Wednesday, April 18, 2012

Jujur Vol 2

Sambungan cerita pasal jujur.

Kekadang kita rasa kita dah cukup jujur dengan semua orang tapi jauh dalam hati ada simpan beberapa perkara yang hanya kita saja yang tahu.

Kisah cinta kisah keluarga kisah kerja kisah kehilangan dan sebagainya.

Ada beberapa manusia saja yang kita mampu berlaku jujur kerana peristiwa lepas dan apa yang kita mampu buat ialah menjauhkan diri atau membiarkan mereka menganggap aku seadanya aku yang mereka kenali.

aku tak mahu memuaskan hati sesiapa sebab aku bukan manusia yang sempurna hingga mahu sentiasa menunduk dan menyerah aku salah dan mereka sebaik manusia.

ayat ni tak sepatutnya ditaip untuk tatapan semua tapi aku mahu beritahu kepada mereka bahawa terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan pandangan jadi salurkan ia dengan sebaiknya.

selain daripada itu, harus diingati bahawa pandangan yang negatif akan mendapat kesan yang berbeda jadi fikir dengan masak hingga hangit sebelum menyatakan pada umum. mungkin perlu dikongsi dahulu dengan manusia lain sebelum meluahkan. maka tiada permasalahan yang lain wujud dengan merebakkan virus emosi lain.

hampir 25 tahun aku dibumi Allah ini. ada pahit dan getir dan senyuman yang dilalui. tapi aku masih menyatakan aku hanya melalui kehidupan normal manusia yang dihimpit pelbagai cerita. maka kamu yang melihat aku, senyumlah juga andai aku tersenyum dan hulurkan tangan bila aku perlukan pautan disaat mahu jatuh.

jangan kau hanya meludah dan melatah dengan kata-kata manusia yang berada disekelilingku. kenali aku maka kau akan tahu betapa indah dan tingginya kamu kuangkat dalam hidupku.


p/s: manusia tidak pernah berhenti menunding selagi ada jari.

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB