Saturday, October 30, 2010

Friday, October 29, 2010

I loved interior design!

hola!
alhamdulillah...pagi tadi hujan rahmat..even agak sesat nak ke kilang ni..tapi nasib la ada mamat biker tolong tumpangkan..hehe! penat dan teruja (so xnegative okay!) bila kena berjalan selama 20minit dan naik bas 5minit kemudian berjalan lagi dalam 15 minit..baru smpai kilang..(kalau ikut tempoh masa sebenarnya..)

kerja ari ni okay jer! antara kerja yang kena buat ialah:
Note: teringin nak ada kerusi macam ni kat umah..so elegant!

1-kenalpasti terms of export
2-kenalpasti buyers dalam alibaba.com
3-tengok dan selak2 file 'new enquiry form'- kenalpasti organisasi yang nak beli barang dari company..huhu
4-kenalpasti apa itu EFE..-event best ni! international event lagi..

pepenin gak kenalpasti export term ni..tapi bes gak! bila selak tengok picture2 perabot. sangat cantik! tambahan pulak, saya sangat sukakan ID, wah! berbunga2 tengok picture produk dan yg paling bes wardrobe dia pun hebat..

elegant! luxuries! itu yg saya leh concludekan produk diorang ni!

okay2..mau terus kan kerja..actually saya fasting today! syukur dapat kerja kan.. ;)

Tuesday, October 19, 2010

Ku Ada Kamu


Note: Aku pernah dengar lagu ni dalam radio tetapi aku tak pernah tengok video klip dia lak kan..so, telek telek rini ada jumpa vc dia..masa tgk yg uniknya ada reben/kain merah dalam vc ni..cantik..tema cinta kan..at the end of vc got kain tergantung kat menara klcc tulis "SMILE cuz someone love you!" cumel!! hehe!

buku sebelah bantal- Aweks KL

Aweks KL:
Note: Berpuluh kali baca ia mampu membawa penghayatan yg berbeza..

Himpunan penulispenulis berlainan genre ceritanya. apa yang aku boleh taip. ia bagus. Ia bagus untuk aku yang baru nak buka semula. ada cerita yang aku ambil dan hadam macam buku Perempuan Simpanan. Erm..penulisan terjemahannya juga bagus seperti Terbakar dan Bodoh.

Mungkin bahasanya agak berselirat tapi aku fahami bagaimana suara mereka sebagai perempuan yang dibawah sedar atau sedar melihat dunia mereka ditindas atau kehilangannya sebuah kekuatan hingga saat terjadi suatu perkara mereka bangun untuk bertindak- Terbakar.

Bagaimana isi hati seoarang perempuan yang merasakan dia betul segalanya namun nyata dia kesunyian dan hilang punca arah yang betul dalam hidup lalu terbabas dan menemui jalan buntu tanpa sebarang pertolongan dan pemahaman- Bodoh.

Aku suka penulisan W.Ahmad Kahar W.Jasni, Kisah dua wanita yg sememangnya realiti hidup berhubungan, "engkau datang, engkau pergi". kasih datang kasih pergi ...

maaf aku tak dapat taip lagi yg lain...cuma aku nak taip: buku ini bagus.

Saturday, October 16, 2010

buku sebelah bantal- Perempuan Simpanan

hola!
Buku sebelah bantal kali ini Perempuan Simpanan dipersembahkan oleh Sindiket Sol-jah, buku dah lama tapi aku baru habis baca. Kamsahamnida to Mr. Kelambu. Buku tajaan dari koleksi dia.

Perempuan Simpanan:
Note: ini buku yang di-salah-faham-kan oleh minah-melayu-bertudung semalam.

Ku kira ia antologi-lah daripada 10 penulis. Himpunan tulisan kata yang boleh aku suka fikir-simpan-kata-telus-telek-berfantasi-hadam-'noted'-susun-tawa dengan sebaik mungkin.

Paling aku suka fikir tulisan Wani Ardy
Paling aku suka simpan tulisan Wahida Rahim
Paling aku suka kata caya-lah tulisan Dila Raden
Paling aku suka telus tulisan Alina
Paling aku suka telek tulisan Mimi Halim
Paling aku suka berfantasi tulisan Anak Mat Nor
Paling aku suka hadam tulisan Alimi
Paling aku suka 'noted' tulsan Cik Daun
Paling aku suka susun tulisan Nida
Paling aku suka tawa tulisan Azie

marahkan nyamuk kelambu dibakar: ilmu cetek akal sejengkal

Assalamualaikum
tak terfikir lagi mahu taip review pasal Perempuan Simpanan. cuma boleh kata aku teringat mereka di kampung dan arwah kala baca tulisan Amili mengenai AYAH.

Maghrib tadi, aku sedar terkadang kalau kita ikut sangat hati yang panas memang naya orang sekeliling. dari lawak boleh jadi amarah! maaf buat 'Sesuci Umayrah' tak pepasal aku 'ternaik' darah kat dia. adoyai! malu pada manusia ni. dah la dia bukan jenis suka sakitkan hati orang.

nasib la akal aku mendahului emosi semula, dapat la juga aku turun sekali lepak minum dan yang penting ucap maaf: aku sengih bila nmpk dia senyum! alhamdulillah. :)

bila dah lepak mapley: depan mata pula skrin putih tayang program berita utama: isu bajet 2011, paling kurang hal negara hal hidup hal tol hal duit hal bla bla bla bla......diperbincangkan....

Note: teringat ada baca blog bebaru ni isu- lestari alam sekitar atau lestari janakuasa nuklear..ho9 bajet 2011~

aku malu- dua kali dah ni!- bila aku sedar ada cetek banyak pasal hal negara dalam otak aku. -bak kata: ilmu aku tak penuh didada- nak bahas pun agak kureng-

apa mau jadi la ni? aku kena gerak cari bahan bacaan macam ni kalau tak naya sangat la ketinggalan banyak benda- nak p interview orang tnya hal isu semasa boleh nyawa-nyawa ikan nih!

salah aku atau salah kulit buku?

Hola!

Tahu kan hari ini aku naiki KTM dari Serdang ke Sentul? Tahu juga aku dah baca buku-buku jana akal?

Masa balik, mungkin aku ni kalau dapat buku, mata dah tak pandang orang keliling kecuali kalau jalan ada lobang dan longkang aku boleh elak lagi..

Satu minah pandang pelik lagak aku buat jenayah! aku pandang kembali wajah dia- ini cerita dalam KTM ke Putra dari Sentul. Aku syak minah ni usyar aku after aku rasa macam ada mata pandang aku (yg ni aku mmg hebat teka, instinct xkalah langsung!)

Dia tgk muka aku- aku tgk muka dia. aku senyum tapi dia pandang lain. - panas membakar aku! perempuan melayu bertudung- aku senyum dia boleh paling? aku salah apa?

Ada rasa lagi dia pandang: aku pandang balik la! pastu dia pandang buku aku ditangan. cess! aku lupa tajuk buku aku terpampang tulis PEREMPUAN SIMPANAN!

p/s: aku plak boleh baca buku tu gelak tak ingat! (kelakar bila smpai part tulisan Azie- Menu Baru di McD..)

This is HOME

This is Home- Switchfoot

I've got my memories
Always
Inside of me
But I can't go back
Back to how it was
I believe you now
I've come too far
No I can't go back
Back to how it was
Created for a place
I've never known

Chorus:
This is home
Now I'm finally
Where I belong
Where I belong
Yeah, this is home
I've been searching
For a place of my own
Now I've found it
Maybe this is home
Yeah, this is home

Belief over misery
I've seen the enemy
And I won't go back

Back to how it was
And I got my heart
Set on
What happens next
I got my eyes wide
It's not over yet
We are miracles
And we're not alone

And now after all
My searching
After all my questions
I'm gonna call it home
I got a brand new mindset
I can finally see
The sunset
I'm gonna call it home

Friday, October 15, 2010

buku sebelah bantal- SAMAN-Ayu Utami

Semalam, Khamis malam Jumaat. Aku selesai baca SAMAN oleh Ayu Utami.
Apa yang aku tertarik pada buku ini lebih dua tahun lalu? Ia dibaca oleh seorang lelaki yang kerjanya cuma buruh kasar dan keralitan pembacaan di pondok bas buat aku tertanya apakah yang bertaip didalamnya.

hari itu, aku lihat ia diatas meja manusia dalam pejabat. lantas aku kata, aku mahu pinjam buat pembacaan membetulkan kepala otak yang membeku dah ber'zaman' tak diservis - Sungguh! sel otak aku hanya dibanjiri bacaan penulisan blog dan jurnal ilmiah yang berbagai porak persepsi tak telan dengan hidup aku!

lalu SAMAN muncul dan wujud bukannya kebetulan dalam pertemuan: ia wujud kerana dah Tuhan tentukan aku wajib membacanya!

SAMAN oleh Ayu Utami:

Note: Kulit buku: Dia seperti menuliskan sesuatu, Agus Suwage

Apa yang ingin aku taip ini mungkin menjadi titik tolak dan terima manusia lain pada aku. tapi kenyataan aku rasional ketika ini malah waras dan senyum aku juga ikhlas!

Dipermulaan pembacaan aku membaca review manusia lain diatas kertas cetak yang kian suram dan kesat. dari tiada nombor muka surat sampai kulit buku yang berbalut plastik elok aku tatap, baca dan memahami. habis semua aku kunyah.

memang ya! ia bagai magnet yang menarik aku merungkai selirat dalam sel akal sebebasnya!

empat watak utamanya perempuan mengapit seorang lelaki yang 'bebas' pemikiran' dan 'keinginan'nya. Antara laila, Cok, Shakuntala dan Yasmin: aku berkira-kira siapa yang lahir bagai dari tulang belulang aku?

nyata mereka ada disetiap pembuluh darah dan nyata juga aku tak mungkin jadi Yasmin yang dihujung cerita- menginginkan kepuasan yang nyata tiada jawapan.

akankah ku jumpa seorang Saman dalam hidup aku? aku kira jangan!

Aku telus dan bagai tranperensi apabila menerima patah kata baca dalam SAMAN, tentang budaya, agama, hidup, seks, persepsi akal dan permasalahan konflik yang nyata aku sendiri tak pernah jangka akan membacanya dari sebuah buku yang bercetak 200 muka surat cerita!

bagai mahu menuju ke Gramedia di Mines Mall malam tadi juga! mencari naskah sendiri dan boleh aku ulang baca berjuta kali. bukan kerana taksub tetapi mahu memahami patah erti yang aku sendiri perlu waktu untuk mamah dan hadam! ketahuilah aku perlukan putaran persepsi kala ini. mencari pandangan dunia yang aku sendiri tak pernah nak tahu kala dahulu.

Disebalik cerita aku tinggalkan laila, perempuan yang aku rasa keanakkannya menyerlah dari apa yang dia ahukan. dia punya keinginan tapi dia takut dalam mencapainya kerana dia tahu keinginannya 'berdosa' dan akan membuat dia terluka bukan sekali tetapi selalu!

aku tinggalkan sihar, lelaki yang kononya perfek! tapi pada dasarnya dia juga keliru dengan kepuasan yang dia mahu 'carik' dari satu manusia yang dia tak sanggup lukakan. kerana dia sedar kenyataan hidup atad dunia yang kalau yang dosa itu tetap dosa dan tiada siapa mahu tolong berkatkan!

aku tinggalkan Cok dan Yasmin, perempuan yang agak sempurna kisah latar hidup. titik luka tidak memberi kesan apa! keinginan dan kepuasan akan bersatu kerana mereka mampu mendapatkannya. kata aku: walaupun ada salah dalam permintaan- tapi ia tetap dicapai.

oh ya! aku juga mahu tinggalkan Saman atau Wis nama sebenarnya yang dulunya pastor tetapi akhirnya mengakui keindahan wujud antara lelaki dan perempuan dan tiada penafian nafsu disitu! mungkin dia bebas berfikir dan garis hidup yang aku rasa unik! imajinasi yang aku rasa tiada batasan langsung dalam memahami jalan hitam dan putihnya. cuma aku langsung mahu jauh dari watak ini kerana tarikannya sangat kuat! sekuat keinginan mahu memiliki dalam tujuh kali lapis langit yang diatas dan tujuh kali lapis bumi dibawah!

aku cuma ambil Shakuntala: (first name: Shakun family name: Tala) seperti mana aku yang sememangnya ada sedikit keinginan yang sama disitu: tidak melibatkan nama manusia lain dalam titik langsung hidup mendatang!

aku suka ayat yang ditaip Ayu tentang pendirian Tala:
Pertama: hanya lelaki yang boleh menghampiri perempuan. Perempuan yang mengejarngejar lelaki pastilah sundal!

Kedua: Perempuan akan memberikan tubuhnya pada lelaki yang pantas, dan lelaki itu akan menghidupinya dengan hartanya. Itu dinamakan perkahwinan.

"Kelak, ketika dewasa, aku mengangapnya persundalan yang hipokrit!"

Aku tak membenarkan persepsi Tala yang sangat membenci ayahnya. tapi ada benar kenyataan disitu. dan aku akui kalau aku taip aku juga terkadang pernah terfikir jika kelahiranku menyakitkan kedua orang tua ku dan insan lain yang sedarah denganku mengapa aku wujud?

lalu ada kata nipis dalam hati: engkau lahir satu anugerah yang tuhan jadikan buat tambah lagi keindahan dalam bumi tuhan. walau pahit tapi ia satu kesyukuran kerana akalmu yang tuhan berikan bakal hidupkan sesuatu yang betul dan benar walau sakit dan keji diterima orang lain!

jadi aku terima kata nipis itu. dan kini aku teruskan dan terus senyum. jadi Tala, ada sikit yang aku benarkan kamu ada sikit yang aku betulkan kebenaran itu ikut fahaman aku.

dan aku juga benarkan sesuatu: memang ada perkara yang salah kita tahu ia dosa, tapi keinginan terkadang menerobos melaluinya dan mencapai kepuasan walau ada sesal dipenghujung cerita!

dan itu lah SAMAN oleh Ayu Utami berdasarkan akal yang aku baru buka setengah inci selepasnya menemuinya.
wallahulam.

Permulaan yang baik!

Afternoon! Assalamualaikum.

Hari ini baik! alhamdulillah. even pg td mcm agak kacau.
i-penyelia praktikum aku terima report tapi dia nak check dulu. ahad baru feedback
ii- aku naik ktm dr serdang ke sentul, save rm1.40 okay lah. new journey!

buku SAMAN by Ayu Utami dah hbs baca: now tgah baca PEREMPUAN SIMPANAN by Sindiket Sol-jah
semua buku ditaja oleh encik Kelambu. thanks om!

nanti mau review sikit pasal SAMAN..tggu..quote bes!
>>It is better to light the candle than just to curse the darkness

Wednesday, October 13, 2010

Married Life - Carl & Ellie by Michael Giacchino (Up's Soundtrack)



Note: Filem Up- filem animasi yang menyentuh perasaan. Masa aku tengok billboard promo filem ni dengan belon yg berwarna warni, budak gemuk pakai uniform(scout maybe) aku rasa terpesona sangat! he's cute! adorable! bila dengar soundtrack yg sangat best! (haha..aku bg 10 bintang terlebey sama ini filem!) aku nak sangat tengok, tetapi..apakan daya..aku asyik berulang ke KL-Kedah masa tu. jadi, sampai sekarang aku tak ada peluang nak capai impian nonton sama ini filem. hurm...cari dvd yok!

Trailer Filem Magika



Note: aku nak sangat tengok filem ni since aku tgk preview dekat finas awal tahun ritu..dan lihat si DD ni depan mata kan..tapi aku terfikir la..'terfikir' kalau lah aku p tengok sensorang akan rasa sunyi tak? jujur la..aku agak 'ter'kecik hati cuz 'ditinggalkan' oleh mereka yg dah menonton filem ini. haha! ayat aku agak kureng tapi kenyataan. har9

Pujaan Malaya- Adzrin Adzhar


Note: bukan senang lagu bahasa melayu nak 'menang' kat telinga aku bila first time aku dengar, terutama macam lagu yang baru nak keluar radio. so, kredit la to mek Adzrin Adzhar ni. lagu yang aku rasa style gtu. loved retro!!XD

Kekanda Adinda- MonoloQue & Atilia


Note: yer! aku giler sama lagulagu MonoloQue sama ngan geng2 pantai timur aku. bila dengar lagu ni mek Atilia lak nyanyi, wah3! lagi saya lagi giler nak dengar. har9

Misteri Cinta- Sohaimi Meor Hassan


Note: aku klikklik pages mukabuku akak satu office ngan aku, jumpa link lagu ni. Layan! lirik bagus kot! ;)

Epilog cinta dari bromley- Sohaimi Mior Hassan


Note: ni lagu yang aku nak jadi latar entry aku tadi. layan sesama yer!

Kalau Berpacaran - Ana Raffali Sohaimi ft. Sohaimi Mior Hassan & Altimet


Note: lagu ni aku dengar before nak taip story Ana untuk edisi yang lepas, serius! ada tarikan lirik dan suara disitu. Aku gemar dengar cuz suara Altimet jadi suara 'ketiga' yang maybe manusia xboleh dengar secara realitinya. menarik!

Akan ku Jumpa- Azfar



Note: lagu ni wajib dengar- kata Azma pada aku masa aku interview dia before raya dulu. memang bagus dan aku tahu ia sangat bermakna. bukan saja untuk aku tapi kepada semua. 

Epilog cinta dari Bromley

hola!
aku jumpa ayat ni dalam facebook kawan jepoon aku. its nice to share, dengan lagu latar dari suara pujangga cinta agung (bagi aku lah!) bro Sohaimi Mior Hassan

Note: layan lagu Ana Raffali dan bro Sohaimi Mior Hassan-Kalau berpacaran- Rasa macam dengar suara Broery Marantika je ngan Sharifah Aini..ahaks!


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

Friday, October 1, 2010

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu


Niat mahu berkongsi, cerita tak semengah..tips atau tanda yang mungkin ya atau tidak kerana yang dah ditentukan itu sememangnya diluar jangkaan kita yang lemah..


This article also from Rahsia Kehidupan 

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
 Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Saya CINTA awak?

Assalamualaikum..got an article to share by MUZRI. He post this in http://www.esempoi.com/artikel/tips-cinta/22-ciri-orang-mencintai-kamu/ on 15, Oct 2008

Well, hati aku pun memang tengah 'terbangangbangang' kan..so, layan jelah..

22 Ciri Orang Mencintai Kamu
by MUZRI on OCTOBER 15, 2008

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB