Thursday, December 30, 2010

keramat 3? (II)

Assalamualaikum.

2 gol Indonesia +1 gol Malaysia =3 gol keseluruhan

jadi mmg keramat tiga.
kehkeh!
Note: pic ni aku lambat upload..tadi nak cari pic game ritu..
tapi bila nampak pic ni..aku rasa terkilan sangat...erm...

Wednesday, December 29, 2010

provok kena kasi

hola!
how to type
entry before this salah taip ke?

kehkeh

xde la..
aku saja nak provok kengkawan..
letak kat fb sekali

da lak yang msg

ko nape kata mesia/indon sia-sia..

ler..

note: aku dah edit post..ceh!

sia-sia?

Assalamualaikum

Malam ni Malaysia lawan Indonesia

apa yang sama?

ada

dua nama yang ada perkataan

'sia'..'sia'

T.T"

Monday, December 27, 2010

rabak!

Morning. Assalamualaikum.

Note: am I need a vacation? huhuhu~
mulakan hari dengan senyuman. haha! bila penghujung 2010, amat terasa la sangat yang umur makin meningkat dalam meniti kedewasaan! cewwah! ayat pagi hari setelah mata dan hati rabak malam tadi..hurm..

aku tak leh tidor dah dua malam tuh..kalau lelap pun xsampai beberapa minit aku pandang siling bilik balik..cess! urgh..petanda apakah ini?

yang paling tak bleyh blah kepala asyik ingat manusia tu dan lappy disebelah yang masih on carian enjinnya pasti mengundang aku untuk google fb dan menaip perkataan yang bermula huruf A di ruangan 'search' facebook! wth?

okay..pass that topic..da beberapa hari lagi nak new year..so, sila jauhi sikap negative! sila jauhi sikap negative! haha!

okay..tak mengapalah aku tak tidur ke apa ke..maybe kesan Malaysia menang ke atas Indonesia..huhu T.T"

keramatkah?

Malaysia menang 3-0 lawan Indonesia tadi..
maka:
ada rumours! jeng3!!




ANGKA KERAMAT 26 MENJADI IGAUAN RAKYAT INDONESIA..


26 DISEMBER 2004,TSUNAMI DI ACHEH..



26 MEI 2006 GEMPA BUMI DI JOGJAKARTA..
...
26 JUNE 2009 GEMPA DI TASIK MALAYA..

26 OKTOBER 2010 TSUNAMI DI MENTAWAI..

26 OKTOBER GUNUNG MERAPI MELETUS..

26 DISEMBER 2010,GARUDA INDONESIA DILANYAK HARIMAU MALAYA..


huhu...kalaulah si nadra leh mengomenkannya...huhu~

note: aku nak cari picture malaysia lawan indonesia tadi..yang ada hanya lah picture lama dan....
.
.
.
.
.
.
Note: ler...yuni shara lak? kehkeh!

Saturday, December 25, 2010

vintage of contemporary!

hola!
10 years more to go..and I still wishing to get what I want. banyak perkara dan asset yang aku nak senaraikan. so, aku letakkan disini sebagai ingatan tulus ikhlas. kehkeh!
.
.
.
.
.
.

Asset to get:

Note: Whitely combi~

Note: Whitely Vespa Super GTS!


Note: and....whitely Porsche Cayennes Hybrid~

Note: whitely mini inspiron!
.
.
.
.
.
.
Places want to go:

Note: i am'sterdam'...

Note: The Arch, Paris

Note:  The Grindelwald, Switzerland..in winter..
Note: the Grindelwald in Summer~

Note: Eiffel im in love~

Note: the vintage Venice!
.
.
.
.
.
.

ambition bout:


Note: yup! ini target aku~

Note: ini juga...
.
.
.
.
.
dan tetiba muncul...haha! makhluk yang bernyawa...aku mahu:

Note: i want a pussycat! kehkeh!

and...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Note: haha! diam-diam sudaaa~

Note: yang lain yang tak diletak tu adalah seperti menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim dan anak kepada mak n bapak aku..yang tu aku sendiri ingat jer..kehkeh!

oh korea! oh jepun!

Assalamualaikum.
beberapa hari ni agak busy! oh yeah! agak sakit2 badan dan hari ni memang busy juga menidurkan diri. kehkeh!
so, macam bese bila dok dalam bilik tanpa mengelurkan diri ke dunia luar (ayat tak leh blah!) maka aku akan 'tatap' movie dan drama korea/jepun..oh! tetiba macam kene sampukan budaya arigatou dan saranghae! haha!

kekadang aku pk gak nape aku dah kurang layan lagu melayu..percayakah anda andai aku katakan aku mendengar lagu korea dan jepun tanpa ada satu pun terselit lagu melayu..kahkah! malu aku jadi orang Malaysia..tak patriotik langsung.

salahkah aku?
memang salah la bila kegemaran aku yang baru ni buat aku macam nak tengok balik apa yang kurang lagu tempatan? hurm................keluh panjang aku! T.T"

mana salah mana silap dalam industri atau selebriti aku tak nak bincangkan. semua okay cuma aku rasa bila telinga mendengar dan akal menilai apa yang cuba disampaikan oleh sesebuah lagu tu buat aku rasa aku punya pilihan! haha! (macam la paham sangat lagu korea dan jepun tu kan?)

Note: 2AM: paling bes lagu dia- cant let you go!

Note: Big Bang- paling bes lagu Tell Me goodbye~

Note: sorang dr CN Blue ni pakwe drama your beautiful- lagu paling bes
Love!

Note: Gummy- paling bes lagu As a man-you are!

Note: Lee Hyori! haha! gila sama dia..lagu dia ngan Wilber Pan - As Long as I love you!

Note: Miss A- Bad Girls Good Girl~

Note: aweks pujaan ramai- SNSD!

Note: pujaan ramai~ Super Juniors~

note: apa-apa pun pilih jangan tak pilih untuk membuat kita tersenyum sepanjang hari. peace!

Friday, December 24, 2010

pelbagai cerita

Assalamualaikum.
Note: 5 days more to go~

Banyak cerita mahu kongsi. bukan sempena krismas tapi sempena aku nak tutup buku 2010.
sama2 tunggu ya! haha!

note: tak berapa sihat perut ni..jap..rumah aladin memanggil! kahkah!

okay..aku sambung balik mende apa yang aku nak cerita..Muharam dah berlalu bagi 1432H, tapi Januari 2011 baru nak bermula so, dalam beberapa hari ni aku rasa ada baiknya aku teruskan apa yang ditargetkan? hello! im a super girl yeay!

so disini ada pelbagai cerita yang aku nak smpaikan:
apa yang aku suka
apa yang aku nak
apa yang aku target
apa yang aku impikan
apa yang aku nak langsaikan
apa yang aku...bla..bla..bla.........


stay tune!

Tuesday, December 21, 2010

aku mahu diam

dia kata aku salah
dia kata aku selalu salah
dia selalu cari salah aku
sampai aku jadi tak rasional

ayah..tolong aku..
tapi ayah hanya mampu lihat..
ayah..tolong aku..
tapi ayah makin jauh..

dia kata ini balasan untuk aku
dia kata aku yang degil

tapi

pernahkan dia tanya kenapa aku salah
pernahkan dia tanya bagaimana aku harus perbetulkan
pernahkah?

soalan aku tertinggal di kerongkong
sebab aku tak mampu
aku lemah..

aku ditujal lagi
sakit
berbirat hati aku
bagai mesin berpusing hanya untuk terus senyum..
aku mahu pekak kan telinga
biar aku tersingkir dari cerita yang tak relevan..
aku mahu buta
biar aku terasing dari nyata hidupnya...

tapi aku masih wujud
hanya untuk ayah..

lalu aku pilih..
aku mahu diam..

note: fb, twitter & formspring aku dh diamkan..erm..cuz dia mahu begitu..agar aku lebih menjadi manusia yg tak kenal dunia. end-

Sunday, December 19, 2010

JDF- Buzzer Beat end

Note: erm..xde lagi kata semangat yg leh
ditemui setiap ahad...erm...
Hola!

BB last episode today..erm..
apa yang nak ditaip bila "selagi tak putus asa, impian akan tercapai" dan "selagi ada masa, target akan tertunai"

tahniah buat Riko dan Naoki yang menggunakan masa dengan sebaiknya dan sentiasa berdoa agar masa tak mncemburui mereka..haha!

will missed this drama haha!

go go power girl!

Note: more chip more chipsmore!
..aku mahu berusaha lagi dalam hidup! u go girl! ;)
Assalamualaikum.

Semalam down sangat kan? haha! dh puas nangis..dh puas call ayah..dah puas call dia..haha! dia??? my frog prince..kehkeh! *jgn perasan okay! haha!

nak amalkan satu ayat:

"selagi tak putus asa, impian akan tercapai!"

akan..bukan mungkin...haha!

wish me luck!

Thursday, December 16, 2010

kesan Malaysia menang atau Vietnam kalah?

Assalamualaikum.

Note: saat menang kibar bendera..
kalau kalah..erm..fenomena..
Semalam bola Malaysia menang. hebat lah! tapi dari semalam aku tak leh tido ngan nyenyak.
bangun pagi lak macam hilang kenangan..haha! datang opis lak muka macam mati laki. erk! *aku tak ada laki..haha!

masuk tengahari aku still cmni..argh! pekehalnyer ni weyh?
jom makan dulu!
telan bebanyak..
*bismillah................

Wednesday, December 15, 2010

bukan ptptn jer?

hola..Assalamualaikum :)

ari ni? okay jer. alhamdulillah.
cuma pepagi 4x9 datang dan sergah gua. cess xbaik woo~
Note: haha! peace~
pepagi jugak ngadap ipad lagi cuz bos kecik bagi hilang picture lak dalam folder..
nasib la dh master sket kan..haha!

pastu agak kegeraman bila da officemate (lain opis) yg sengaja wat aku panas hati..
4x9 soh aku tnya dia barang..dia lak soh aku tnya 4x9 balik..
kalau aku gthu 4x9 mmg naya la...
haha! nasib la aku tak kejam kan?
cuma gelak je kejam..*bila nmpk ipad kehkehkeh..*

masuk tengahri
bos kecik balik opis.
"xle p singapore..cilakak la.."
"aku tak bayar ptptn la.."

ler..aku siap percaya..sengal! rupanya duedate pasport xsmpai 3 bulan nak expired..
erm..Air Asia xbagi dia naik..
"itu 4x9 dah marah aku pasai dia kena present.."
kahkah!
aku boleh bayang muka bos kecewa..
sian dia..erm..
sabar ye bos..tggu aku siap pasport..
kita p sama2 na..haha!

#jap g dia smpai..nasib bukan aku yg kene p pick up dia kat LCCT..haha!

Monday, December 13, 2010

McFlurry Oreo

Assalamualaikum

hola! malam tadi susah nak tido. bila sedar dah subuh. terbangun sebab mimpi yang sama lagi.

erm..reveal:

"seorang lelaki berbaju melayu putih memimpin tangan seorang budak lelaki berpakaian yang sama dan menuju ke arah aku dengan senyuman dan aku menunggu diatas sebuah batu ditepi tanah lapang.."

dulu aku tak nampak tanah lapang tu dimana..pagi tadi aku nampak..jelas..tapi ingt nama dia..satu kawasan lapang yang berbukit...disekitar tanah suci..erm...kompleks...aku tak suka..

kemudian p office, buka fb: "ada jemputan event.."

kawan aku nikah 1.1.2011..erm..serius aku terharu...erm..tengahari ni aku blur..kepala sakit..sekeliling aku plak banyak kaler biru dan pink..terlalu banyak lalu aku teringat sesuatu..
erm..sesuatu yang cantik..




#sila refer gambar..erm..


Note: ini pelamin..ye..
kaler pink dan biru~

Note: pelamin diatas milik pasangan ini...
wani ardy~

note: tak ada kene mengena ngan tajuk entry? erm....biru....pink...

Sunday, December 12, 2010

JDF- Buzzer Beat IV

Hola!

Note: Love makes me strong!
Love = Riko + Naoki - Kawasaki - Natsuki x Basketball x Violin

kata Riko

"Naoki tak bersalah, kami berkawan dan menyintai antara satu sama lain.."
"aku tak dapat menahan perasaan cinta kepadanya.."

kata Naoki
"usia tak benarkan kita bermimpi, kita perlu ke realiti dan jangan putus asa dan sentiasa berusaha."
"bila mengingati kamu aku akan jadi lebih tabah.."

kata aku
"life is love. you left the love so you lost the life"

Sunday, December 5, 2010

Dying for an ANGEL


Note: missed the 90's but then the music still alive!!
AVANTASIA - Dying For An Angel (feat. Scorpions' Klaus Meine)

JDF- Buzzer Beat III

Hola!
Its time for buzzer beat!
Note: "its not easy to change the heart.."

this week, sangat menyayat hati bila Riko tahu naoki seperti masih mengingati Natsuki. Natsuki plak asyik menganggu Riko dengan pelbagai andaian yang Naoki tidak mementingkan Riko langsung. hati perempuan mana yang tak sedih kan?

tapi aku suka ayat Riko pada Naoki..

"siang atau malam, aku hanya ingatkan kau.
dalam hati aku cuma ada kau
dan aku hanya cinta kau
tapi...
dalam hati kau
tiada aku?"

wah~!

dan sesungguhnya boleh puji la skrip BB ni as Naoki tol natsuki that

"aku punya gadis yang aku suka kini
terima kasih kerana menginsafkan aku
dengan apa yang berlaku"

he loved Riko. but mana ada cerita yang tak ada konflik. well, riko still believed that Naoki still loved natsuki and kawasaki returned as a hero when he at her side when she confused about her love. argh!

to be continue....

Saturday, December 4, 2010

Miss Gold Digger Wannabe?

Assalamualaikum.
hola!
Good day to all of you out there. :)
Hujung minggu mesti ramai yang outing kan?
aku stay kat bilik jer.. nothing much can do as im still recovering from fever. hurm.

so, pe kene mengena entry kali ini?
Nota: haha! 4 faces in one person!
wait n see..as I'm tired to be too naive!
erm. yup! i want to welcome the new miss gold digger wannabe!
(mesti ada yang pk aku gila nanti! haha! persetankan. I knew what I'm doing..ngeh3!)
xle blah ayat aku! hahahahahaha! (jgn mareeee~)
yeay!
haha!
life is about to be live! so, fulfill it with lots of things that I want to!

"Nothing is perfect.
Men, Love and Life.
None of it is perfect.
Life is about satisfying yourself.
So you have to choose!
Yes! Life is about taking chances and making choices."

I dont want to type/or say that I want to make/start new page of my life. hey! im still look forward of it! hidup diteruskan dan akan diteruskan walau apa yang mendatang, yeay!

biar berjuta manusia reject aku.
yang sama darah
yang tak sama darah sekalipun
hidup aku ini
dan hanya Allah yang ada hak menentukannya
bukan mereka
atau sesiapa

aku ucap
terimakasihsayang
pada mereka yang
menyayangi
membenci
memberi sokongan
memberi halangan
berkongsi pendapat
berkongsi arahan

segala yang positif dan negatif itu aku satukan
biar senang aku hadam
satu persatu!

Nota: citer ni bes! ada moral dia..
hanya yang memahami je tahu! haha!
haha! janganlah marah..ni inspirasi dar filem korean yang aku dah tengok hampir bpe kali pun aku tak ingat. dulu aku memang pangkah lelaki, love n etc. bila tgk filem ni aku mmg rasa myb 1 day aku akan jadi gini. so mmg dah jadi bila aku terOBSES kan kat mamat tu. so aku rasa step seterusnya ada. mana ada yang perfect melainkan kita susun balik dan teruskan tanpa ada gusar!

Friday, December 3, 2010

buku sebelah bantal- Cinta 3 Suku

      Cinta 3 Suku
Nota: aku tak nak CINTA! haha!
Oleh: Herna Diyana
Alaf 21 Sdn. Bhd. (2010)

Quote:
“berkasih tak semestinya bersama berpisah bukan selamanya.”

Intro:
Aku memang gila kalau jalan cerita novel yang melibatkan gadis kasar dan mamat macho. Kisah perang yang macam dingin tapi berbunga cinta itu memang kegilaan aku! Haha! Thanks to Herna Diyana cuz garap cerita yang memang selera aku! Gelak mengekek aku baca novel minah ni tulis.

Plot:
Minah sewel, mamat tiga suku- ini cerita tentang Iman dan Arie, seorang minah kabut, kasar, comel dan sangat lurus dan jujur tapi ekstrem dan gila-gila. (see!aku dah puji banyak karakter minah ni.) Arie pula mamat driver airbus yang macho dan kasar la jugak tapi dengan Iman je la kot cuz ditakdirkan (see!dalam setiap cerita tak lari dengan takdir. I luv Allah J) muncul Suhaila dan Razif merangkap keluarga rapat Iman dan Arie.

Iman ni anak buangan oleh mak tirinya. Dia pula rupanya anak angkat ayahnya yang jumpa dia di surau lalu semasa dia dihalau oleh mak tirinya- dia jumpa Suhaila dan jumpa Razif- abang kandungnya.

Iman dibawa balik kekampung, Suhaila dan Razif berkahwin. Arie sangkut la pula dengan Iman. Caya-lah!

Konflik:
Bila Arie macam paksa-tak paksa kena kahwin dengan Iman ikut permintaan Tok si Arie ni. Iman yang sememangnya macam dah tersangkut dekat Arie sebab Ari kan hensem! Haha! Konflik bila Iman mempunyai misi dalam ‘mengorat’ suami sendiri iaitu Mamat sewel yang pernah dibencinya dahulu kerana banyak kali buat dia susah! Hurm!

Akhir:
Iman berjaya ‘ngorat’ suaminya dan dia juga berjaya menyemaikan cinta dalam hati lelaki itu malah Iman bahagia kerana takdir itu amat pahit pada mulanya tapi menyemai benih-benih kebahagiaan diakhirnya.

Watak lain:
Sebenarnya tak salah kalau aku taip Herna hanya bermain watak dalam kumpulan manusia yang Iman dan Arie kenal secara langsung sahaja. Even Antagonis juga adalah watak yang digarap dalam kumpulan manusia yang akan dikenali sesama mereka. Persoalan kurang dari segi watak. So, tak serabut-lah!

Komen aku pasal kulit buku:
Koala bear, skuter,dan mini cooper dan kulit yang berwarna pink! Erm..okay-lah! Cumel. Haha!

Pengajaran yang aku dapat:
Walau sekeras mana hatimu, tapi andai ada cinta ucapkanlah! Bagi peluang kepada dia yang menunggumu tanpa ada rasa curiga dan lelah demi dirimu insan yang dicintainya.

Sunday, November 28, 2010

JDF- Buzzer Beat II

Nota: aku suka poster belakang tu, Naoki dan Riko selalu
jumpa di gelangang basket depan apartment Riko..huhu
chenta~

Hola!
aku dah terlepas episod minggu lepas! cess..

episod kali ini aku suka opening cuz...
Naoki dan Riko mmg chentasama2chenta :)
rasa selesa
rasa bahagia
sangat hangat! erm!

tapi minggu ni lagi sakit ending bila si minah Natsuki tu nak balik dgn Naoki
argh! cant be like that lor......
hate it!

Saturday, November 27, 2010

wedding planner guidance

Nota: hard cover with nice picha~
Assalamualaikum
tadi baru balik dr tesco area tempat aku ni.
da jumpa buku bes.

"weddingsmalaysia"
price: RM18
publisher: weddingsmalaysia sdn. bhd.

buku ni da 348m/s
cover kulit keras
da roll lagi
mmg buku ala santai gitu!


  
Note: photography&videography!

to all photographer lovers! please do grab this book~

and to wedding planners:
buku yg bagus utk dimiliki~

Friday, November 26, 2010

Semalam di IB

Nota: Cinta, Perjuangan dan Airmata
"aku hidup bukan untuk diriku tetapi orang lain.."
Assalamualaikum.
beberapa malam ni aku tak cukup tido.
sebab?
ada keje yang mengambil masa tidurku.
tapi aku redha
sebab
aku suka!
haha!

aku cinta kerja aku sekarang :)
thank you Allah!

aku pergi layan Natrah: Maria Huberdina Hertogh
teater yg aku layan sgt
terimakasihsayang pada yang memberi peluang
:)

Nota: tengah tggu momok dan cool D..;)
terimakasihsayang!
ada gak cerita sakit
disebalik kisah malam tu
tapi aku telan
sebab
ini hidup kan?
layan~

terimakasih sayang buat momok, cool D, dan weeda serta baikhati syam :)
anda semua manusia yang baik
saya doakan anda semua
dirahmati Allah selalu
amin!

Sunday, November 21, 2010

mau potong rambut atau.............

yer.
dari ari tu aku fikir nak cantas rambut sikit. agak panjang suda! aku cari picha gaya rambut baru. ala model. ala selena gomez. ala sesape yg smart r tapi aku suka selekeh! haha!

Long Hair style versi Selena Gomez:



Note: bukan senang nak buat versi semua gini..
maybe yg picha first tu okay kot..haha

Long hair versi model:

Note: flowblow~ xde makna la rambut aku leh blow gini..
kalau dah lurus cam orgnyer tu..erm..
tapi k gak kalo cantas yg picha kedua?

Tapi aku suka cantas pendek aish! walaupun  aku tahu aku agak xsesuai..cuz nmpk lagi bulat! hohoho..tapi senang kalau rambut pendek..tak rimas sgt nak gerak..!!

Short hairstyle versi Selena Gomez:






Note: aku suka amat yg last picha! haha!mau~

shorthairstyle versi model/actrees:


Note: ni kalau versi others la..k gak, more simple!

tapi kalau ikut muka aku yg bulat style gini jela..lagi senang dan aku tak ada masalah kalau org kata xsesuai atau apa..haha! wa sudah research okay!!


Note: selalunya aku follow aweks superman nyer hairstyle..sekarang ni aku tgk minah tu kalau rambut pendek, sgt2 pendek la plak..huhu..kena research lain model la..so jumpalah yg ni..berkenan plak picha hairstyle yg first tu..huhu..layan..


tapi...nak tahu aku cantas ke tak..tggu jela mid next month..kalau xde pitih cmne aku nk p mncantas..tapi da mamat ni xbagi aku potong..(since study lagi dy xbg.) katanya lagi elok pnjang..masalahnya kalau pnjang mmg terserlah keselekehan aku tu..cz aku suka messy ngan rambut aku kalau pnjang~ haha!

so..tunggu~

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB