Tuesday, March 27, 2012

Challenge


My heart beats so fast. Is it because of him? Is it because of other thing? Well, I’m afraid if I’m making wrong decision. As I can see everything will turn out badly if my word manipulate by them during the meeting.

I’m not complicated person if they didn’t mess around. I’m trying to be the easiest person among them who always change their view as they wishes. But this time I can’t stand of what they did.

I keep questioning why I should keep this boundary safe if they do want to act professional? This is not my first time working under a company. I had faces different kind of people before I came here. So, why I want to keep them on their feet if I can shake them off?

Well, the answer is it because I don’t want to be like them. It is better to act professional in front of dumb people than act same like them with questioning the same issue unfinished.

So, I take this challenge to confront with them and my instinct says everything will going right if I believe to myself and think wise talk smart.

And to him, thank you. You always knew me better. 

Monday, March 26, 2012

Perasaan

Beruntungnya diri jika sudah dimiliki insan yang teristimewa. Aku cemburu. Bagai nak gila satu ketika dulu bila ada saja yang bercerita mereka sudah berpunya teman kekasih pujaan hati. Mahu menjerit-jerit aku menyanyi lagu Yuna “ini tidak adil, tidak adil bagiku!” itupun kalau lagu itu sudah ada waktu dulu. 

Note: Its just a child's love!
Kini tika perasaan itu hilang dibuai arus pergolakan rasa, bagai putaran roda ia kembali pada aku dengan perasaan yang berdekad lamanya. Ya, ada aku kongsikan disini hari itu. Tapi kini rasanya makin kalut. Aku hanya hidup seperti biasa dengan doa akan berlalu seperti dahulu tapi salah. Ia datang dan tiada pergi. 

Mana aku mahu lari. Kian tersepit dalam balutan perasaan aku sendiri. Kian lesu memintal kata untuk kembali tersenyum. Ah, tipu! Aku masih senyum bagai biasa malah bertambah seri tapi ia dihalang untuk terus senyum. Sakit! Malah, agak kejam sebenarnya. 

Pergolakan minda mungkin ada penghujungnya. Pergolakan perasaan dan hati, bersimpul mati jika tiada yang memahami…

My Generation..


Primary School..
How you want to describe it?

1-School assembly?
2-Friends?
3-Games?
4-School Sports's Day?

etc.

well, this video made by JinnyBoyTV summarize my childhood day in school..
 share this if you also have the same moment!


Saturday, March 24, 2012

Wake UP Sid! - Review

Wake Up Sid - Hindustan's Film

Nota: Sid...
Filem ni aku tonton beberapa hari lepas. Aku tak berapa tahu latar pembikinannya. Jadi aku google. Korang boleh baca disini. Wake Up Sid! Bagi aku Karan Johar tak kan buat filem yang merugikan. Jadi berbaloi untuk aku buang 2 jam memahami cerita ini.

Review aku-

Apa yang kita mahu dalam hidup? Bebas atau berdikari? mana lagi bermakna. kadang-kadang kita tak nampak apa yang didepan mata selagi tiada yang menampakkannya. tapi percayalah kita nampak cuma tiada keberanian untuk menampakkannya sebagai wujud. jadi hanya perlu fahami perlahan-lahan dan InsyaALLAH ia akan menjadi baik. Kerana yang baik selalunya diikuti suspens.

1- Watak-
Siddarth & Aisha- a good combination, berbeda watak dan ambition malah kehidupan. Asas pertembungan dua manusia ini ialah mencari inti hidup. Aisha mahu bebas, dan hidup lebih matang dengan usaha sendiri. Siddarth a.k.a Sid hanya lelaki biasa, bari habis belajar atau bahasa paling mudah baru kenal dunia. Jadi masing-masing melengkapi kekurangan dan kelebihan dan membuka mata masing-masing dengan apa yang mereka lalui.

2-Watak Tambahan-
Parent Sid, kawan bapak Sid, kawan-kawan Sid. Semua menjalankan watak dengan bagus dan setiap mereka bersangkutan dengan baik. tiada lohong untuk mengatakan mereka wujud sebagai pak pacak.

3-Props/Lokasi
hebat, santai, aku paling suka pejabat Mumbai Beat. Memang santai dan sesuai.

4-Muzik
Ini filem yang aku tonton kurang menari. Rare! tapi unik. ada ost yang aku rasa syahdu. haha!

5-Skrip
Meaningful! Ia tonjolkan dunia sebenar bukan stereotaip yang melampau.

Nota: Sangat enjoy!

Inspirasi


Inspirasi. Satu perkataan yang definisinya positif. Ya. Aku mempunyai seorang pencetus inspirasi. Tapi aku rasa masih kabur. Apa benar dia atau orang lain.

Itu tak penting sebenarnya. Yang penting aku tahu dia ada dalam hidup aku, dan nyatanya dia bukan saja sumber aku mendapat idea bernas tapi penyebab aku berhenti mencari pasangan hidup. Macam pelik tapi ikhlas aku bagai hilang semangat untuk mencari pasangan hidup.

Biarpun aku dulu bagai setiap hari mengeluh bila tarikh dan masa untuk bertemu manusia yang satu tapi akhirnya tiba-tiba aku hilang rasa.

Dan beberapa hari lepas aku kembali pada memori yang lama dan kini hampir 2 dekad aku menyimpan rasa. Ya, aku kenali dia sejak kecil dan aku fikir kali ini aku perlu ambik berat pelbagai perkara sebelum mengatakan dengan gah bahawa dia yang aku perlu atau apa saja yang berkaitan dengan perasaan. Kerana aku bakal masuk kedalam gaung dengan pertolongan diri sendiri.

Kata kawan ‘kita perlu lawan untuk mendapatkan kebahagiaan’ tapi aku pilih untuk berdiam diri andai kebahagiaan itu lagi bermakna bila aku memahami manusia lain juga punya rencana sendiri.

Ini lebih matang!

Friday, March 23, 2012

Peluang


Aku hanya berkongsi satu cerita yang mungkin insan lain turut kongsikan. Biarpun ini bukan cerita aku. Tapi jujur aku takut jika ini terjadi dan menghanyutkan segala apa yang aku kecapi dalam hidup. 

Maka, peluang untuk meneruskan hidup di jalan yang benar masih ada. 

Seperti aku, seperti insan lain yang masih mencari. Janji pada diri untuk memilih yang terbaik dan berlaku adil pada diri sendiri.

InsyaALLAH

Amin.

Cuma aku mahu...


Hanya melihat sebuah filem Hindustan aku bagai terbang mencari hala tuju keinginan hidup. Kebebasan? Adakah itu aku inginkan? Atau hanya sebuah ketenangan? Atau juga kejayaan yang berganda?

Aku tak pasti dengan keinginan aku.

Cuma aku mahu sebuah kerjaya yang sederhana yang mampu buat aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia, anak, kakak dan adik malah umat Islam dan rakyat Malaysia yang baik. Ya aku perlu melunaskan hutang.

Cuma aku mahu sebuah tempat tinggal yang sederhana yang aku dapatkan sendiri dan dihiasi indah seperti iklan IKEA dan selesa didiami aku dan mereka yang lain bila bertandang dikala kelapangan.

Cuma aku mahu sedikit perhatian diberikan kepada diri untuk menjadi lebih baik dan berpenampilan selesa dan menyenangkan mereka yang memandang.

Nota: Aku mahu kesini...
Cuma aku mahu meluangkan masa pada setiap kegemaranku seperti berlari dipantai, melihat langit jingga petang dan pagi, mengalun lagu karya sendiri petikan gitar dan ketukan piano yang dimainkan sendiri, dan menyudahkan cerpen dan novel yang terbengkalai bertahun sudah.

Cuma aku mahu keluar mengisi waktu hujung minggu dengan keluarga atau bersama teman di bistro melayan live band atau bacaan puisi mereka yang hebat, berkunjung ke aktiviti Frinjan, Projek Rabak dan menonton persembahan teater Paradoks atau di Istana Budaya.

Cuma aku mahu menyudahkan kelas lesen kereta dan motor supaya mudah aku bawa emak ke sana sini, mudah aku berurusan dalam kerjaya, mudah aku melalui segala jalan yang ada dalam Malaysia.

Cuma aku mahu mendapatkan senarai gadjet yang aku idam. Mesin editing yang berjenama Apple dan aku masih keliru mahu pilih mana satu.

Dan akhirnya aku terfikir sesuatu…

Teman sepanjang hidup. Tapi mahukah aku?

Dreamt


A few days ago, I dreamt about a diva who is very talented and lucky as she married with a man that so cool. Her life is really great and wonderful as a fairy tale. Hell yeah I really hate to write something fancy and too beautiful but then that’s her life. So its so grateful to be her.

Well, talking bout the dream. We sat on a small pondok at the paddy field. Its one of the Ombak Rindu scene which she is one of the actress. So, in my dream she talking bout Love. How I want to get a Love.
Seriously creepy but it’s a dream and her word is so real.

Why you want to be love? Because you want to share your love. Its normal, so no need to be exaggerate but the main question is how you want to find it or are you sure to find it.

Nota: ini scene mimpi aku..
So this is the limitation of love. We don’t need to wish something extra ordinary to happy. To have fun with our life. Be predictable as we can get more happiness from everyone. Even we want to be the best among the greatest but we shall see what we have in our life that we capable of and what we should be and what is written for us.

So, be able to accept the ordinary and be able to live in ordinary. So as she said we don’t have to be special to get special. We just have to be us and we can get more that we expected.

Second, we just love ourselves and later on someone will appear and show us what love mean and never regret if they just came and gone as they showed the difference of life in different way of views.

Third, always be grateful with what you have and someone will be so grateful to have you in their lives too. So the love is spreading starting by yourself.

A dream is just a dream and she gone as everyone. Maybe im too tired asking why she got something so beautiful and extra ordinary. then the answer came to me in different way.

But all she said is reality. So be reality as Im going to move forward and never look back cuz im not going to take the same path as before.

See me as I’m going to explode the love to everyone!

Kota


Melihat kota yang gah didepan mata sebenarnya buat aku kembali berfikir untuk terus berada disini atau meninggalkannya begitu saja. Kata hati ‘bukan mudah untuk berada disini, jadi fikir semasaknya sebelum memutuskan keputusan’.

Hati aku ragu tapi akal kata aku pasti. Im not belong in here. Sungguh keras aku melontarkan kata itu tapi ia bagai benar dan ikhlas. Hampir lima bulan aku di kawasan Damansara. Apa yang aku rasa hanyalah jangka masa yang cepat, padat, sesak dan lelah. Berbeza ketika di Banting, biarpun udara tak segar tapi aku masih mampu tatap permaidani langit setiap malam dan ketenangan itu milik aku.

Jika kawan mengatakan aku perlu mencari kehidupan tapi aku yakin ini bukan salah satu daripadanya. Ingin saja aku luah kata mahu pulang ke kampung di Lenggong. Ya, kawasan Hulu Perak dan pastinya jauh dari kepadatan manusia yang pelbagai niatnya. Tiba-tiba aku begitu lelah!

Nota: Aku mahu begini....nyaman...tenang....
Pasti malam ini aku tidur sambil meletakkan lengan didahi lagi…

Thursday, March 22, 2012

Disappointed


Satu hari yang berlalu bukan satu perkara yang boleh diremehkan. Bermula dari awal pagi dan berakhir di lewat petang. Sekurang-kurangnya kau mengharapkan hasil yang setimpal dengan lelah keringatmu.

Untuk hari ini aku bagai sakit dengan perilaku manusia yang mementingkan diri sendiri dan memandang manusia lain sebagai perbandingan mudah untuk meneruskan hidup. Dimana letak sifat rasa bersimpati atau bertimbang rasa. Aku bukan disini meminta simpati yang cukuplah jika memahami bahawa perit seorang manusia itu harus dibalas dengan cara manusia kepada manusia bukan sebaliknya.

Bukan mudah untuk berada diatas. Lihat semua manusia yang sudah berjaya sudahlah. Tak perlu memilih yang baik atau yang buruk kesannya. Yang penting mereka tetap berusaha untuk mendapat kejayaan. Jangan kata mereka yang mencuri itu mudah untuk memilih jadi begitu. kau tak tahu betapa mereka memikirkan bagaimana cara untuk meloloskan diri jika kantoi dalam kes.

Sama seperti mereka yang lain pasti ada usaha dalam meniti tangga keatas. Tapi jika aku melihat kau kini. Sedikit kekesalan aku lahirkan ikhlas dari hati. Kau melihat kejayaan sebagai perkara yang mudah., tiada inti yang perlu kau gubah untuk menjadi indah dan memenangi manusia lain. Bagai kau desakan dan paksaan pada manusia lain itu tips untuk kau berada diatas.

Salah wahai kawan!

Kau sudah terlalu tua untuk diperbetulkan tapi aku cuma harap kau belum terlambat untuk mengenal salah dan benar kerana kau bakal memulangkan keadaan pada anak dalam keluargamu atas sikap yang kau praktikkan.

Jadi renung kembali dan segeralah memilih jalan yang benar dan kawan yang benar sebelum terlambat dan kau rugi seperti hari-hari yang berlalu…

Untitle


Aku asyik ingatkan diri sendiri supaya jangan memulakan sesuatu rencana dengan kata negatif. Seperti ‘tak’, ‘jangan’, ‘bukan’ dan apa saja yang bakal menjatuhkan semangat untuk pembacaan manusia. Tapi ini lumrah penulisan aku. Mencari kata yang sesuai untuk memulakan sesuatu rencana sangat sukar. Aku kadang-kadang kebuntuan.

Untuk minit pertama penulisan aku bagai merasakan idea mencurah-curah. Kadang bila melihat ‘billboard’ yang tergantung di bangunan ‘shopping complex’ One Utama, aku bagai ada seribu patah kata yang nak diluahkan. Tapi nyata bila mahu melahirkan di keyboard computer aku bagai hilang!

Jadi apa perancangan aku?

Nota: Tiada tajuk itu abstrak
Kadang-kadang aku melepak dikedai kopi, di kaki tangga, di pondok bas menunggu teksi lalu, melihat deru kenderaan yang melalui jalan di LDP, aku bagai melayang dengan pelbagai irama yang sangat indah dengan susunan kata tapi bila aku salur di kekunci keyboard segalanya hilang!

Aku rasa rugi. Sangat rugi!

Aku harus cari sesuatu yang boleh aku simpan segala yang indah dari terus kerugian…

Wednesday, March 7, 2012

KDF - Lie To Me


Note: Sweet Couple!
Hola!

Aku baru habis tonton drama Lie To Me (Korean Drama) Sebab aku mahu tonton drama ni adalah Kang Ji Hwan haha! Before this dia ada berlakon drama Coffee House kan! 

Ni aku copy paste info dari 

Title: 내게 거짓말을 해봐 / Naege Geojitmaleul Haebwa / Lie to Me
Chinese Title : 骗我试试 / 對我說謊看看
Also known as: Try Lying to Me
Previously known as: 달콤한 스캔들 / Sweet Scandal
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2011-May-09 to 2011-June-28
Air time: Monday & Tuesday 21:55

Synopsis
Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she’s married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon’s ex-fiancée and a close friend of his brother’s, Oh Yoon Joo, reappears in his life.

Review aku:

Yoon Eun Hye tak pernah gagal untuk pamerkan lakonan mantap. Bagi la watak apa pun setakat ni dia tak pernah mengecewakan sesape (fans dia) dalam Lie To Me, she acted as Gong Ah Jung, a woman late 20's and work as public officer. Well, faham la kan kalo Korea if Public Officer memang susah sikit la bab nak bercinta dan kalo boleh 24/7 kene keje untuk kerajaan. haha! So, cerita minah ni bermula bila kawan merangkap perampas cinta pandang pertamanya muncul. Okay aku tak mahu review pasal full story dia. aku ambik yang aku nak tekan kan jer.

Plot: 
Drama ni ada 16 episod. Episod 1-3 kisah pasal Ah Jung dan perkenalannya dengan Ki Joon. Di sini boleh nampak perbezaan hebat antara watak Ah Jung dan Ki Joon. Ah Jung more to be a reckless woman. From her appearance memang she looks usual and nothing is attractive. Next episodes is seen that Ah Jung is not just ordinary woman. Her determination to work hard and she got a good side of effort in teamwork and very responsible woman. Even though sometimes its out from her limit. 

Ki Joon at the first place macam tak boleh percaya this woman is using him. Actually there is misunderstanding and miscommunication between them. So, unexpectedly he actually using Ah Jung to get what he want for his business. So, they made a simple contract and be married couple without thinking any circumstances. 

Well, macam bapak Ah Jung cakap the purpose to live is to love. So, if we cant find love in our live its meaningless. So, In a lie there is a reality story between them. Love appears and they stuck in their own trap. But then its end with good story so all is well.

Conflict:
Love-Family-Friendship-Lost Love-Work-Current issue. They blend all this topic with excellent point of views. Bravo! 

Props/Location:
Nice view, Jeju Island is one of attraction in Korea. And believe me they never failed to promote Korea through this drama. Seriously, Korean people knew how to make people visit their country just by watching drama or movie or Music Video. Congrats!

Script:
Spontaneous and very delightful. I can feel the love-family-friend's attention-anger-jealousy-etc.

Music/Effect:
Same like Coffee House, they use the new modern attraction music and sometimes the classic lullaby. perfect!

Alright, thats all I can type for now. Cuz puji lebih2 nanti susah lak. haha! Enjoy watching!

p/s: 5 stars recommendation.

-dumbdeaf-



Jujur

Assalamualaikum

Jujur ikut bahasa bermaksud lurus hati, tulus dan ikhlas. Di mana aku selak google je haha! Apa yang aku nak sampaikan ialah penyampaian kata hati kepada manusia lain. 

Apa yang aku nak taip pun aku dah lupa. haha! 

...to be continue...

Monday, March 5, 2012

Love Love Love


...empty but happy


-dumbdeaf-

Simple

Note: More dynamic! 
Assalamualaikum.

I'm updating my page. Yes. Lots of thing to be divert to draft. As I decided to be more simple and organised. Will try my best not being so transparent? Neah! I'm not going to promise that as I'll type what's on my mind. So, just seat back and enjoy my presentation.
Wish me luck.

-dumbdeaf-

Love. Pyar. Cinta.

A word that’ll describe thousand mean. But never will give the main answer. Shit. This is not what I’m going to type. Hell yeah. I’m actually wants to write something about why I’m always like this.

Note: This is not a love story!
Why I don’t have a special boyfriend? Well, it because I don’t want to have any. I don’t want to belong to anybody. Just want to be me. It’s complicated when I want to describe how I want to love someone who never wants me to love. Same as others, they said they love everyone but it’s just a lie as they don’t know how to express what they feel. So they just pretend that’s the best way to make someone amazed with their existing.

It kind creepy to type something liked this but it’s true and believe me that’s the truth is always the ugliest!

I love music, I love movie I love drama in life that will show how we live in this world. So tell me that movie, song, drama is created to describe how people live in reality but they never want to admit it that’s what they felt all day.

Those say that they will never be the same after cheating on the same issues. But at least it showed that it’s the same damn thing!

What will makes you look cool, happy and always have an answer to everybody? Oh Craps I don’t know what the main issue I want to type at here now. My head just spinning and my heart feel like it want to explode as I want to tell to the world how bad I am in this world in finding someone to be love!

“You know what sucks? Realizing that everything you believe in is complete and utter bullshit.” – 500 days of Summer.

Like destiny, love, fairy tale, soul mate and everything that so merry chilling life!

But it was meant to be. Everything that happened is always for a reason. Just like : What if someone marry to one guy that she never knew that he’ll exist in her life and she keep thinking what would happen if she go for movie that day and never meet that guy who is her husband now.

So when someone asked you “have I seen you before?” its mean everything. Because it’s not fate, miracle or any fancy word to describe reality.

“It was that you can’t describe a great cosmic significance to a simple earthly event. Coincidence that’s all anything ever is. There’s nothing more than coincidence.” – 500 days of Summer.

11:11pm Mutiara Damansara
AzueAbdul

katakata bantal busuk

Blog ini aku taip dengan pelbagai isu. Jika ada melibatkan kamu. Maaf. Tiada niat menjatuhkan atau menaikkan sesiapa jika tanpa sebab musabab. Katakata aku taip bercampur aduk sebab aku bukan hebat gunabahasa. Tapi akan aku usahakan guna bahasa ibunda yang terbaik supaya kamu faham apa yang aku nak sampaikan.
Enjoy reading- azueBB