Thursday, February 3, 2011

Sebulan Satu Buku

Assalamualaikum.

Bak kata ayah pergi la angah jauh kemana pun jangan lupa tanggungjawab sebagai anak, umat Islam dan paling penting jangan ketinggalan 'zaman'.

haha! insyaALLAH aku tak lupa, walaupun ada kadang aku 'ter'lupa. Ampun!

Maka: aku ada buat perhitungan dengan diri sendiri. Jika gajiku itu ingin ada nampak berbaloinya, hendaklah aku berjihad akan gajiku dijalan benar juga. Alhamdulillah aku jalankan tanggungjawab dengan baik. Untuk lebih baik aku merancang untuk sebulan satu buku. Buku apa pun tak mengapa janji ia bagi ilmu dan aku 'tidak ketinggalan zaman'!

Mungkin aku lebih dengan PTS Litera sebab kebanyakkan buku yang ada dikedai buku kawasan aku ini lebih kepada penerbitan mereka. Tak mengapa aku ada belek-belek Kedai Buku: memandangkan aku adalah pembeli online tegar makanya tiada masalah bagiku untuk membeli! haha!

jom layan!

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB