Friday, March 23, 2012

Cuma aku mahu...


Hanya melihat sebuah filem Hindustan aku bagai terbang mencari hala tuju keinginan hidup. Kebebasan? Adakah itu aku inginkan? Atau hanya sebuah ketenangan? Atau juga kejayaan yang berganda?

Aku tak pasti dengan keinginan aku.

Cuma aku mahu sebuah kerjaya yang sederhana yang mampu buat aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia, anak, kakak dan adik malah umat Islam dan rakyat Malaysia yang baik. Ya aku perlu melunaskan hutang.

Cuma aku mahu sebuah tempat tinggal yang sederhana yang aku dapatkan sendiri dan dihiasi indah seperti iklan IKEA dan selesa didiami aku dan mereka yang lain bila bertandang dikala kelapangan.

Cuma aku mahu sedikit perhatian diberikan kepada diri untuk menjadi lebih baik dan berpenampilan selesa dan menyenangkan mereka yang memandang.

Nota: Aku mahu kesini...
Cuma aku mahu meluangkan masa pada setiap kegemaranku seperti berlari dipantai, melihat langit jingga petang dan pagi, mengalun lagu karya sendiri petikan gitar dan ketukan piano yang dimainkan sendiri, dan menyudahkan cerpen dan novel yang terbengkalai bertahun sudah.

Cuma aku mahu keluar mengisi waktu hujung minggu dengan keluarga atau bersama teman di bistro melayan live band atau bacaan puisi mereka yang hebat, berkunjung ke aktiviti Frinjan, Projek Rabak dan menonton persembahan teater Paradoks atau di Istana Budaya.

Cuma aku mahu menyudahkan kelas lesen kereta dan motor supaya mudah aku bawa emak ke sana sini, mudah aku berurusan dalam kerjaya, mudah aku melalui segala jalan yang ada dalam Malaysia.

Cuma aku mahu mendapatkan senarai gadjet yang aku idam. Mesin editing yang berjenama Apple dan aku masih keliru mahu pilih mana satu.

Dan akhirnya aku terfikir sesuatu…

Teman sepanjang hidup. Tapi mahukah aku?

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB