Sinopsis dari ITunes
Bertemakan burung Mockingjay |
THE HUNGER GAMES is directed by Gary Ross, and
produced by Nina Jacobson's Color Force in tandem with producer Jon Kilik.
Suzanne Collins' best-selling novel, the first in a trilogy published by
Scholastic that has over 16 million copies in print in the United States alone,
has developed a massive global following.
Pengarah: Gary Ross
Penulis: Gary Ross, Billy Ray, Suzanne Collins
Run Time: 142 minutes
Cast:
Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam
Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Stanley Tucci, Donald Sutherland,
Wes Bentley, Toby Jones, Amandla Stenberg, Alexander Ludwig, Isabelle Fuhrman,
Jacqueline Emerson, Paula Malcomson, Dayo Okeniyi, Jack Quaid, Leven Rambin, Willow
Shields, Lenny Kravitz
Hunger Games, sebuah filem yang layak dipanggil filem.
Berbaloi. Paling penting filem ini tak membuatkan aku rasa membazir dan sakit
hati dan kepala biar pun dapat seat 3 row paling depan dari skrin.
Apa yang aku faham pasal filem ini mengisahkan tentang Capitol,
sebuah organisasi yang agak KEJAM dalam sebuah populasi bernama Panem yang
mempunyai 12 daerah yang mewakili 12 jenis sumber utama dalam kehidupan
manusia-manusia yang tinggal di Panem.
Berlokasikan dimasa depan, Hunger Games mewujudkan 2 jurang
kelompok manusia yang bolej dikatakan sangat hebat. Kalau dilihat dari sudut
mata manusia di Panem, mereka umpama golongan paling hebat dari segala sudut.
Malah, berkebolehan membuat apa saja dengan cuma memberi arahan kepada Capitol
dan mangsanya pasti 12 Daerah tersebut.
12 Daerah-
1- Luxury
2-
Masonry
3-
Technology
4-
Fishing
5-
Power
6-
Transportation
7-
Lumber
8-
Textiles
9-
Grain
10-Livestock
11-Agriculture
12- Mining
Watak utama dalam cerita ini ialah seorang perempuan Katniss
Everdeen, remaja yang hidupnya bagai ketua keluarga melindungi ibu dan adik.
Mempunyai seorang kawan rapat lelaki, Gale Hawhorne yang sememangnya
membangkang akan pertandingan yang dinamakan Hunger Games yang diadakan oleh
Capitol.
Dalam pemilihan bagi pertandingan Hunger Games yang ke 74,
Primorse Everdeen dipilih oleh Capitol untuk mewakili District 12, namun
Katniss menawarkan diri mengganti adiknya dan menyertai permainan hidup-mati
itu.
Dipimpin oleh Haymitch Abernathy, salah seorang wakil
District 12 yang juga pernah menjadi pemenang permainan itu. Katniss dan Peeta
Mellark mewujudkan satu imej yang sangat terbaik hingga melayakkan diri mereka
disukai khalayak Capitol.
Watak sebagai kekasih yang hangat bercinta dilakonkan mereka
berdua ketika dalam permainan bagi mendapat perhatian khalayak tersebut dan
menimbulkan banyak poercanggahan minda Katniss, malah menyebabkan wujudnya
sifat rebel yang sangat besar dalam dirinya sepanjang permainan.
Katniss Everdeen |
Watak Katniss yang prihatin dan terlalu melindungi
menyebabkan dia seperti kehilangan yang amat besar ketika wakil dari District
11, Rue mati semasa menjalankan misi bersamanya. Mereka merancang untuk
membunuh wakil District 1 dan 2 yang juga menjadikan Peeta sebagai orang
suruhan dalam membunuh Katniss.
Namun, kekuatan semangat Katniss bukan sembarangan apabila
dia mampu membunuh 1 wakil District 1 dan menyelamatkan Peeta apabila Capitol
mengubah peraturan tanpa diduganya. Peluang itu diambikl oleh Katniss
mendapatkan Peeta dimana Katniss tidak mahu pulang sendirian ke District 12.
Pertarungan terakhir antara Katniss dan Peeta adalah
melibatkan Cato dari District 1 yang akhirnya mengundang kepada pertukaran
peraturan buat kali terakhir yang memaksa katniss untuk membunuh diri. Namun
rebel yang dilakukan oleh Katniss mengundang Capitol menyerah kalah dengan
menerima kemenangan mereka berdua sebagai kemenangan pasangan kekasih.
Walaupun Katniss dan Peeta diangkat sebagai pemenang namun,
Katniss kini menjadi pembangkang yang dilihat sebagai mampu membahayakan
pemimpin di Capitol.
Plot Teknik
Filem ini disusun sinematografi yang agak menarik iaitu
kebebasan kamera ditunjukkan dalam setiap plot didalam District 12 hingga ke
dalam hutan.
Setiap pergerakan Katniss ditunjukkan dengan terperinci dan
penghayatan perjalan cerita yang menarik.
Teknik suspens dan kejutan dalam cerita bukan saja menaikkan
mood penonton malah mampu memberi pemfokusan yang berterusan.
File mini mempunyai aturan perjalanan yang seimbang dimana
pelbagai emosi disatukan dalam setiap plot. Dan ini menunjukkan mereka
menjadikan ia satu filem yang sangat menarik disamping muzik sokongan yang
diberikan memberi erti yang bagus.
Kostum/Latar/Lokasi/Skrip
Aku bagi A+ untuk aspek-aspek ini dimana aku dapati ia
meninggalkan kesan teruja kepada penonton.
Keberkaitan setiap aspek membuatkan aku sendiri merasa
pemahaman berganda dari pengarah filem ini.
Recommendation: 4 ****
p/s: review ni dah berusia 3 minggu dalam arkib aku. hurm.
p/s: review ni dah berusia 3 minggu dalam arkib aku. hurm.
No comments:
Post a Comment