Thursday, March 22, 2012

Disappointed


Satu hari yang berlalu bukan satu perkara yang boleh diremehkan. Bermula dari awal pagi dan berakhir di lewat petang. Sekurang-kurangnya kau mengharapkan hasil yang setimpal dengan lelah keringatmu.

Untuk hari ini aku bagai sakit dengan perilaku manusia yang mementingkan diri sendiri dan memandang manusia lain sebagai perbandingan mudah untuk meneruskan hidup. Dimana letak sifat rasa bersimpati atau bertimbang rasa. Aku bukan disini meminta simpati yang cukuplah jika memahami bahawa perit seorang manusia itu harus dibalas dengan cara manusia kepada manusia bukan sebaliknya.

Bukan mudah untuk berada diatas. Lihat semua manusia yang sudah berjaya sudahlah. Tak perlu memilih yang baik atau yang buruk kesannya. Yang penting mereka tetap berusaha untuk mendapat kejayaan. Jangan kata mereka yang mencuri itu mudah untuk memilih jadi begitu. kau tak tahu betapa mereka memikirkan bagaimana cara untuk meloloskan diri jika kantoi dalam kes.

Sama seperti mereka yang lain pasti ada usaha dalam meniti tangga keatas. Tapi jika aku melihat kau kini. Sedikit kekesalan aku lahirkan ikhlas dari hati. Kau melihat kejayaan sebagai perkara yang mudah., tiada inti yang perlu kau gubah untuk menjadi indah dan memenangi manusia lain. Bagai kau desakan dan paksaan pada manusia lain itu tips untuk kau berada diatas.

Salah wahai kawan!

Kau sudah terlalu tua untuk diperbetulkan tapi aku cuma harap kau belum terlambat untuk mengenal salah dan benar kerana kau bakal memulangkan keadaan pada anak dalam keluargamu atas sikap yang kau praktikkan.

Jadi renung kembali dan segeralah memilih jalan yang benar dan kawan yang benar sebelum terlambat dan kau rugi seperti hari-hari yang berlalu…

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB