuning, Liew Seng Tat, Lim Ben Ji, Linus Chung, Khairil M Bahar, Ho Yuhang dan lain- lain lagi..

Antara tajuk filem pendek yang diterbitkan oleh Packet One Network ialah:

1- Chocolate
2- Potong Saga
3- Gerhana
4- Rojak
5- House
6- The Son
7- Lolilpop
8- Halal
9- Duit Kecil
10- Healthy Paranoia
11- Meter
12- Lumpur
13- The Tree
14- Slovak Sling
15- One Future

Apa yang anda fahami tentang Malaysia? Renungkanlah....


Wednesday, September 2, 2009

The Foolish Traveller in the world


Assalamualaikum w.b.t

Dalam sebuah anime bertajuk “FRUIT BASKET”, ada sebuah cerita yang bermakna untuk dikongsikan. Daripada sebuah cerita rakyat, bertajuk ‘The most foolish traveller in the world’. Penjelajah yang sangat bodoh di dunia. Bagaimana kebodohannya?

Penjelajah ini menjelajah seorang diri di seluruh tempat. Sebodoh manakah penjelajah ini? Penjelajah ini sentiasa bermurah hati dengan setiap orang yang ditemuinya diseluruh tempat. Tanpa duga dia ditipu oleh masyarakat tersebut, hanya ingin menolong mereka yang kesusahan, penjelajah itu memberi mereka apa sahaja yang dia ada. Duit, pakaian, kasut semuanya ditipu daripadanya.

Namun, walaupun ditipu oleh penduduk di kawasan tersebut, penjelajah tersebut tidak kisah apabila penduduk disitu mengatakan bahawa mereka telah dibantu oleh penjelajah tersebut. Dan baginya dia mendoakan mereka berbahagia.

Akhirnya, penjelajah tersebut tidak memakai apa- apa. Oleh itu, dia menjadi malu dengan penjelajahannya dikawasan yang ada manusia. Maka, penjelajah tersebut menjelajah didalam kawasan hutan.

Didalam hutan, penjelajah tersebut berjumpa dengan ‘goblin’ yang tinggal didalam hutan tersebut. ‘Goblin’ tersebut mahu memakan badan penjelajah tersebut. Oleh itu, mereka menipu penjelajah dengan kata- kata mereka. Tentu sekali penjelajah itu berjaya ditipu.

Penjelajah tersebut memberi ‘goblin’ itu kakinya, tangannya. Akhirnya, penjelajah itu hanya mempunyai kepalanya sahaja. Penjelajah itu memberikan matanya kepada ‘goblin’ yang terakhir. ‘Goblin’ tersebut mengucapkan terima kasih kepada penjelajah sambil memakan matanya. Sebagai balasan ‘goblin’ terakhir memberinya hadiah. ‘Goblin’ terakhir meninggalkannya sesuatu di atas tanah. Walaubagaimanapun, hadiah tersebut hanyalah sekeping kertas tertulis ‘FOOL’ diatasnya.

Penjelajah itu, walaubagaimanapun menangis dengan penuh kegembiraan dan mengucapkan terima kasih berulang kali kepada ‘goblin’ yang terakhir. Dia begitu gembira dan mengucapkan terima kasih tidak berhenti kepada ‘goblin’. Daripada mata yang terakhir yang dia ada dia menangis kegembiraan. Akhirnya, penjelajah itu mati begitu sahaja.

Mungkin, pada mereka yang membaca, akan mengatakan betapa bodohnya penjelajah tersebut dan mengetawakannya. Namun, bagi penjelajah yang kehilangan segalanya dan menangis untuk suatu hadiah daripada kehilangannya ia adalah sesuatu yang sangat sadis.

Walaubagaimanapun, kita turut merasa kasihan kepada penjelajah tersebut. Namun, kehilangan dan kesusahan adalah dua perkara yang tidak berguna untuk difikirkan begitu sahaja. Penjelajah tersebut tidak pernah memikirkan perkara tersebut.

Jika ada yang mengatakan penjelajah itu bodoh, namun dia bukanlah bodoh sepenuhnya. Jika ada yang mengatakan adalah mudah untuk menipu seseorang, namun bukan begitu sebenarnya. Apa yang ingin dilakukan oleh penjelajah itu adalah untuk melihat semua orang gembira.

Jika kita melihat ada manusia yang membuat perkara- perkara bodoh dan merugikan diri, mungkin ada diantara kita mengatakan mereka melakukan sesuatu yang tidak berbaloi. Namun, sesuatu yang kita tak pernah duga adalah niat dan tujuan mereka melakukannya adalah untuk melihat orang- orang yang berada disekeliling mereka gembira dan berbahagia dengan kehidupan mereka. Walau tiada perhubungan, walau tiada kebaikan, walau tiada penghargaan. Namun, mereka melakukan perkara ‘BODOH’ itu dengan senang hati dan tidak pernah merungut dan menyinggung sesiapa malah, tidak pernah mahu meminta pulangan apa- apa. Renung- renungkanlah.

WALLAHUALAM.


katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB