Thursday, November 12, 2009

hujan + hujan + hujan + hujan = banjir,,,,,,,


Assalamualaikum..

Mengejutkan bila semalam mak call bagitahu yang kawasan rumah aku naik air. Rumah aku yang sangat lah tinggi (tinggi ke? tinggilah dari kawasan rumah mak cik aku) dah ditenggelamai air...Sian pada mak aku yang tak dapat pergi kerja. Aish!

Area Kedah ni pun ada yang dah ditenggelami air. Aku baca paper semalam, kawasan Jitra dah naik air. Kawasan rumah kawan aku area Kedah ni gak pun air dah naik. Aish! Sian la..

Paling best mak aku bagitahu yang bila air naik, bekalan air gak terputus. Ada satu kawasan bekalan air nya pecah. Paip air kot. So, air pun tak ada. Macam- macam la.

Mak bagitahu, semua orang kat Taman tu tinggal di kawasan dewan, tapi dewan pun masuk air. terpaksa la tidur ramai- ramai atas stage dewan. Nasib la stage dewan kat Taman aku tu besar.

Paling kesian, budak- budak kecil la yang tak paham apa yang berlaku asyik nangis ajer. mak kata kesian tengok. Sejuk dengan tak cukup selimut. Mak ada gak bagi selimut dan bantal pada kawan- kawan dia. Tapi nak bantu semua memang tak mampu la.

So, doa- doa la hujan akan berhenti dan cerah semula. Amin.

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB