Wednesday, April 18, 2012

The Hunger Games Review

Sinopsis dari ITunes

Bertemakan burung Mockingjay
Every year in the ruins of what was once North America, the evil Capitol of the nation of Panem forces each of its twelve districts to send a teenage boy and girl to compete in the Hunger Games. A twisted punishment for a past uprising and an ongoing government intimidation tactic, The Hunger Games are a nationally televised event in which "Tributes" must fight with one another until one survivor remains. Pitted against highly-trained Tributes who have prepared for these Games their entire lives, Katniss is forced to rely upon her sharp instincts as well as the mentorship of drunken former victor Haymitch Abernathy. If she's ever to return home to District 12, Katniss must make impossible choices in the arena that weigh survival against humanity and life against love.

THE HUNGER GAMES is directed by Gary Ross, and produced by Nina Jacobson's Color Force in tandem with producer Jon Kilik. Suzanne Collins' best-selling novel, the first in a trilogy published by Scholastic that has over 16 million copies in print in the United States alone, has developed a massive global following.

Pengarah: Gary Ross
Penulis: Gary Ross, Billy Ray, Suzanne Collins
Run Time: 142 minutes
Cast:
Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Stanley Tucci, Donald Sutherland, Wes Bentley, Toby Jones, Amandla Stenberg, Alexander Ludwig, Isabelle Fuhrman, Jacqueline Emerson, Paula Malcomson, Dayo Okeniyi, Jack Quaid, Leven Rambin, Willow Shields, Lenny Kravitz

District 12
Hunger Games- Ikut Review kepala aku.

Hunger Games, sebuah filem yang layak dipanggil filem. Berbaloi. Paling penting filem ini tak membuatkan aku rasa membazir dan sakit hati dan kepala biar pun dapat seat 3 row paling depan dari skrin.

Apa yang aku faham pasal filem ini mengisahkan tentang Capitol, sebuah organisasi yang agak KEJAM dalam sebuah populasi bernama Panem yang mempunyai 12 daerah yang mewakili 12 jenis sumber utama dalam kehidupan manusia-manusia yang tinggal di Panem.

Berlokasikan dimasa depan, Hunger Games mewujudkan 2 jurang kelompok manusia yang bolej dikatakan sangat hebat. Kalau dilihat dari sudut mata manusia di Panem, mereka umpama golongan paling hebat dari segala sudut. Malah, berkebolehan membuat apa saja dengan cuma memberi arahan kepada Capitol dan mangsanya pasti 12 Daerah tersebut.

12 Daerah-
1-  Luxury
2-    Masonry
3-    Technology
4-    Fishing
5-    Power
6-    Transportation
7-    Lumber
8-    Textiles
9-    Grain
10-Livestock
11-Agriculture
12- Mining

Watak utama dalam cerita ini ialah seorang perempuan Katniss Everdeen, remaja yang hidupnya bagai ketua keluarga melindungi ibu dan adik. Mempunyai seorang kawan rapat lelaki, Gale Hawhorne yang sememangnya membangkang akan pertandingan yang dinamakan Hunger Games yang diadakan oleh Capitol.

Dalam pemilihan bagi pertandingan Hunger Games yang ke 74, Primorse Everdeen dipilih oleh Capitol untuk mewakili District 12, namun Katniss menawarkan diri mengganti adiknya dan menyertai permainan hidup-mati itu.

Dipimpin oleh Haymitch Abernathy, salah seorang wakil District 12 yang juga pernah menjadi pemenang permainan itu. Katniss dan Peeta Mellark mewujudkan satu imej yang sangat terbaik hingga melayakkan diri mereka disukai khalayak Capitol.

Watak sebagai kekasih yang hangat bercinta dilakonkan mereka berdua ketika dalam permainan bagi mendapat perhatian khalayak tersebut dan menimbulkan banyak poercanggahan minda Katniss, malah menyebabkan wujudnya sifat rebel yang sangat besar dalam dirinya sepanjang permainan.

Katniss Everdeen
Watak Katniss yang prihatin dan terlalu melindungi menyebabkan dia seperti kehilangan yang amat besar ketika wakil dari District 11, Rue mati semasa menjalankan misi bersamanya. Mereka merancang untuk membunuh wakil District 1 dan 2 yang juga menjadikan Peeta sebagai orang suruhan dalam membunuh Katniss.

Namun, kekuatan semangat Katniss bukan sembarangan apabila dia mampu membunuh 1 wakil District 1 dan menyelamatkan Peeta apabila Capitol mengubah peraturan tanpa diduganya. Peluang itu diambikl oleh Katniss mendapatkan Peeta dimana Katniss tidak mahu pulang sendirian ke District 12.

Pertarungan terakhir antara Katniss dan Peeta adalah melibatkan Cato dari District 1 yang akhirnya mengundang kepada pertukaran peraturan buat kali terakhir yang memaksa katniss untuk membunuh diri. Namun rebel yang dilakukan oleh Katniss mengundang Capitol menyerah kalah dengan menerima kemenangan mereka berdua sebagai kemenangan pasangan kekasih.

Walaupun Katniss dan Peeta diangkat sebagai pemenang namun, Katniss kini menjadi pembangkang yang dilihat sebagai mampu membahayakan pemimpin di Capitol.

Plot Teknik

Filem ini disusun sinematografi yang agak menarik iaitu kebebasan kamera ditunjukkan dalam setiap plot didalam District 12 hingga ke dalam hutan.

Setiap pergerakan Katniss ditunjukkan dengan terperinci dan penghayatan perjalan cerita yang menarik.

Teknik suspens dan kejutan dalam cerita bukan saja menaikkan mood penonton malah mampu memberi pemfokusan yang berterusan.

File mini mempunyai aturan perjalanan yang seimbang dimana pelbagai emosi disatukan dalam setiap plot. Dan ini menunjukkan mereka menjadikan ia satu filem yang sangat menarik disamping muzik sokongan yang diberikan memberi erti yang bagus.

Kostum/Latar/Lokasi/Skrip

Aku bagi A+ untuk aspek-aspek ini dimana aku dapati ia meninggalkan kesan teruja kepada penonton.

Keberkaitan setiap aspek membuatkan aku sendiri merasa pemahaman berganda dari pengarah filem ini.

Recommendation: 4 ****


p/s: review ni dah berusia 3 minggu dalam arkib aku. hurm.

No comments:

Post a Comment

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB