Friday, December 30, 2011

OMBAK RINDU Review

Assalamualaikum.

Aku sangat sibuk. tapi aku bazirkan, oh terlalu kejam perkataan itu. ya, aku luangkan masa 2 jam 43 saat (termasuk beberapa saat iklan teh herba cina) aku untuk menghayati filem arahan Osman Ali fdam ini.

Ulasan aku,

Aku rindu tapi ia tak berombak,
ia terlalu tenang hingga tiada tanda...
tiada perasaan teruja. ya, itu aku jujur. mungkin terlampau banyak membaca ulasan manusia lain jadi aku tiada perasaan khusus ketika menonton wayang percuma ini.

aku hanya tiba-tiba mempunyai perasaan kala minit ke 40:10 ya mungkin aku menangis tanpa sengaja. aku bagai terkecamuk menghayati jalan cerita atau aku dah terselit perasaan personal dalam jalan cerita? aku tertanya sendiri. aku merindui arwah ayah, adik dan dia.

minit 42:14 konflik bermula dan aku beberapa kali menangis bila tidak berapa pasti bahawa aku memang menggabungkan hal peribadi dengan jalan cerita. terlalu mendayu hingga sakit mata dan hidungku menahan tangis.

melankolik yang tak berapa jujur kini.

dan aku kelam dengan terlalu banyak transition visual fade in and out yang digunakan untuk mengubah sequence hingga aku sendiri kelam dan gelap. aduh, mengapa tidak digunakan transition lain. mungkin itu yang terbaik (aku selalu guna cross dissolve saja)

lagunya juga tidak terlalu banyak jadi nampak seperti telenovela yang asyik tangis saja. aku jadi tak keruan kerana punya masalah akan menangis tanpa punca hanya jika lihat manusia lain berair mata.

konflik akhir pada jam 1:55:37 agak lama berendam air mata dan memang ada sequence yang bersambung adegan tangisnya. aku setuju dengan beberapa review lain yang menyebabkan hilang komedi yang sepatutnya diselitkan dalam filem seperti yang termaktub didalam novel.

Ulasan aku bagai nota:

1- pelakon - watak utama - maya karin, aaron aziz, dan lisa surihani nama nama besar tapi aku hanya mampu puji pada nama maya karin sahaja. sesungguhnya lakonan aaron dan lisa agak kurang dimata aku. sungguh. watak pak dollah kegemaran aku. mungkin veteran? tapi itu pembawakan yang sangat baik dan bersahaja. dan itu baru dinamakan lakonan filem.

2- props dan lokasi - aku mahu tinggal villa itu menunggu sang kekasih datang. biarpun bukan apartment yang sepatutnya dijadualkan seperti dalam novel tapi aku bagi full star untuk lokasi dan props. sangat indah! dan synchronize dengan cerita yang berombak rindu. :) lokasi lapangan terbang cuma kurang dan kaku!

3- pelakon lain-lain - amat meriah walau tak banyak dialog. ada tempat duduknya walaupun tak menghayati semua perwatakan misalnya mak dan bapa mila, orang dilapangan terbang. nampak kaku! aku suka budak budak disawah dan mengaji mereka 'hidup' dengan suasana.

4- timing masa - agak punctual? mungkin

5- bunyi - lebihkan track supaya aku rasa Malaysia ini indah bahsa dan iramanya. aku cintakan bunyi jadi bagi aku ini pertama kali aku rasa filem ini yang kedekut penata bunyinya. renungkan. bila visual dilebihkan tapi bunyi dikurangkan kurang jugalah makna FILEM nya.

6- skrip - aku rasa Izah tak banyak menyampaikan rasa dalam kata, seperti mila yang asyik dengan kesat bahasa untuk menunjukkan sikap sebenar. hariz pula bagai kalut untuk menentukan mana satu sikap dan duduk karakternya. bercelaru? mungkin tapi ada juga kesannya.

7- nota tambahan - Bront Palarae - sedikit kecewa wataknya ditambah tapi tak berapa seri perwatakan selain sifat penyayang dan kasih seorang sahabat yang cintanya tak dibalas.

Orait.

p/s: aku suka Ombak Rindu sebab aku pernah "menjadi" seperti Izah, dibahagian mana itu hanya aku yang tahu. namun aku jumpa apa yang aku perlu buat untuk teruskan hidup. dan aku tanpa duga membuka semula kisah itu saat demi saat yang aku luangkan semasa tontonan. lalu habis saja tontonan filem ini aku tutupkan semula cerita silam dengan berlalunya yang lepas dan perginya si dia. AlFatihah buat kesayangan abadi. Mungkin cinta kita tersimpan abadi bersama memori. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan aku memilih untuk meneruskan hidup ini walaupun tiada lagi tanda cinta dari kamu untuk aku.

Kini sudah 1 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 4 hari kamu pergi...

-melankolik hati yang membunuh sepi-

dumbdeaf

Tuesday, December 13, 2011

Mochnatiy Shmyel


"The most beautiful romantic music has been composed in Russia. And if it's moreover about "tsiganskiye", one can only cry or get drunk fully."

Monday, December 5, 2011

Haru Haru

Assalamualaikum

I dont understand Haru Haru mean, but later then I discover it refer to Sunshine or Springtime. As the same meaning of Haru Haru by Big Bang one of the famous band in Korea. Their song inspired me to get my sunshine back even though Im still thinking to myself am I deserve to get it back or not. Either to leave it or replace it with other, Im still think bout it.

As this time, Im not gonna chase it but follow the flow as the happiness will rolling to you as deepest as it come silently. So, just chill and pray that one fine day. It'll be yours. Forever.

p/s: Im being ordinary but extra secretive :)

-dumbdeaf-

Friday, November 25, 2011

Previously...

Assalamualaikum

Previously....

Aku dah failed siapkan tugasan pertama aku. Editing Al-Quran untuk salah satu stesen tv Malaysia. Aku rasa kecewa, kerja selama 22 hari tidak berhasil kerana Hard Disc ROSAK. dan sedikit salah tekan button pop-up buat aku kerugian dan mendapat nama buruk.

Aku hanya dapat rasa sikit gembira kerana dua surah yang akan ditayangkan nanti ada la sedikit sentuhan aku. tapi aku hanya menolong bukan semua.

Previously....

Aku dan bonda dah laa tak berhubung. Aku akan selesaikan ini secepat mungkin. Aku dah tak mampu nak teruskan sesuatu yang perit ini.

Previously....

Aku mngenali seorang teman dan dia sangat memahami namun terlalu banyak pula dramanya hingga buat aku tertawa sendiri. Ada sedikit cermin dihadapanku bila berhadapan dengannya.

Previously....

Aku bekerja untuk salah satu stesen tv Malaysia yang bakal ke udara esok petang.
Aku cuak!
Hasil kerja kedua ditayangan. Ada lebih 6 program yang aku siapkan. Moga segalanya lancar. amin.

p/s: aku sunyi.

-dumbdeaf-

Friday, October 14, 2011

Qurban and Hijrah

Assalamualaikum

tak semestinya nak berhjrah kala bulan Muharram je. Aku memilih untuk berhijrah dan berkorban dengan serentak menjelang 13hb November 2011.

Aku terima tawaran bekerja di View Image Sdn Bhd

dan aku yakin dan pasti ini adalah pilihan yang benar setelah berbincang dengan keluarga dan memikirkan setahun yang berlalu dengan begitu saja.

Okay!

Ganbatte buat diri

p/s: start refresh otak pasal Final Cut Pro

-dumbdeaf-

Friday, September 30, 2011

Buku Sebelah Bantal - Sperma Cinta

Note: I loike abang botak!
Sperma Cinta
Oleh: Linglung
Dubook Press (2011)




Quote:
“kita bermula daripada sperma, bertarung dengan yang lain dan kita menang- Aisa Linglung.”

Certro:
Hilang Nafsu & Sperma Cinta - Permulaan cerita dalam buku. Mahu perkenalkan history latar pilihan tajuk buku mungkin. Tapi aku jeles bibik dari Switzerland leh cakap Indon! pergh!


Cerdup:
Masuk cerita-cerita hidup Linglung yang aku tanpa sengaja ketawa terbahak-bahak walaupun pada masa tu aku tengah lahap makan ayam bakar black pepper. Sedap dan sangat lazat! Sepanjang baca cerdup Linglung aku leh bagi 5.5/5 bintang. paham x? haha! aku gegelak geguling sungguh2! even aku tak sempat khatam habis dan kena fly p Kedah, nafsu nak membaca membuak2. balik2 letak beg terus je aku hadap SC. pergh! sambung gegelak geguling. *rumate aku pandang sinis!


Cerkon:
Cerita-cerita kontot yang aku bagi 4.5/5 bintang. Sebab pendekatan Syukraay dan Shidu itu begitu mengamit peristiwa Solidariti Kucing. Aku cinta Syukraay. jeles Shidu macam ni! pergh! Aku gak suka Newton's Law. erm..pendekatan pemindahan kuasa malas dari linkungan bulatan putih diri. apa aku merepek ni? cuba fahamkan! 

Watak Peberet:
Aku suka Apis Mael yg tak lepas acara lompat tebing longkang, Rostam yang masih ada kesan pukau, Ninja yang xlepas tongkat motor dan Pakya yang tak lepas nak sembang dirumah bujang. haha! 

Komen aku pasal kulit buku:
Macam planet Marikh yang kena tumpahan asid lalu membentuk bentuk hati dan diserang panahan-panahan meteor! kehkeh!

Pengajaran yang aku dapat:
"masalah gua masalah mak bapak tapi masalah mak bapak tak pernah jadi masalah kepada gua. - Agak padu dan kejam!" merenung aku baca ayat ni. erm!

Note: sila beli buku ini- anda tak akan menyesal! Haha!

Saturday, September 24, 2011

TradeMark

Hola.
cmni sudaa~

new header. saje je. bulan merdeka ritu dh patriotik kan. rajin je tukar header.

ok.

tata~

p/s: sok nak potong rambut lagi. erm..setel hal konvo. pergh! keluar duit lagi..

-dumbdeaf-

Saturday, September 17, 2011

Sick Of You by Selena Gomez



Sick Of You (lyrics)

You know fairy tales don't come true,
Not when it comes to you
Open up for the first time,
And you can bet that it's the last time

And I'm cool with laying low
Saturday night and I'm staying home.
I'm feeling good for the first time,
It's been a while since the last time.
I wave goodbye when you say hello, woah,

I'm sick of the sleepless never ending nights.
I just don't care who was wrong or right,
I'm sick of the rumors and the alibis
You tear me up

I'll cut you down a size
S-S-S-S-So Sick of you So sick of you
Sick of all of your little lies
S-S-S-S-So Sick of You, So sick of you
Sick of all the girls by your side

What you don't know,
Is how great it feels to let you go.

I cracked your game it's so see through
You know I'm way too good for you.
Movin' on to the next time
Drop the baggage and I'll be fine

When it's time to reminisce
You're gonna realize you miss this
You're in my mind for the last time
And at the most, you were a past time.
I wave goodbye when you say hello, woah,

I'm sick of the sleepless never ending nights.
I just don't care who was wrong or right,
I'm sick of the rumors and the alibis
You tear me up

I'll cut you down a size
S-S-S-S-So Sick of You, So sick of you
Sick of all of your little lies
S-S-S-S-So Sick of You, So sick of you
Sick of feeling bad by your side

What you don't know,
Is how great it feels to let you go

I'm happier alone, taking down your pictures,
And I'll throw those memories out the door,
I'm sick of you, so sick of you,
Sick of all of your little lies.

I'm sick of the sleepless never ending nights.
I just don't care who was wrong or right,
I'm sick of the rumors and the alibis
You tear me up

I'll cut you down a size
S-S-S-S-So Sick of You, So sick of you
Sick of all of your little lies
S-S-S-S-So Sick of You, So sick of you
So I'm gettin' on with my life

S-S-S-S-So Sick of You, I'm so Sick of You
So Sick of You (Oh woah)
S-S-S-S-So sick of you, I'm so sick of you
So Sick of you, oh woah

What you don't know,
Is how great it feels to let you go

p/s: i wave gudbye when u say hello..huhhu..kejam kan? but then u deserved that. tata~

-dumbdeaf-

Friday, September 16, 2011

MALAYSIA

Assalamualaikum

Mercu tanda Malaysia dulu?
Happy Malaysia Day!

Aku dah tukar header. Aku bangsa Melayu. Agama Islam. Kerakyatan Malaysia. Aku cinta Malaysia.
Walau sebusuk busuk propaganda yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang di Tanah Melayu. Malaysia tetap TANAH AIRKU. Dirgahayu Malaysia.

p/s: aku nak p France. Tapi Malaysia tetap UTAMA. Kepentingan dan Keutamaan itu berbeza!

Mercu tanda Malaysia kini?

Ia tetap mercu tanda Malaysia walau dulu walau kini!
-dumbdeaf-

Monday, September 12, 2011

ROSE!

Assalamualaikum

Mcm mana nak belajar tak pandai menipu? erm. soalan gila. tapi kenyataan. kau menipu tanpa kau sedar tapi bila kau menipu kau terasa terseksa kerana kau baru saja menipu.

tapi hati kau kata tak mengapa kau menipu kerana kau tak nak melakukan perkara yang salah.

apa fakta ini?

menipu berdosa
buat salah juga berdosa

so?
Note: aku suka bunga tapi bukan ROSE!

berdosa dalam tidak?

ah gila.

seperti bunga ros plastik yang berwarna cantik tapi plastik kerana yang original tak tahan lama. tak berbau kerana tidak asli jadi ia menipu manusia yang cuba menghidunya walaupun yang dibau hanyalah pewangi yang sementara.

merepek!

p/s: cakap apa yang patut yang lain itu hanya diam saja!

-dumbdeaf-

Saturday, July 23, 2011

Berguling Dalam (Direct Translate) kehkeh!

tak boleh tido
rasa sengal
layan Maddi Janes
dia nyanyi macam Adele
Pergh!


tadi cuba layan Rebecca Black nye lagu baru, 
serius tak leh masuk gak
maybe bukan hari Jumaat kot
even lagu tu aku rasa tajuk dia
My Moment
D***!

p/s: lembab la download lagu Monster-Paramore ni. ceh!

-dumbdeaf_

Tolong Promo

Aku tolong promo
(bagi kurang kecewa..)
tak lama dah tarikh dan masa
malam nanti jer.
ajak la aweks korang
ajak la jiran sekampung juger


23 Julai 2011
8.00 pm
Rumah Pena


NEXT...


24 September 2011 
(Maskara Shorties)
*sebarang pindaan p jengah 
tuan rumah,




yang pasti sok aku kecundang lagi tak dapat join!
argh! kecewa bertalu2 ni.


-dumbdeaf-

Friday, July 22, 2011

Bila nak jadi KAYA? (Versi imbas Kembali)

Assalamualaikum..

Hari ni aku rasa macam lembab dan lembap. Ada beza kah? Pg cek kamus dewan sendiri. Aku takda masa nak buka kamus yang dah terperuk dalam kotak. (Bilik aku tak cukup space nak letak rak buku. Ceh!)

Okay, entry malam ni, citer yang ringkas dan terlalu sinonim dengan sebilangan umat manusia yang berada diluar sana termasuk aku yang berada didalam sini. Apa yang aku nak cerita kali ini adalah peristiwa beberapa tahun lepas (takda la lama sangat, maybe dalam dua tahun).

At that time aku rajin chat yahoo. Bersepah kengkawan chat dan aku agak' popular la dikalangan chatters baru, bese la adat chatters perempuan dan bahasa yang aku guna pun sangat bangang masa chat (serius bongok je bila pk cara aku dulu. (serius aku benci dunia chat bila aku ingat balik. D***!) Eventually, there's a lot of thing that I've learned from cyber net. The do and don't that related with reality and how to be a REAL human, not only as an ID.

Berbalik pada story aku, dunia cyber ni ada macam-macam jenis manusia. Yang benar dan tidak, nak dijadikan cerita aku dapat chat dengan satu manusia yang pakai ID sangat biasa yang kalau aweks tengok pun tak berminat nak ushar! Tapi aku kan pelik. dan aku sangat suka perkara yang pelik. Macam biasa aku dapat chat dengan mamat ni. ya, mamat!

so bila nama pun mamat aku apa lagi, bakat reporter masa tu amat menyerlahlah. macam macam soalan aku ujar kat dia. Ya! aku masa tu teruja sangat nak tahu pasal dia. Dia orang Malaysia, asal Kedah. (itu je hal personal dia yang aku leh beritahu, sebab aku nak cerita pasal tajuk entry yang libatkan dia..kehkehkeh) Apa yang aku teruja buat pertama kali dengan dia when he shared with me his own car 'Blue Mercedes Benz' Gila! BMB yang hanya lepak parking kat sebelah gerai.

Okay, aku intro sikit pasal apa dia leh share picture tu dengan dia. Bila alam chat ni, bukan semua orang leh share perkara dan cerita yang benar dengan si polan dan si polan. So, mamat ni seakan teruja gak sembang ngan aku cuz dia sebenarnya baru je jengah dunia chat after his little sis recommend him to do so. Layan boring time summer. ( masa tu aku cuti sem, dia lak balik Malaysia, cuz nak p surfed kat Aussie then p Bali) Oleh sebab keterujaan, dia pun tanya pasal aku dan personal, study and boleh dikatakan 100% pasal aku. Gila! (aku memang tak reti tutup mulut bila cerita pasal diri, cuz aku tak ada apa nak dirahsiakn masa ni)

"Bila la Azue nak jadi KAYA?"

Yup, itulah soalan yang aku taip pada dia bila aku kenang kehebatan dia yang boleh pergi mana saja dia nak, dan after he shared lots of photos when he skiing at Swiss and celebrated Xmas at France. (Serius aku jeles masa tu cuz aku dh la teringin tahap gaban nak pergi France). Lalu dengan tak semena-mena dia jawab soalan aku tu dengan shared photo BMB yang dia baru beli siang hari masa aku chat dengan dia tu. Sekali lagi aku kata GILA! BMB lepak sebelah gerai tepi jalan je kot. Aku macam tak nak caya, tapi aku kena terima kenyataan tu memang kereta dia bila masa raya (time tu) dia showed dia ngan family dia ambik gambar latar BMB. D***!

Bila dia tunjuk gambar tu dia kata pada aku. (lebih kurang camni la ayat dia)

"Azue, semua orang boleh jadi kaya. tapi kalau cakap saja nak jadi kaya tapi tak ada usaha dan pengorbanan, tak ada apa yang akan jadi. termasuklah nak jadi kaya. Jadi kayap boleh lah. kehkeh (ni ayat aku...okay aku ringkaskan ulasan dia..) aku nak jadi macam sekarang ni sangat susah bukan terus boleh diatas. aku tempuh macam-macam hal. Until now pun aku masih harung macam-macam hal. (dia kata macam tu la..) nak jadi kaya ke nak berjaya ke ko kena ada timeline to achieve your dream. Kalau boleh limit kan time dia (serius ayat ni imbau aku pada kes MLM bebaru ni. ceh!) aku buat timeline dari aku sekolah rendah lagi sampai la sekarang. nak berjaya juga kena pandai defend diri (part ni aku suka) kalau ko dah kerja, dan ko tahu ko boleh dapat lebih dari apa yang bos ko bagi sekarang, jangan teragak-agak nak demand dan kalau dia sayang khidmat ko, dia aku akur, kalau tak dia akan bye-bye kan ko, tapi ingat sebelum dia bye-bye kan ko, ko bye-byekan dia dulu (peh! bes ni) tapi pastikan ko dah ada timeline yang lain. so ko tak susah bila ko bye kan bos ko! berkorban ni tak kira hal keluarga, wang atau kawan sekalipun. nak mjadi yang terbaik antara yang terbaik kekadang ada kawan yang makan kawan. tapi kau jangan makan kawan tapi kau tinggalkan kawan yang cuba untuk makan ko. ada beza tu."

Hebat kan ayat dia, ni yang aku dah ringkaskan dari chat aku tu. aku dah skip banyak part dah ni. kehkeh! tapi yang penting keyword dia macam tajuk entry aku tu la. sampai sekarang aku pun masih ikut timeline yang aku buat tu. sungguh kita mampu merancang tapi Allah tu dah kata Kun Fa Ya Kun, maka yang jadi selalunya memang diluar apa yang aku mahu. jadi aku ikut flow gak dan usaha serta doa yang berpanjangan.

Aku tak tahu nak ulas camna cerita mamat ni. Kalau orang baca apa yang aku taip, mungkin ada yang kata aku macam tertipu atau menipu sekarang ni. tapi Aku serius, mamat ni memang wujud even aku tak pernah jumpa dia. (sebenarnya boleh je kalau nak jumpa, p je opis dia kat area Damansara tu tak pun direct p umah mak dia kat Melawati) Dan dia kongsi cerita dia hampir satu tahun lebih gak ngan aku sebelum aku betul-betul terputus talian after dia balik UK dan aku lak menanti macam apa je kat Malaysia nithen aku lak tukar email sebab malas nak ingat dunia yang tak real (tapi bukan dia). haha! Biarlah cerita dah lepas. Aku cuma harap andai ada jodoh nak jumpa, aku teringin nak tanya dia lagi
Note: Kalau aku nampak perempuan yang bawak keta ni area memana je ..
aku tak teragak agak nak tanya dia adik A ke. haha! gila dah aku..

"Semua orang ada sebab dan alasan untuk teruskan hidup, tapi perlukah melarikan diri dan terus hidup dengan menanggung kekesalan yang manusia lain buat dan mengabaikan yang terbaik dihadapan mata?"

Aku tak tahu apa cerita dia sekarang, aku cuma harap dia bahagia. Selalu gak kalau aku lalu kat Melawati dan area yang dia pernah beritahu aku tempat dia lepak kalau balik Malaysia, aku pasti akan cari kalau da kelibat BMB.

oh ya! paling penting, kaya ke miskin ke, yang penting jangan sesekali melupakan janji. Kerana kita tak tahu janji yang kita buat akan mengubah masa depan manusia itu kalau kita tak tunaikanya.

p/s: tajuk entry ini aku kredit kat amal dengan pesanan "nanti aku pujuk syairah belanja ko tudung raya ya,"

-dumdeaf-

Sunday, June 12, 2011

Ich Misse Dich!


"seburuk buruk kejadian yang aku lalui, kau lahirkan aku sebaik baik ciptaan dariNya. Izinkan aku lalui segala yang ditakdirkan ini dengan sebaiknya agar aku bisa menjdkan hidupmu seindah cerita realiti.."

-dumbdeaf-

Saturday, June 11, 2011

Says..(3)

Assalamualaikum..



"...it can be said that quality is worth more than quantity. Don't be afraid to spend some time alone to become fully aware of yourself as an independent and creative individual...."



"Why fit in when you were born to stand out?" — Dr. Seuss


                                                              -dumbdeaf-

Wednesday, June 8, 2011

Some people....

Assalamualaikum..
Today..


"You’ll miss the best things if you keep your eyes shut."  — Dr. Seuss

"..this is what we called STUBBORN.."

And what will you handle this situation? If someone suddenly said it in front of your mates? Feel scared? shame? or nothing? For me I felt sorry. 

Sorry for making myself so clear that when I resolved my problem with lots of people not all of them will think my way is so efficient!

So, the solution is...

Just do on your own then be blame for your stupidest, then makes others realize that we have to ask others help too!

seriously nonsense right?

-dumbdeaf-

Tuesday, June 7, 2011

Says..(2)

Assalamualaikum...


"...Time to put your money where your mouth is! Spread your ideas around or pool them with others; together you may be able to create some grand vision from which you could do well."



"You know you're in love when you can't 

fall asleep because reality is finally better 

than your dreams." — Dr. Seuss



-dumbdeaf-

Monday, June 6, 2011

Says..

Assalamualaikum...today..

"....actually believe your own logic today as you try to convince yourself that you don't really need the complexity of emotions. Being methodical now is a good idea and can help you delve into the mysteries of your own mind..."


Don't have to be so complex with your own life as you'll actually being cruel to yourself!

-dumbdeaf-

Tuesday, May 24, 2011

scene

Assalamualaikum

bila baca berita,
bila baca segala macam cerita

aku rasa tiada apa yang menarik bila tiada apa yang merubahkan perjalanan hidup aku
selain daripada penambahan penggunaan otak memikirkan kenapa aku masih 'bongok' dok hadap segala macam
kejadahnya kerja yang bukan patut aku buat!

bila aku dok pandang blog semua manusia
bila aku dok hayati erti penyampaian mereka

aku rasa tiada apa yang aku mampu buat selain ada perasaan angkuh dan sombong bodoh aku yang masih mahu kata 'im not ready yet!' kat manager aku bila dia suruh aku p cari kerja lagi bagus yang memang aku layak untuk dapat!

sememeh la!

Friday, February 25, 2011

sila ada 'resmi' dalam diri..

Assalamualaikum

Oh yeay! telinga aku masih lagi mendengar mv Nina...haha! aku dah 'gilakan' dak kecik tuh! xle kata pe dah..gelak terkekeh aku layan mv dia..mekasih Nina!

okay back to the story...

fenomena yang sangat tragis telah berlaku dalam persekitaran tempat kerja aku. (okay aku sangat mengantuk bila menaip cerita ni) sangat tak bagus bila mereka yang berada dibawah mula melangkah mengejar bintang dan ada pula tangan yang menghulur pada mereka supaya cepta naik ke puncak yang ingin digagahi.

Namun!

Malangnya bila manusia tetap menjadi manusia tiada beza tentang keistimewaannya dari yang lain. aku tak suka! Resmi yang patut dicontohi telah ditinggalkan dibelakang dan pada yang memang mengamalkannya pula meninggalkan jauh dibelakang hanya telah dapat anugerah yang tak semana indah ceritanya.

pernah dengar cerita luncai yang hebat mahu naik ke dahan dahan pokok yang dia sendiri tak tahu hal sebenrnya secara realiti lalu jatuh ke bawah tenggelam kedalam air bersama labu labunya..(haha! cerita dongengan gubahan aku sendiri..alah! korang paham kan?)

sungguh! aku terkilan dengan cara manusia ini. aku paling kecewa bila makin dikelilingi mereka mereka yang sedemikian! serius.aku BENCI!

maka: sila ada 'resmi' dalam diri walaupun sudah hebat jangan telalu bongkak dengan sekeliling, ingatlah walau kau diatas kau masih punya manusia lain diatas kau dan jangan kau fikir mereka atau aku bodoh dan mudah dipermudahkan dengan kata kata bangang yang sebenarnya memakan diri kau sendiri!

dan amat merimaskan bila aku harus berdepan golongan yang konon bagus tapi zero, manusia bertopeng yang aku tak suka dan tak berminat untuk menilai dan membuat aku GELI bila asyik menjatuhkan aku dan MENGHAKIMI aku pada perkara yang aku tak buat atau tak dipertanggungjawabkan kepada aku. oh ya! limit aku hanya kiraan tiga. pada siapa yang mengetahui terima kasih. haha!


INGAT lah manusia...MEMAHAMI itu lagi bagus indahnya dari MENGHAKIMI
dan MENDABIK DIRI...

wallahulam..

Saturday, February 19, 2011

Pride

Note: Halu, watak yang paling bermaruah
dalam Pride, lakonan  Takuya Kimura.


Assalamualaikum.

"Beza manusia dengan haiwan adalah maruah."

Ya, selain ada akal yang diberikan tuhan manusia juga bezanya kerana maruah yang memperkenalkannya kepada manusia lain selain penampilannya. namun dimana maruah manusia bila rasa hebat menghakimikan manusia lain tanpa sebarang evidence dari segi tulisan dan fakta selain prediction tentang manusia lain yang melebihi batasan akal yang melawan semua hak dan keperluan?

manusia, lahirnya sangat sempurna dari kain putih yang membaluti hingga bertukar warna hitam pekat yang makin gelap namun siapa layak menghakimi segalanya selain tuhan. itu fakta! dan jangan sesekali meletakkan jari telunjuk kamu keatas manusia yang lain hanya bila hati kamu sakit dengan perbuatan kamu sendiri.

mudah untuk mengatakan dan meludahkan manusia atas seminit perlakuan yang tiada balasan. tapi fikir dengan jelas siapa salah dan apakah salahnya. ini kehidupan bukan fantasi mimpi. maka, kelibat manusia dari pelbagai pelusuk dunia amat diperhatikan.
Note: Pride..tapi ingat, cerita yang aku tulis..
bukan fantasi tapi realiti..so..fahamilah!

"bila susah mencari, bila senang lupa diri"

patah kata paling mudah untuk ditaipkan, namun nasihat aku perhatikan dulu kedudukan kata ini sebelum menuturkan atau menaipkan atau menuliskannya. hal demikian kerana kamu bakal menemui penghujung cerita yang berlainan jika kamu melakukannya tanpa mengetahui apa tujuan ia terjadi.

fahami bahawa dalam dunia ada berpuluh-puluh juta manusia yang berlainan karakter dan tahap dinginnya. oleh yang demikian. ingat! FAHAMI bukan MENGHAKIMI!

wallahualam..

Monday, February 14, 2011

Cinta Paling Agung!


Ya! inilah cerita cinta paling agung dalam dunia, dan aku tak pandai menulis tentang kekasih Allah ini maka aku kongsi cerita ini yang aku ambil daripada Kehidupan Nabi Muhammad SAW untuk tatapan bersama. 


Kisah Cinta Khadijah r.a dan Rasulullah SAW

Siapakah khadijah?
Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.
Banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya.
Bermimpi melihat matahari turun kerumahnya
Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya merata kesemua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.
Mimpi itu diceritakan kepada sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.
Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.” “Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh. “Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat. “Dari suku mana?” “Dari suku Quraisy juga.” Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?” “Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: “Siapakah nama bakal orang agung itu, hai sepupuku?” Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”
Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah senantiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.
Lamaran dari khadijah kepada Rasulullah s.a.w
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata
Khadijah: “Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” (Suaranya ramah, bernada dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu harga dirinya)
Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti.
Muhammad SAW: “Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu”
(Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban)
Khadijah: “Oh, itukah….! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,”. “Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”.(Ia berhenti sejenak, meneliti).
Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandung isyarat
Khadijah: “Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diinginkan oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu”.
khadijah (Khadijah tertunduk lalu melanjutkan): “Tetapi sayang, ada aibnya…! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mau, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.
Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa yang mau dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.
Rasulullah SAW minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada Pamannya.
Rasulullah SAW: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu “anu dan anu….” Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.
‘Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: “Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”
Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah:
Khadijah : “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mau, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak,aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.
Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius. “Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah diketahui oleh sepupumu Waraqah bin Naufal?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cobalah meminta persetujuannya.” “Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan karena dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.
‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah “Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermusyawarah dengan Muhammad SAW lebih dulu.”
Khadijah yang cantik
Sebelum diajak bermusyawarah, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya:
Nafisah : “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?”
Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”
Nafisah “Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”
Rasulullah SAW: “Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.
Nafisah : “Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”
Usaha Nafisah berhasil. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerimapemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.
Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan yang utama karena hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu.
Hadir Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan resmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita yang berkenaan.
Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak sepupuku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”. “Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah. “Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.
Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kawin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.
Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jum’at, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah pamannya bernama ‘Amir bin Asad.
Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut: “Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar. “Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.
“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscaya ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kawin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat. “Semoga Allah memberkati pernikahan ini”. Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.
Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”
Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”. (Adh-Dhuhaa: 8)
Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.
Dijamin Masuk Syurga
Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut “Tahun Kesedihan” (‘Aamul Huzni).
Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang disampaikan Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata:
“Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita. “Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang senantiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau senantiasa menyantuni anak yatim piatu, menghormati tamu dan mengulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?”
Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.
Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata: “Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir’aun”.
Wanita Terbaik
Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam kebimbanga, dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.
Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dianggap sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.
Perjuangan Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da’wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu’minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira’. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa.”
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, padahal di hadapan kita ada “wanita terbaik di dunia,” Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mu’minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya.
Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :”Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.” [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata:"Keshahihannya telah disepakati."]
Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya oleh dunia ? Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu’min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.
Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat-ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong.
Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :”Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku.” Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.
Khadijah r.a. berkata :”Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini.” Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.
Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :”Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :”Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu.” Maka Khadijah r.a. menjawab :”Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan).”
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da’wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]
Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :”Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :”Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan.” [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Mere Pyar!


erm..tahu yang Valentine itu lahir dari punca yang tak elok untuk diikuti tapi saya ada niat yang lain iaitu mengambil iktibar daripada cerita cinta seperti kisah "Veer Zaara"

kisah yang menyayat hati tentang sepasang kekasih yang terpisah kerana berbeza pemahaman, kemelut emosi manusia dan titik hitam bagi dua jiwa. 

dan nak kongsi juga cerita cinta paling agung..in next entry. check it out! :)

gemilang kan ia seperti erti sebenarnya!

Assalamualaikum..
lepak kat bilik sambil tenangkan diri..(the headache is coming again and make my head spinning like thousands of stars keep sparkling inside it. haha!) so dramatic. 


While eating the KFC, my roomate and I watching the television. Its been few weeks we dont turn on the television. haha! So, the programs tonight is drama slot in TV3 entitle Gemilang, a drama from Khabir Bhatia which is my fav. director. so, kinda eager to know the synopsis, Im just googling it and get info from one of the blogger. So, check it out!


Sinopsis Drama Gemilang TV3

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Note: Cantik kan poster ni? erm..

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).



ni sinopsis diambil dari Anizyn. Serius! banyak sinopsis cerita melayu yang aku tak sedar ditayangkan di televisyen..aish! Thanks to Anizyn cuz meletakkan sinopsis2 ini dan maaf saya ambil tanpa izin..huwaaa~ tapi saya promote blog awak...maafkan saya..maafkan saya..(ala2 nyanyi cam P. Ramlee..)


Note: cantik kan? erm...gemilang....


Review: Saya tak tonton semua episod drama ini lagi, tapi memang susah nak nampak cela dalam filem atau drama Khabir, macam cerita ini kan? namun, penghayatan pelakon agak kecewakan saya. erm..sebenarnya ia hanya satu patah perkataan. okay, drama ini adalah berlatarkan 80an kan? but then the pronunciation agak kurang..sebutlah..

"kau orang.."

jangan sebut

"korang.."

peace!



katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB