Wednesday, November 10, 2010

buku sebelah bantal- Baju Pengantin Mak Andam

Note: Kalau cinta ucap saja!


        Baju Pengantin Mak Andam
Oleh: Areila Sahimi
Kaki Novel Enterprise (2009)

Quote:
“walau yang berbeza dan pelik itu nyata, tapi yang berbunga tersirat dalam hati perlu juga dinyatakan.”

Intro:
Perkara yang tak nak dibuat itu-lah yang mengubah jalan hidup kita dimasa hadapan.

Plot:
Aleeya jumpa Zain masa jadi Mak Andam. Cinta Zain adalah cinta pandang pertama. Bukan senang nak dapat tapi bila dah nak dapat Zain pula yang tak nampak!

Bukan salah Aleeya kalau dia macam fobia nak percayakan lelaki yang macam suka buat macam-macam yang unexpected kat dalam hidup dia kan? So, normal-lah kan! Zain tanpa duga jadi best buddy Aleeya dan dia berjaya dekat dan fahami Aleeya.

Aku suka watak Aleeya, cuz dia suka ikut apa kata hati dia dan sungguh dia bukan yang hipokrit dalam memberitahu apa yang dia rasa. Aku rindu nak lepak mamak bila baca novel ni! Rindu teh ais dengan milo ais! Rindu capati dan tosei! Aish!

Konflik:
Bila Zain rasa cinta Aleeya pada Cikgu Azizulnya itu masih ada, padahal dia silap jadi Aleeya bawa diri.

Akhir:
Tak sangka pula setelah beberapa tahun, akhirnya Zain dapat cari Aleeya setelah memahami yang Aleeya ikhlas terima cintanya. Then, diorang kawin- the end!

Watak lain:
Watak kawan serumah Aleeya, family Zain and Aleeya, geng Andaman, bff Zain and his fiancé, watak cikgu Azizul yang macam okay-tak okay-okay, half anta half prota.

Komen aku pasal kulit buku:
Aku suka! Erm..6 bintang! Dan aku suka quote zain dan Aleeya dijadikan muka depan novel ni!

Pengajaran yang aku dapat:
Jangan mudah salah faham, fikir negatif. Tak elok!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB