Friday, March 23, 2012

Kota


Melihat kota yang gah didepan mata sebenarnya buat aku kembali berfikir untuk terus berada disini atau meninggalkannya begitu saja. Kata hati ‘bukan mudah untuk berada disini, jadi fikir semasaknya sebelum memutuskan keputusan’.

Hati aku ragu tapi akal kata aku pasti. Im not belong in here. Sungguh keras aku melontarkan kata itu tapi ia bagai benar dan ikhlas. Hampir lima bulan aku di kawasan Damansara. Apa yang aku rasa hanyalah jangka masa yang cepat, padat, sesak dan lelah. Berbeza ketika di Banting, biarpun udara tak segar tapi aku masih mampu tatap permaidani langit setiap malam dan ketenangan itu milik aku.

Jika kawan mengatakan aku perlu mencari kehidupan tapi aku yakin ini bukan salah satu daripadanya. Ingin saja aku luah kata mahu pulang ke kampung di Lenggong. Ya, kawasan Hulu Perak dan pastinya jauh dari kepadatan manusia yang pelbagai niatnya. Tiba-tiba aku begitu lelah!

Nota: Aku mahu begini....nyaman...tenang....
Pasti malam ini aku tidur sambil meletakkan lengan didahi lagi…

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB