Friday, October 15, 2010

buku sebelah bantal- SAMAN-Ayu Utami

Semalam, Khamis malam Jumaat. Aku selesai baca SAMAN oleh Ayu Utami.
Apa yang aku tertarik pada buku ini lebih dua tahun lalu? Ia dibaca oleh seorang lelaki yang kerjanya cuma buruh kasar dan keralitan pembacaan di pondok bas buat aku tertanya apakah yang bertaip didalamnya.

hari itu, aku lihat ia diatas meja manusia dalam pejabat. lantas aku kata, aku mahu pinjam buat pembacaan membetulkan kepala otak yang membeku dah ber'zaman' tak diservis - Sungguh! sel otak aku hanya dibanjiri bacaan penulisan blog dan jurnal ilmiah yang berbagai porak persepsi tak telan dengan hidup aku!

lalu SAMAN muncul dan wujud bukannya kebetulan dalam pertemuan: ia wujud kerana dah Tuhan tentukan aku wajib membacanya!

SAMAN oleh Ayu Utami:

Note: Kulit buku: Dia seperti menuliskan sesuatu, Agus Suwage

Apa yang ingin aku taip ini mungkin menjadi titik tolak dan terima manusia lain pada aku. tapi kenyataan aku rasional ketika ini malah waras dan senyum aku juga ikhlas!

Dipermulaan pembacaan aku membaca review manusia lain diatas kertas cetak yang kian suram dan kesat. dari tiada nombor muka surat sampai kulit buku yang berbalut plastik elok aku tatap, baca dan memahami. habis semua aku kunyah.

memang ya! ia bagai magnet yang menarik aku merungkai selirat dalam sel akal sebebasnya!

empat watak utamanya perempuan mengapit seorang lelaki yang 'bebas' pemikiran' dan 'keinginan'nya. Antara laila, Cok, Shakuntala dan Yasmin: aku berkira-kira siapa yang lahir bagai dari tulang belulang aku?

nyata mereka ada disetiap pembuluh darah dan nyata juga aku tak mungkin jadi Yasmin yang dihujung cerita- menginginkan kepuasan yang nyata tiada jawapan.

akankah ku jumpa seorang Saman dalam hidup aku? aku kira jangan!

Aku telus dan bagai tranperensi apabila menerima patah kata baca dalam SAMAN, tentang budaya, agama, hidup, seks, persepsi akal dan permasalahan konflik yang nyata aku sendiri tak pernah jangka akan membacanya dari sebuah buku yang bercetak 200 muka surat cerita!

bagai mahu menuju ke Gramedia di Mines Mall malam tadi juga! mencari naskah sendiri dan boleh aku ulang baca berjuta kali. bukan kerana taksub tetapi mahu memahami patah erti yang aku sendiri perlu waktu untuk mamah dan hadam! ketahuilah aku perlukan putaran persepsi kala ini. mencari pandangan dunia yang aku sendiri tak pernah nak tahu kala dahulu.

Disebalik cerita aku tinggalkan laila, perempuan yang aku rasa keanakkannya menyerlah dari apa yang dia ahukan. dia punya keinginan tapi dia takut dalam mencapainya kerana dia tahu keinginannya 'berdosa' dan akan membuat dia terluka bukan sekali tetapi selalu!

aku tinggalkan sihar, lelaki yang kononya perfek! tapi pada dasarnya dia juga keliru dengan kepuasan yang dia mahu 'carik' dari satu manusia yang dia tak sanggup lukakan. kerana dia sedar kenyataan hidup atad dunia yang kalau yang dosa itu tetap dosa dan tiada siapa mahu tolong berkatkan!

aku tinggalkan Cok dan Yasmin, perempuan yang agak sempurna kisah latar hidup. titik luka tidak memberi kesan apa! keinginan dan kepuasan akan bersatu kerana mereka mampu mendapatkannya. kata aku: walaupun ada salah dalam permintaan- tapi ia tetap dicapai.

oh ya! aku juga mahu tinggalkan Saman atau Wis nama sebenarnya yang dulunya pastor tetapi akhirnya mengakui keindahan wujud antara lelaki dan perempuan dan tiada penafian nafsu disitu! mungkin dia bebas berfikir dan garis hidup yang aku rasa unik! imajinasi yang aku rasa tiada batasan langsung dalam memahami jalan hitam dan putihnya. cuma aku langsung mahu jauh dari watak ini kerana tarikannya sangat kuat! sekuat keinginan mahu memiliki dalam tujuh kali lapis langit yang diatas dan tujuh kali lapis bumi dibawah!

aku cuma ambil Shakuntala: (first name: Shakun family name: Tala) seperti mana aku yang sememangnya ada sedikit keinginan yang sama disitu: tidak melibatkan nama manusia lain dalam titik langsung hidup mendatang!

aku suka ayat yang ditaip Ayu tentang pendirian Tala:
Pertama: hanya lelaki yang boleh menghampiri perempuan. Perempuan yang mengejarngejar lelaki pastilah sundal!

Kedua: Perempuan akan memberikan tubuhnya pada lelaki yang pantas, dan lelaki itu akan menghidupinya dengan hartanya. Itu dinamakan perkahwinan.

"Kelak, ketika dewasa, aku mengangapnya persundalan yang hipokrit!"

Aku tak membenarkan persepsi Tala yang sangat membenci ayahnya. tapi ada benar kenyataan disitu. dan aku akui kalau aku taip aku juga terkadang pernah terfikir jika kelahiranku menyakitkan kedua orang tua ku dan insan lain yang sedarah denganku mengapa aku wujud?

lalu ada kata nipis dalam hati: engkau lahir satu anugerah yang tuhan jadikan buat tambah lagi keindahan dalam bumi tuhan. walau pahit tapi ia satu kesyukuran kerana akalmu yang tuhan berikan bakal hidupkan sesuatu yang betul dan benar walau sakit dan keji diterima orang lain!

jadi aku terima kata nipis itu. dan kini aku teruskan dan terus senyum. jadi Tala, ada sikit yang aku benarkan kamu ada sikit yang aku betulkan kebenaran itu ikut fahaman aku.

dan aku juga benarkan sesuatu: memang ada perkara yang salah kita tahu ia dosa, tapi keinginan terkadang menerobos melaluinya dan mencapai kepuasan walau ada sesal dipenghujung cerita!

dan itu lah SAMAN oleh Ayu Utami berdasarkan akal yang aku baru buka setengah inci selepasnya menemuinya.
wallahulam.

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB