Beruntungnya
diri jika sudah dimiliki insan yang teristimewa. Aku cemburu. Bagai nak gila
satu ketika dulu bila ada saja yang bercerita mereka sudah berpunya teman
kekasih pujaan hati. Mahu menjerit-jerit aku menyanyi lagu Yuna “ini tidak
adil, tidak adil bagiku!” itupun kalau lagu itu sudah ada waktu dulu.
Note: Its just a child's love! |
Kini tika
perasaan itu hilang dibuai arus pergolakan rasa, bagai putaran roda ia kembali
pada aku dengan perasaan yang berdekad lamanya. Ya, ada aku kongsikan disini
hari itu. Tapi kini rasanya makin kalut. Aku hanya hidup seperti biasa dengan
doa akan berlalu seperti dahulu tapi salah. Ia datang dan tiada pergi.
Mana aku
mahu lari. Kian tersepit dalam balutan perasaan aku sendiri. Kian lesu memintal
kata untuk kembali tersenyum. Ah, tipu! Aku masih senyum bagai biasa malah
bertambah seri tapi ia dihalang untuk terus senyum. Sakit! Malah, agak kejam
sebenarnya.
Pergolakan
minda mungkin ada penghujungnya. Pergolakan perasaan dan hati, bersimpul mati
jika tiada yang memahami…
No comments:
Post a Comment