Cinta 3 Suku
|
Nota: aku tak nak CINTA! haha! |
Oleh: Herna Diyana
Alaf 21 Sdn. Bhd. (2010)
Quote:
“berkasih tak semestinya bersama berpisah bukan selamanya.”
Intro:
Aku memang gila kalau jalan cerita novel yang melibatkan gadis kasar dan mamat macho. Kisah perang yang macam dingin tapi berbunga cinta itu memang kegilaan aku! Haha! Thanks to Herna Diyana cuz garap cerita yang memang selera aku! Gelak mengekek aku baca novel minah ni tulis.
Plot:
Minah sewel, mamat tiga suku- ini cerita tentang Iman dan Arie, seorang minah kabut, kasar, comel dan sangat lurus dan jujur tapi ekstrem dan gila-gila. (see!aku dah puji banyak karakter minah ni.) Arie pula mamat driver airbus yang macho dan kasar la jugak tapi dengan Iman je la kot cuz ditakdirkan (see!dalam setiap cerita tak lari dengan takdir. I luv Allah J) muncul Suhaila dan Razif merangkap keluarga rapat Iman dan Arie.
Iman ni anak buangan oleh mak tirinya. Dia pula rupanya anak angkat ayahnya yang jumpa dia di surau lalu semasa dia dihalau oleh mak tirinya- dia jumpa Suhaila dan jumpa Razif- abang kandungnya.
Iman dibawa balik kekampung, Suhaila dan Razif berkahwin. Arie sangkut la pula dengan Iman. Caya-lah!
Konflik:
Bila Arie macam paksa-tak paksa kena kahwin dengan Iman ikut permintaan Tok si Arie ni. Iman yang sememangnya macam dah tersangkut dekat Arie sebab Ari kan hensem! Haha! Konflik bila Iman mempunyai misi dalam ‘mengorat’ suami sendiri iaitu Mamat sewel yang pernah dibencinya dahulu kerana banyak kali buat dia susah! Hurm!
Akhir:
Iman berjaya ‘ngorat’ suaminya dan dia juga berjaya menyemaikan cinta dalam hati lelaki itu malah Iman bahagia kerana takdir itu amat pahit pada mulanya tapi menyemai benih-benih kebahagiaan diakhirnya.
Watak lain:
Sebenarnya tak salah kalau aku taip Herna hanya bermain watak dalam kumpulan manusia yang Iman dan Arie kenal secara langsung sahaja. Even Antagonis juga adalah watak yang digarap dalam kumpulan manusia yang akan dikenali sesama mereka. Persoalan kurang dari segi watak. So, tak serabut-lah!
Komen aku pasal kulit buku:
Koala bear, skuter,dan mini cooper dan kulit yang berwarna pink! Erm..okay-lah! Cumel. Haha!
Pengajaran yang aku dapat:
Walau sekeras mana hatimu, tapi andai ada cinta ucapkanlah! Bagi peluang kepada dia yang menunggumu tanpa ada rasa curiga dan lelah demi dirimu insan yang dicintainya.